Skip to main content

Sekolah Perniagaan dan Ekonomi

 Organization

Parallel Names

  • Fakulti Ekonomi Sumber dan Perniagaantani
  • Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Perkembangan

Pada Mac 2020, nama fatkulti telah dijenamakan semula sebagai Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi bagi menggantikan nama sebelum ini Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) atau nama asalnya Fakulti Ekonomi Sumber dan Perniagaantani telah ditubuhkan pada bulan Januari 1974 sebagai fakulti yang keempat di Universiti Putra Malaysia. Fakulti ini mula memperluaskan penawaran program akademinya pada tahun 1976 dengan penawaran program Master Sains (Ekonomi Sumber). Kemudian pada tahun 1981, FEP mula menawarkan program Master Sains (Ekonomi) dan pada tahun 1982 program Ph. D dalam bidang Ekonomi pula mula ditawarkan. Pada tahun 1985, FEP telah menawarkan program Bacelor Perakaunan dengan pengambilan pelajar seramai 50 orang. Berikutan perkembangan dan perubahan ini, nama fakulti telah ditukar kepada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pada tahun 1986 bagi mencerminkan program-program akademik yang ditawarkan.

Sejarah Penubuhan

Fakulti Ekonomi Sumber dan Perniagaantani telah ditubuhkan pada bulan Januari 1974 sebagai fakulti keempat Universiti Pertanian Malaysia. Lahirnya fakulti ini adalah atas kesedaran tentang betapa perlunya negara mengeluarkan lebih ramai tenaga profesional yang terlatih dalam budang-bidang perniagaan, terutama sekali perniagaan yang ada kaitan dengan pertanian, juga dalam bidang ekonomi sumber. Pada permulaanya fakulti ini tidak ada mempunyai jabatan dan semua pegawai-pegawai bertanggungjawab terus kepada Dekan. Walaubagaimanapun, pada tahun 1975, dua jabatan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Perniagaantani dan Jabatan Ekonomi Sumber. Pada tahun 1976, fakulti bercadang menubuhkan satu lagi jabatan iaitu Jabatan Ekonomi. Pada tahun 1976 fakulti memulakan program Ijazah lanjutan (graduate program) dimama perkara-perkara ekonomi tulen akan menjadi asas kepada program ijazah lanjutan yang baik.

Sumber: Laporan Tahunan Universiti Pertanian 1974.

Matlamat Penubuhan

Matlamat utama Fakulti Ekonomi Sumber dan Perniagaantani ialah membimbing mahasiswa dalam mengasah kebolehannya untuk melengkapkan diri bagi menghadapi segala cabaran dari masyarakat dan dunia yang sentiasa bergolak. Dalam konteks ini, mahasiswa-mahasiswa berpeluang mendapat pengetahuan dan kemahiran yang asas yang pada keseluruhannya boleh digunakan untuk sebarang bidang kehidupan: Pengetahuan dan kemahiran yang dimaksudkan itu termasuklah penguasaan kaedah sains (scientific method), iaitu proses meneliti dan menyelesaikan masaalah secara positif; kemahiran di dalam perhubungan lisan dan tulisan; pengertian tentang manusia dan bagaimana bekerjasama secara berkesan; bagaimana menumpukan seluruh jiwaraga kepada kerja yang ditugaskan sehingga tugas itu beres; pemikiran terbuka dan "flexible" yang mempunyai prinsip-prinsip dan ketegasan; dan kebolehan serta keinginan untuk terus belajar sarna ada di dalam atau di luar pekerjaan.

Program Pertama

Penerimaan masuk siswa/i ke Fakulti ini buat kali yang pertama bermula pada bulan Jun. 1974. Sejumlah 114 siswa/i telah mendaftarkan diri untuk mengikuti program Ijazah Perniagaantani; iaitu program pertama yang diselenggarakan oleh Fakulti ini. Oleh sebab corak program ini berlainan daripada program ijazahijazah ekonomi yang terdapat di Universiti-Universiti lain dalam negeri ini mahupun di negeri-negeri luar kerana ianya memberatkan kedua-dua perkara sains dan sastera, Fakulti ini mengambil siswa/inya daripada kedua-dua aliran.

Found in 20 Collections and/or Records:

Buku Cenderamata : Majlis Perasmian Penubuhan Gabungan Siswaniaga Universiti Pertanian Malaysia dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Sesi 1995/96

 Item — Container: Gedung 1/115
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-808
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku cenderamata Majlis Perasmian Penubuhan Gabungan Siswaniaga Universiti Pertanian Malaysia dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Sesi 1995/96 yang diadakan pada 23 September 1995 bertempat di Bilik Seminar, Jabatan Agronomi & Hortikulutur, Fakulti Pertanian.

Isi kandungan buku cenderamata ini meliputi pengenalan GSN-UPM, kata-kata aluan,senarai ahli jawatankuasa exco penaja dan aturcara majlis perasmian mesyuarat agung.

Dates: Event: 1995-09-23

Buku Panduan : Fakulti Ekonomi dan Pengurusan sesi 2001/2002

 Item — Container: Gedung 1/33
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-286
Abstract

Penerbitan ini merupakan buku panduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan yang merangkumi sejarah, peraturan akademik, pentadbiran, peraturan akademik, pendaftaran, sistem penilaian, sistem penasihat akademik, kegiatan pelajar, program akademik, sinopsis kursus, senarai pegawai akademik dan senarai kakitangan sokongan bagi sesi 2001/2002.

Dates: Publication: Majority of material found within 2001 - 2002

Buku Panduan Program Ijazah Untuk Eksekutif 2002-2003 : Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

 Item — Container: Gedung 1/18
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-120
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan Buku Panduan Program Ijazah Untuk Eksekutif 2002 - 2003.

Dates: Publication: 2002 - 2003

Buku panduan Program Ijazah untuk Eksekutif 2003-2004 : Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

 Item — Container: Gedung 1/34
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-316
Abstract

Penerbitan ini mengandungi carta organisasi, kalendar akademik 2003/2004, direktori fakulti, pentadbiran, program ijazah, syarat kemasukan, sistem pendaftaran, peraturan akademik, sistem peperiksaan dan penilaian, sinopsis kursus, senarai pegawai akademik dan aktiviti mahasiswa program eksekutif.

Dates: 2003 - 2004

Buku Panduan Program Ijazah Untuk Eksekutif 1999/2000 : Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan

 Item — Container: Gedung 1/46
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-442
Abstract

Penerbitan ini mengandungi kalendar akademik bagi tahun pengajian 1999/2000, senarai pegawai-pegawai utama, sejarah ringkas dan susunan organisasi, peraturan akademik, pendaftaran dan sistem peperiksaan, sistem penasihatan akademik, program eksekutif separuh masa, program bachelor dan sinopsis kursus.

Dates: 1999 - 2000

Buku Panduan Sesi 1994/95 : Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

 Item — Container: Gedung 1/117
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-816
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku panduan sesi 1994/95 bagi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM.

Isi kandungan buku panduan ini meliputi kalendar akademik sesi Julai 1994/95, maklumat dan pengenalan fakulti, peraturan-peraturan akademik, kurikulum program, sinopsis kursus serta senarai pegawai akademik dan kakitangan sokongan.

Dates: Publication: Majority of material found within 1994 - 1995

Cadangan Penawaran Program : Bacelor Pengurusan Hospitaliti, Pelancongan dan Rekreasi

 Item — Container: Gedung 1/32
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-259
Abstract

Penerbitan ini mengenai Cadangan Penawaran Program : Bacelor Pengurusan Hospitaliti, Pelancongan dan Rekreasi yang disediakan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

Dates: 2001

Cadangan Program Penyelidikan Untuk Rancangan Malaysia Ke Enam (RME) 1991-1995 : Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

 Item — Container: Gedung 1/49
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-333
Abstract

Penerbitan ini merupakan Cadangan Program Penyelidikan untuk Rancangan Malaysia Ke enam (RME) 1991-1995 oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Pertanian Malaysia .

Dates: 1990-12-31

Development Options for Fishing Communities in Marinovasi Areas : Tanjung Dawai, Kedah and Mukah / Oya, Sarawak

 Item — Container: Gedung 1/112
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-997
Abstract Penerbitan ini mengenai buku laporan penyelidikan Development Options for Fishing Communities In Marinovasi Areas : Tanjung Dawai, Kedah and Mukah / Oya, Sarawak yang diterbitkan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia pada tahun 2003.Isi kandungan buku laporan ini meliputi ringkasan eksekutif, pengenalan, maklumat latarbelakang kawasan tersebut, kajian semula rancangan pembangunan yang dicadangkan oleh organisasi lain, projek teras, pilihan projek dan...
Dates: Publication: 2003

Doctor of Philosophy (Economics) : Faculty of Economics and Management

 Item — Container: Gedung 1/18
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-136
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat lengkap berkaitan bidang pengajian yang ditawarkan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM.

Dates: Publication: 2010

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-08
Scope and Contents Foto bangunan Fakulti Ekonomi dan Perniagaantani dan kemudian dinamakan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), yang ditubuhkan pada Januari 1974.Penubuhan fakulti ini adalah berdasarkan keperluan melahirkan lebih ramai tenaga profesional dam bidang Perniagaantani dan Ekonomi Sumber, selaras dengan matlamat Universiti Pertanian Malaysia pada masa itu, untuk menyediakan tenaga profesional dalam bidang berkaitan pertanian.Gambar ini adalah sekitar awal tahun 1980-1990an.Fakulti ini...
Dates: Existence: 1990

Forum Dasar Ekonomi Baru

 Item — Container: Gedung 1/101
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-724
Abstract

Penerbitan ini mengandungi perkara berkaitan forum dasar ekonomi baru yang merangkumi dasar ekonomi baru dan sektor luar bandar di Malaysia, penggubalan dasar ekonomi baru selepas 1990 yang mengikut pergolakan ekonomi dunia, ke arah pencapaian dasar ekonomi selepas 1990 iaitu cabaran untuk semua rakyat Malaysia, salah satu institusi pelaksanaan dasar ekonomi baru dan penyelesaian selepas 1990.

Dates: 1989-03-21

Kertas untuk Pertimbangan Senat UPM : Program Bacelor Perakaunan dengan Pendidikan untuk Tempoh Pengajian Empat Tahun

 Item — Container: Gedung 1/96
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-804
Abstract Penerbitan ini mengenai kertas untuk Pertimbangan Senat UPM : Program Bacelor Perakaunan dengan Pendidikan untuk Tempoh Pengajian Empat Tahun. Kertas Senat Bil. 403/14 ini hasil gabungan usahasama Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia pada Januari 2001.Isi kandungan kertas cadangan ini meliputi tujuan, latarbelakang, komponen kurikulum baru dan lampiran maklumat terperinci tentang kurikulum baru program serta...
Dates: Publication: 2001-01

Laporan Rancangan Malaysia Ke Enam (1991-1995) : Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

 Item — Container: Gedung 1/49
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-335
Abstract

Penerbitan ini merupakan laporan rancangan malaysia ke enam (1991-1995) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Pertanian Malaysia.

Dates: 1991-12-31

Majlis Makan Malam Amal Fakulti Ekonomi Sumber dan Perniagaantani

 Collection — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-323
Abstract

Penerbitan ini mengenai aturcara Majlis Makan Malam Amal telah diadakan pada 5 September 1981 di Harlequin Ball Room, Hotel Merlin, Kuala Lumpur. Majlis ini dibawah naungan YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Majlis ini anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi Sumber dan Perniagaantani, UPM.

Dates: Event: 1981-09-05

M.B.A. Master Of Business Administration : Faculty of Economics and Management

 Fonds — Container: Gedung 1/113
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-802
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku panduan tentang Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Pertanian Malaysia.

Isi kandungan buku panduan ini meliputi kata aluan dekan iaitu Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Kidam, pengenalan, maklumat lengkap mengenai program pengajian Sarjana yang ditawarkan seperti struktur program serta syarat kelayakan kemasukan.

Dates: Publication: Majority of material found within 1996 - 1997

MBA : Year Book 97

 Fonds — Container: Gedung 1/99
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-711
Abstract

Penerbitan ini mengandungi kata aluan, pengenalan, hari peringatan di UPM, senarai ahli jawatankuasa, senarai pelajar sarjana pentadbiran perniagaan, lepasan ijazah dan pengakuan.

Dates: 1997

Perjanjian Program 2002-2003 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/85
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-904
Abstract

Penerbitan ini mengandungi perjanjian program, fungsi-fungsi, sumber-sumber, perjawatan, petunjuk output, anggaran perbelanjaan mengurus tahun 2003 justifikasi jawatan baru, senarai cadangan perjalanan keluar negara bagi tahun belanjawan 2002-2003 dan cadangan dasar baru/one-off tahun 2003 (keperluan aset).

Dates: 2002 - 2003

The Business Management Game : AIESEC UPM

 Fonds — Container: Gedung 1/91
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-642
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pesanan dari meja editor, pengenalan, sejarah dan pembangunan, risalah dan autograf.

Dates: 1991-01-12 - 1991-01-13

World Marketing Congress Volume VIII 1997

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-803
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku prosiding World Marketing Congress volume VIII 1997 yang diadakan pada 24-27 Jun 1997. Kertas prosiding ini dibentang oleh Academy of Marketing Science dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia adalah sebagai tuan rumah.

Isi kandungan buku prosiding ini meliputi senarai ahli jawatankuasa, maklumat abstrak dan kertas kerja yang dibentang.

Dates: Publication: 1997

Additional filters:

Subject
Bangunan/Monumen/Papan tanda 1