Skip to main content

Kolej Universiti Terengganu (KUT)

 Organization

Biography

Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM).

Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT).

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Putra Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Perintah Kolej Universiti Terengganu (Perbadanan) 1999 (PUA 292) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Julai 1999. KUT adalah Kampus Bersekutu UPM dan pelajar akan dikurniakan ijazah dari UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi sebagai Kolej Universiti Terengganu pada 1 Mei 2001.

Pada 1 Julai 2001 KUT dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM.

Pada 1 Februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) telah dinaiktarafkan kepada universiti penuh dan dijenamakan semula dengan nama Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Found in 3 Collections and/or Records:

Laporan Tahunan 1997

 Item — Container: Kotak 1/136
Identifier: REKODUNIPUTRA-UNIPUTRA-13-1267
Abstract Penerbitan ini mengandungi latar belakang pegawai utama universiti. Berkenaan hal ehwal akademik seperyi program yang ditawarkan, enrolmen pelajar dan pengambilan pelajar. Pengajian siswazah dan bidang yang ditawarkan di UMPT serta jumlah siswazah dan program pengajian. Hal ehwal kemahasiswaan seperti pengenalan, penempatan pelajar, unit kaunseling dan kerjaya, unit sukan, ko-kurikulum dan pusat kesihatan pelajar. Perjawatan seperti perlantikan dan kenikan pangkat, perletakan jawatan dan...
Dates: Publication: 1997

Majlis Perasmian Universiti Kolej dan Upacara Perletakan Batu Asas, UPMT (1996)

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-300
Scope and Contents Foto sekitar majlis perasmian Universiti Kolej dan upacara perletakan batu asas yang telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak pada 23 April 1996 di padang permainan Universiti Pertanian Malaysia (UPMT) Terengganu. Beliau diiringi oleh Y.B. Profesor Tan Sri Dato’ Sri Dr. Haji Mohamed Yusof bin Haji Mohamed Noor, Menteri Perusahaan Awam ketika itu. Turut menyaksikan majlis ini ialah Y.A.B. Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Menteri Besar Terengganu, serta...
Dates: Event: 1996-04-23

Siri Syarahan Inaugural KUT : 4(2000) Food Chain in the Sea - Its Values, Challenges & Prospects

 Item — Container: Gedung 1/124
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1098
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku Syarahan Inaugural oleh Profesor Dr. Lokman Shamsudin yang bertajuk Food Chain in the Sea - Its Values, Challenges & Prospects yang diadakan pada 3 Ogos 2000.

Dates: Event: 2000-08-03