Skip to main content

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)

 Organization

Parallel Names

  • Rejimen Askar Wataniah (RAW) (1970)

Perkembangan

Aktiviti ketenteraan di Institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA) bermula di Universiti Malaya dengan penubuhan Rejimen Askar Wataniah (RAW). Sejarah awal Pasukan Rejimen Askar Wataniah di Universiti Putra Malaysia(UPM) bermula pada tahun 1970 dengan penubuhan Markas Kompeni B batalion Infranti ITM (RAW) di Kolej Pertanian Malaysia, manakala Kompeni A di kampus ITM cawangan Shah Alam. Batalion Infranti ITM (RAW) dipimpin oleh Lt Kol Dr Rashdan Haji Baba, Pengetua Kolej Pertanian Malaysia pada masa itu. Selepas Kolej Pertanian Malaysia ditukar nama menjadi Universiti Pertanian Malaysia pada 4 Oktober 1971, latihan ketenteraan ini terus ditawarkan kepada para mahasiswa dan pegawai UPM.

Sejarah penubuhan PALAPES telah dimulakan oleh Brigade Jeneral Dato' Abul 'As Ismail, Pengarah Askar Wataniah ke-tujuh. Setelah jawatankuasa tulus angkatan tentera (JKKTAT) meluluskan kertas kerja yang bertajuk 'Raising of Reserve Officer Training Unit in Tertiary Education Institutions' pada 18 Disember 1978, satu mesyuarat penubuhan PALAPES diadakan bersama Naib Canselor atau wakil semua Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera Darat Lt. Jeneral Tan Sri Datuk Mohd Ghazali bin Mohd Seth. Penubuhan tersebut telah mewujudkan satu era yang bersejarah dalam bidang ketenteraan. Tarikh 8 Februari 1980 adalah tarikh rasmi penubuhan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di Universiti Putra Malaysia.

"TIAP SATU PEMIMPIN TERBILANG, SATRIA PALAPES DIJULANG..."

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau juga dikenali dengan singkatan PALAPES yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pengajian Tinggi) untuk mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Found in 46 Collections and/or Records:

Gempur Edisi Ke 2 1992/93 : Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/84
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-604
Abstract

Penerbitan ini mengandungi : 1. Kata aluan, 2. Sidang Redaksi Gempur, 3. Artikel, 4. Gambar

Dates: Publication: 1992 - 1993

Gempur Edisi Ke 3 1993/94 : Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/84
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-605
Abstract

Penerbitan ini mengandungi : 1. Kata aluan, 2. Sidang Redaksi Gempurt, 3. PALAPES, 4. Personaliti 5. Dari Markas PALAPES UPM 6. Laporan Aktiviti 7. Penulisan Kerohanian 8. Penulisan Ilmiah 9. Penulisan Kreatif 10. Candid 11. ROTU's Life 12. Sudut Pengambilan ke-13

Dates: Publication: 1993 - 1994

Gempur Edisi Ke 18 : Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/54
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-456
Abstract

Penerbitan ini mengandungi kata aluan, pengenalan kepada UPM dan PALAPES UPM, warga PALAPES, profil warga PALAPES, sejenak bersama, bersama tokoh, patah tumbuh hilang berganti, selamat melapor, istiadat pentauliahan diraja ke-29, senarai Pegawai Muda yang ditauliahkan 2010, sidang redaksi majalah Gempur Edisi ke-18, organisasi Majlis Santapan, darah satria, aktiviti PALAPES sepanjang tahun, berita, madah perwira, sudut ilmiah dan informatif dan sekalung penghargaan.

Dates: 2010

Gempur Edisi Ke 19 : Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/54
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-457
Abstract

Penerbitan ini mengandungi kata aluan, pengenalan kepada UPM dan PALAPES UPM, warga PALAPES, profil warga PALAPES, ruangan bersama tokoh, patah tumbuh hilang berganti, istiadat pentauliahan diraja ke-30, darah satria, aktiviti PALAPES sepanjang tahun, berita setiap peringkat, madah perwira, sudut ilmiah, informatif dan sekalung penghargaan.

Dates: 2011

Gempur Edisi Ke 20 : Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/54
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-455
Abstract

Penerbitan ini mengandungi kata aluan, pengenalan kepada UPM dan PALAPES UPM, warga PALAPES, profil warga PALAPES, istiadat pentauliahan diraja ke-31, darah satria, aktiviti sepanjang tahun, berita dan sekalung penghargaan.

Dates: 2012

Gempur : Edisi XII 2004

 Fonds — Container: Gedung 1/89
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-918
Abstract

Penerbitan ini mengandungi secebis bicara, bermulanya disini, memori bersama, la memoria, bersama selamanya, semusim berlalu, nukilan kreatif, macam-macam ragam, behind the scene dan sekalung budi.

Dates: 2004

Hari Patriotik

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-209
Dates: Event: 2000

Istiadat Penganugerahan Watikah Tauliah Pegawai-Pegawai Kadet PALAPES Institut Pengajian Tinggi

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-95
Scope and Contents

Foto sekitar majlis Istiadat Penganugerahan Watikah Tauliah Pegawai-Pegawai Kadet PALAPES Institut Pengajian Tinggi pada 15 Jun 1989. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj selaku Tuanku Canselor UPM telah mencemar duli menghadiri majlis ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Canselor UPM, Dato’ Dr. Nayan Ariffin.

Dates: Event: 1989-06-15

Jamuan Makan Tengahari PALAPES UPM

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-204
Scope and Contents

Foto sekitar Majlis Jamuan Makan Tengahari PALAPES UPM, sempena tamat tempoh perkhidmatan Timbalan Naib Canselor (HEP) Ybhg. Kolonel Prof. Madya Dato' Dr. Haji Idris Abdol pad Februari 2003.

Dates: Event: 2003-01-31

Kemudahan Universiti : Medan Selera

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-205
Scope and Contents

Foto medan selera (Putra Food Court) terletak berhadapan Pusat Kesihatan Pelajar Universiti PUtra Malaysia (UPM), sekitar tahun 2000.

Dates: Existence: 2000

Kertas Cadangan Supaya Kerajaan Membiayai Penubuhan Dan Perjawatan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Kerajaan Dan Swasta Oleh : Bahagian Pasukan Simpanan

 Fonds — Container: Gedung 1/46
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-436
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan kertas cadangan supaya kerajaan membiayai penubuhan dan perjawatan pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES) di institusi pengajian tinggi (IPT) kerajaan dan swasta.

Dates: 2000

Majlis Makan Malam Kem Tahunan PALAPES UPM

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-101
Scope and Contents

Foto majlis makan malam Kem Tahunan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1994 di Sungai Petani Inn.

Dates: Event: 1994

Majlis Makan Malam Regimental 2007 : PALAPES Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-575
Abstract Penerbitan ini mengenai Majlis Makan Malam Regimental 2007 PALAPES UPM yang diadakan pada 25 Jun 2007 di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Isi kandungan buku program ini meliputi foto Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, foto bendera D.Y.M.M Sultan Selangor, lirik lagu negeri Selangor, atur cara majlis, pengenalan, objektif majlis, sejarah dan pengenalan PALAPES UPM (Darat dan Laut), senarai pegawai dan jurulatih pengambilan ke -26 (Darat), senarai pegawai dan...
Dates: Event: 2007-06-25

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai kadet dan perbarisan kawad formasi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-200
Scope and Contents

Foto sekitar Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai kadet dan perbarisan kawad formasi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar tahun 2000. Majlis disempurnakan oleh Brig Jen Prof Madya Dato’ (Dr) Haji Idris bin Abdol.

Dates: Event: 2000

Majlis Penutup Kem Tahunan

 Fonds — Container: Gedung 1/38
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-242
Abstract Penerbitan ini merupakan sebuah risalah yang mengandungi aturcara Majlis Penutup Kem Tahunan yang berlangsung pada 27 Oktober 1980. Kem Tahunan 1980 ini merupakan Latihan Kem Tahunan Kedua yang diadakan selama dua minggu yang telah berakhir pada 27 Oktober 1980. Ia telah dihadiri seramai 61 orang kadet Peringkat Kedua yang ditempatkan di Pusat Perikanan Universiti Pertanian Malaysia Mengabang Telipot, Terengganu manakala seramai 152 orang lagi kadet peringkat Pertama ditempatkan di Kampus...
Dates: Event: 1980

Majlis Santapan Malam Regimental : Sempena Pentauliahan Diraja PALAPES UPM 2008

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-571
Abstract Penerbitan ini mengenai Majlis Santapan Malam Regimental Sempena Pentauliahan Diraja PALAPES UPM 2008 yang diadakan pada 5 Julai 2008 di Hotel Marriott, Putrajaya. Isi kandungan penerbitan ini meliputi foto Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, foto bendera peribadi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, lirik lagu Negeri Selangor, pengenalan, atur cara majlis, senarai organisasi majlis, senarai pegawai dan jurulatih, senarai pegawai muda PALAPES UPM darat dan laut, lirik lagu Gagah Setia,...
Dates: Event: 2008-07-05

Majlis Santapan Malam Regimental sempena Pentauliahan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di Universiti Utara Malaysia (UUM) 2003.

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-185
Scope and Contents

Foto Majlis Santapan Malam Rejimental UPM bertempat di The Golden Horses Horses pada 17 Mei 2003. Majlis dihadiri Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj bersama 72 orang yang diraikan, Pegawai Muda PALAPES pengambilan ke -22.

Dates: Event: 2003-05-17

Majlis Upacara penutup Kem Tahunan (Reserve Officer Training Unit) ROTU

 Collection — Container: Gedung 1/F06
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-112

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan : Taklimat Latihan Kem Tahunan PALAPES UPM 1998

 Fonds — Container: Gedung 1/46
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-437
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan taklimat bagi kem tahunan PALAPES tahun 1998.

Dates: 1998