Skip to main content

Pusat Islam

 Organization

Perkembangan

Sejarah penubuhan masjid UPM bermula dengan Masjid Kariah Serdang yang telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1964 oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Sultan Selangor Darul Ehsan. Masjid baharu UPM pula telah dibina pada tahun 1987 dengan Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan pembangunan sebanyak RM 25 ribu dan penduduk sekitar telah mengumpulkan wang sebanyak RM 13 ribu. Masjid ini siap sepenuhnya pada bulan Julai 1989 dan dirasmikan oleh Almarhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor pada 31 Oktober 1989. Pentadbiran Masjid UPM telah diletakkan di bawah pentadbiran Pusat Islam UPM pada 1 Oktober 1988. Kuasa untuk mentadbir Masjid ini telah mendapat kebenaran khas daripada Majlis Agama Islam Negeri Selangor(JAIS).

Keunikan bentuk kubah Masjid UPM merupakan satu simbol tarikan dan keindahan Masjid UPM. Bentuk kubahnya yang lain dari yang lain adakalanya menyebabkan masyarakat menganggapnya seolah-olah berbentuk piring UFO. Menurut Ybhg. Profesor Dato' Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Bin Ahmad sebenarnya bentuk kubah Masjid UPM adalah diinspirasikan daripada bentuk topi perang yang dipakai oleh Salahuddin Al-Ayoubi semasa mengepalai perang jihad membebaskan Baitul Maqdis dari tangan tentera Salib. Menurutnya lagi, ia adalah simbolik semangat jihad dan semangat ini perlulah dihayati oleh setiap warga UPM.

Sejak dari perasmian, masjid UPM adalah bewarna biru tetapi pada tahun 2011, masjid UPM telah diwarnakan merah bersesuaian dengan warna korporat UPM.

Penubuhan Sahabat Masjid UPM adalah di bawah kelolaan Pusat Islam Universiti yang bertindak sebagai platform untuk memberi peluang kepada pelajar, staf Universiti Putra Malaysia dan komuniti masyarakat sekitar untuk terlibat secara langsung dalam penganjuran aktiviti pengimarahan dan kerohanian Masjid UPM.

Konsep Rekabentuk MasjId UPM

Menurut arkitek yang mereka bentuk masjid ini, ABC Arkitek Sdn. Bhd., rebentuknya disesuaikan dengan perkembangan dan kemajuan pusat pengajian tinggi yang berorientasikan sains dan teknologi moden. Dalam waktu yang sama ia juga mencerminkan rekabentuk masjid yang mempamerkan seni Islam. Konsep rekabentuk ini mengambil kira pandangan Islam dan perkiraan senibina Islam.

1. Bangunan berbentuk moden tetapi masih mampu melambangkan unsur-unsur masjid bagi mudah mengenalinya.

2. Bangunannya bersifat dinamik dan terapung bagi mencerminkan sains, perjuangan dan harapan.

3. Terbuka dan menerima, membayangkan Islam itu sentiasa mengajak sesiapa jua ke dalamnya.

4. Masjid boleh saja mengandungi pelbagai bentuk dan bahan mengikut keperluan teknikal tetapi semuanya perlu berpandu menjadi satu bentuk padu, sebagaimana umat Islam sendiri yang terdiri dari berbagai bangsa dan keturunan, tetapi pada hakikatnya mereka membentuk satu watak hamba yang mengabdi kepada Allah.

5. Kubah yang merupakan bahagian penting kepada rekabentuk masjid telah dibentuk atas konsep perjuangan dan kemajuan sains dan Islam. Kubah tersebut kelihatan seperti 'kapal angkasa' atau pakaian kepala (headgear) panglima perang 'Salahuddin' yang telah berjaya meluaskan wilayah Islam.

6. Pintu masuk yang dibuat sama dibina tinggi dan menegak bagi melambangkan 'Panggilan dakwah' kearah jemaah mencari keredhaan Tuhan. Ia direka supaya lapang dan meninggi dalam usaha mengetengahkan hakikat bahawa mereka memasukinya akan kehilangan identiti diri dalam persamaan jemaah.

7. Ruang sembahyang pula melebar. Lapangnya ruang terlihat pada keluasan lantai dan ketinggian silingnya. Ruang ini dicipta sedemikian bagi bagi mengurangkan seterusnya menghilangkan individualistik individu apabila mereka kini berada di tempat mana seseorang itu sebati dalam jemaah. Ketinggian aras siling juga bertujuan mengekalkan suhu sejuk kepada ahli jemaah bagi tempoh yang lama.

8. Ruang tepi sengaja diciptakan secara terbuka bagi membayangkan sifat terbuka dan keikhlasan Islam, yang mana tiada rahsia dalam pengajaran Islam di mana semua orang dari arah mana pun boleh mendekatinya. Rung terbuka ini juga membantu edaran udara segar dengan lebih baik.

Sumber: UNIPERTAMA: Berita bulanan Universiti Pertanian Malaysia. Jilid 11 Bil 10. Nov/Dis 1989.

Found in 16 Collections and/or Records:

Buku Panduan 2005/06 : Pusat Islam

 Item — Container: Gedung 1/27
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-260
Abstract

Penerbitan ini merupakan buku panduan yang mengandungi visi dam misi UPM serta bahagian hal ehwal mahasiswa, aktiviti-aktivi pusat islam, aktiviti yang telah berlangsung sepanjang tahun 2004,aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sepanjang tahun 2005, perancangan taqwim aktiviti pusat islam sepanjang tahun 2005, takwim aktiviti putra perkasa 2005/06 dan peruntukan merit.

Dates: Publication: Majority of material found within 2005 - 2006

Buku Panduan Doa : Disertakan Bersama Panduan Doa Di Majlis-Majlis Rasmi Universiti Pusat Islam UPM

 Item — Container: Gedung 1/33
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-292
Abstract

Penerbitan ini adalah mengenai garis panduan tatacara membaca doa dan contoh-contoh teks doa majlis rasmi Universiti Putra Malaysia.

Dates: Publication: 2008

Buku Panduan Pusat Islam Universiti Pertanian Malaysia 1995/6

 Item — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-220
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan lokasi,falsafah, objektif sejarah penubuhan, struktur pentadbiran, pegawai-pegawai Pusat Islam, kegiatan, kemudahan yang disediakan dan alamat Pusat Islam bagi tahun 1995-1996.

Dates: Publication: 1995

Buku Panduan Pusat Islam Universiti Pertanian Malaysia (Anggaran Terbitan: 1995)

 Item — Container: Gedung 1/129
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-769
Abstract Penerbitan ini merupakan Buku Panduan Pusat Islam UPM yang menghimpunkan maklumat lengkap mengenai falsafah dan objektif Pusat Islam, sejarah penubuhannya, sejarah masjid di Serdang, pelan Pusat Islam serta struktur pentadbiran dan jawatankuasa yang terlibat dalam pembangunan insan. Buku ini turut memuatkan maklumat mengenai kemudahan yang disediakan, pejabat Pusat Islam, kegiatan dan ceramah bulanan serta terjemahan ayat al-Quran dan hadis yang menjadi asas kepada falsafah Pusat Islam....
Dates: Publication: 1995

Laporan Aktiviti Tahunan 2023 : Cahaya Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Item — Container: Gedung 1/112
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1004
Abstract Penerbitan ini merupakan laporan aktiviti tahunan Pusat Islam ,Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tahun 2023. Ia mengandungi kata-kata aluan dari Naib Canselor YBHG. Dato'Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, pendaftar UPM Encik Muhazam Bin Mansor, Pengarah Pusat Islam Encik Zuhaimi bin Abd Rahim, peranan Pusat Islam Universiti, Peranan Masjid UPM, Visi dan Misi, Pelan strategik, perkhidmatan pusat islam, struktur organisasi , aktiviti dan projek naik taraf insfrastruktur Masjid UPM...
Dates: Publication: 2023

Laporan Rancangan Malaysia Keenam (RME) (1991-1995)

 Item — Container: Gedung 1/100
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-719
Abstract

Penerbitan ini merupakan Rancangan Malaysia Ke-6 (RME) 1991-1195 bagi Pusat Islam pada Disember 1989. Dalam RME ini, Pusat Islam menyusun semula fungsi organisasi, menambah khidmat kepada masyarakat universiti dan luar kampus, mengatur dan mengadakan latihan dan kursus kepada masyarakat universiti dan luar kampus serta menambah ruang perkhidmatan.

Dates: Publication: 1989-12-31

Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Ekspo Perpaduan Ummah 1998

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-365
Scope and Contents Foto sekitar Majlis Sambutan Maulidurrasul dan Ekspo Perpaduan Ummah yang telah berlangsung pada 15 hingga 23 Ogos 1998 bertempat di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM). Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Dr. Abdul Hamid bin Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu. Program ini merupakan anjuran bersama Pusat Islam UPM, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Qaryah Serdang, bertujuan memperkukuh perpaduan ummah melalui penghayatan sirah Rasulullah SAW dan...
Dates: Event: Majority of material found within 1998-08-15 - 1998-08-23

Masjid dan Pusat Islam Universiti Putra Malaysia

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-32
Scope and Contents

Foto 01-02 : Masjid Universiti sekitar tahun 1998

Foto 03 : Pejabat pentadbiran Pusat Islam sekitar tahun 1990-2000.

Dates: Existence: Majority of material found within 1998 - 2000

Nota Poket Ramadan : Puasa & Tarawih 1443 Hijrah / Tahun 2022

 Fonds — Container: Gedung 1/113
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1011
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku Nota Poket Ramadan : Puasa dan Tarawih yang diterbitkan oleh Pusat Islam Universiti, UPM pada tahun 2022 bersamaan 1443 Hijrah.

Isi kandungan buku nota poket ini meliputi hadis riwayat serta maksud lengkap berkaitan puasa Ramadan dan amalan solat sunat Tarawih.

Dates: Publication: 2022-03

Panduan Ringkas Solat Sunat Eidul Fitri 1443 H / 2022 M

 Item — Container: Gedung 1/127
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1119
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku panduan ringkas Solat Sunat Eidul Fitri 1443 Hijrah bersamaan 2022 Masihi yang diterbitkan oleh Pusat Islam Universiti, UPM.

Dates: Publication: 2022

Panduan Solat Tarawih

 Fonds — Container: Gedung 1/113
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1013
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku Panduan Solat Tarawih yang diterbitkan oleh Pusat Islam Universiti Putra Malaysia pada tahun 2004/2005.

Dates: Publication: 2004 - 2005

Perasmian Masjid Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/30
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-178
Abstract Penerbitan ini berkaitan Majlis Perasmian Masjid Universiti Pertanian Malaysia oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Canselor Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Rabiulawal 1410H bersamaan 13 Oktober 1989. Sejarah Masjid Universiti di rasmikan pada Oktober 1989 . Konsep rekabentuk masjid ini mengambil kira pandangan islam dan perkiraan senibina Islam....
Dates: Event: 1989-10-13

Suara Pusat Islam Universiti

 Series — Container: Gedung 1/81
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-879
Abstract

Penerbitan ini merupakan majalah terbitan Pusat Islam , Universiti Putra Malaysia.Penerbitan ini berkaitan agama Islam dalam pelbagai bidang seperti Aqidah, Tafsir, Fiqh, Tasawur, al-Quran, Tajwid dan sebagainya. Penulisan majalah ini adalah dalam Bahasa Melayu dan ada juga dalam tulisan jawi.

Dates: Issued: Majority of material found within 1999 - 2014

Surah Yasin, Tahlil dan doa-doa sempena sambutan 75 tahun Universiti Putra Malaysia dan Program Perkasa Putra Semester Pertama 2006/2007

 Fonds — Container: Gedung 1/72
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-750
Abstract

Penerbitan ini mengandungi hukum tajwid, tanda waqf, tanda bacaan, adab-adab membaca yasin, doa-doa hari kebesaran Islam, doa-doa mat'hur, wirid-wirid: pelbagai jenis selawat, doa harian Masjid UPM dan doa selepas solat Tarawih.

Dates: Publication: 2007

Surah Yasin Tahlil dan Doa sempena Minggu Perkasa Putra 2010/2011

 Collection — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-415
Abstract

Penerbitan ini mengenai Surah Yasin Tahlil dan Doa sempena Minggu Perkasa Putra 2010/2011.

Dates: Publication: 2010

Takwim Istilahi (Hijrah-Masihi) 1401-1500

 Fonds — Container: Gedung 1/112
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-786
Abstract

Penerbitan ini mengenai Buku Takwim Istilah (Hijrah-Masihi) 1401-1500 yang digunakan oleh Pusat Islam, UPM sebagai rujukan dan panduan. Buku takwim ini diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Ugama), Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Isi kandungan buku takwim ini meliputi kata aluan, pendahuluan dan maklumat mengenai penyusun.

Dates: Publication: 1980

Additional filters:

Subject
Bangunan/Monumen/Papan tanda 1
Seminar/Persidangan/Bengkel/ Program 1