Skip to main content

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)

 Organization

Parallel Names

  • Rejimen Askar Wataniah (RAW) (1970)

Perkembangan

Aktiviti ketenteraan di Institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA) bermula di Universiti Malaya dengan penubuhan Rejimen Askar Wataniah (RAW). Sejarah awal Pasukan Rejimen Askar Wataniah di Universiti Putra Malaysia(UPM) bermula pada tahun 1970 dengan penubuhan Markas Kompeni B batalion Infranti ITM (RAW) di Kolej Pertanian Malaysia, manakala Kompeni A di kampus ITM cawangan Shah Alam. Batalion Infranti ITM (RAW) dipimpin oleh Lt Kol Dr Rashdan Haji Baba, Pengetua Kolej Pertanian Malaysia pada masa itu. Selepas Kolej Pertanian Malaysia ditukar nama menjadi Universiti Pertanian Malaysia pada 4 Oktober 1971, latihan ketenteraan ini terus ditawarkan kepada para mahasiswa dan pegawai UPM.

Sejarah penubuhan PALAPES telah dimulakan oleh Brigade Jeneral Dato' Abul 'As Ismail, Pengarah Askar Wataniah ke-tujuh. Setelah jawatankuasa tulus angkatan tentera (JKKTAT) meluluskan kertas kerja yang bertajuk 'Raising of Reserve Officer Training Unit in Tertiary Education Institutions' pada 18 Disember 1978, satu mesyuarat penubuhan PALAPES diadakan bersama Naib Canselor atau wakil semua Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera Darat Lt. Jeneral Tan Sri Datuk Mohd Ghazali bin Mohd Seth. Penubuhan tersebut telah mewujudkan satu era yang bersejarah dalam bidang ketenteraan. Tarikh 8 Februari 1980 adalah tarikh rasmi penubuhan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di Universiti Putra Malaysia.

"TIAP SATU PEMIMPIN TERBILANG, SATRIA PALAPES DIJULANG..."

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau juga dikenali dengan singkatan PALAPES yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pengajian Tinggi) untuk mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Found in 46 Collections and/or Records:

Pelancaran Akhbar Universiti TRIBUN Putra , Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UPM dengan Lotus Sales dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UPM dengan Sun Microsystems Sdn.Bhd , Kuala Lumpur.

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-183
Scope and Contents

Foto sekitar majlis pelancaran akhbar Universiti TRIBUN Putra, menandatangani memorandum persefahaman antara UPM dengan Lotus Sales dan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara UPM dengan Sun Microsystems Sdn.Bhd , Kuala Lumpur pada 4 ogos 1998 di Foyer bangunan pentadbiran, UPM.

Majlis dihadiri Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim Naib Canselor UPM.

Dates: Event: 1998

Pemakaian Pangkat dan Mesyuarat PALAPES

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-202
Scope and Contents

Foto sekitar Mesyuarat dan Pemakaian Pangkat PALAPES disempurnakan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim sekitar tahun 2000.

Dates: Event: 2000

Pengambilan baru bakal pegawai Pasukan Latihan Simpanan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-201
Scope and Contents

Foto pengambilan baru bakal pegawai Pasukan Latihan Simpanan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar tahun 2000. Turut hadiri Prof.Dato' Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim Kolonel (Kehormat)Komandan PALAPES UPM.

Dates: Existence: 2000

Perasmian Kem Tahunan (Reserve Officer Training Unit) ROTU ke Enam

 Collection — Container: Gedung 1/F06
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-111

Perbarisan Pembukaan Sesi Latihan Pegawai Kadet PALAPES Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Feb 1988.

 Collection — Container: Gedung 1/F06
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-83
Scope and Contents

Foto sekitar Perbarisan Pembukaan Sesi Latihan Pegawai Kadet PALAPES UPM tahun 1988 telah dilaksanakan pada Feb 1988 bertempat di padang kawad PALAPES Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Perbarisan ini telah disempurnakan oleh, Komandan PALAPES, Tan Sri Dr. Nayan Ariffin.

Dates: Event: 1988

Perbarisan Pembukaan Sesi Latihan Pegawai Kadet PALAPES Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-181
Scope and Contents

Foto sekitar majlis Perbarisan Pembukaan Sesi Latihan Pegawai Kadet (PALAPES) UPM. Turut hadir dalam majlis,Prof. Dato’ Dr. Ir. Mohd. Zohadie Bardaie. Majlis sekitar awal tahun 2000 di padang kawad PALAPES UPM.

Dates: Event: 2000

Perbarisan Penganugerahan Tauliah Pegawai-Pegawai Kedet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan : Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Institut Teknologi Mara

 Fonds — Container: Gedung 1/61
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-446
Abstract Penerbitan ini mengenai Istiadat Perbarisan Penganugerahan Tauliah Pegawai-Pegawai Kedet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Institut Teknologi Mara. Majlis ini diadakan pada 26 April 1983 di Universiti Pertanian Malaysia. Isi kandungan buku program ini meliputi kata-kata aluan, pengenalan ringkas PALAPES, senarai acara muzik oleh Pancaragam Kor Askar Melayu Diraja, aturcara majlis,...
Dates: Event: 1983-04-26

Perbarisan Pentauliahan PALAPES

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-88
Scope and Contents

Foto sekitar majlis perbarisan pentauliahan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) ke 13 tahun 1994.

Pegawai-pegawai kadet ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Kedah Tunku Abdul Halim ibni Tunku Badlishah.

Dates: Event: 1994

Perbarisan tamat sesi latihan dan anugerah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-179
Scope and Contents

Foto majlis perbarisan tamat sesi latihan dan anugerah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar tahun 1998-1999, disempurnakan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim.

Dates: Event: 1998

Pertandingan Kawad Antara Pusat-Pusat Pengajian Tinggi

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-320
Abstract

Penerbitan ini mengenai aturcara majlis Pertandingan Kawad Antara Pusat-Pusat Pengajian Tinggi yang telah diadakan pada 17 November 1974 di Universiti Pertanian Malaysia.

Dates: Event: 1974-11-17

Pusat Latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-05
Scope and Contents

Sekitar markas Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia.

Dates: Existence: 2000

Sambutan Hari Keluarga Pasukan Latihan Simpanan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-94
Scope and Contents

Foto sekitar sambutan hari keluarga Pasukan Latihan Simpanan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar tahun 1980an.

Dates: Event: 1995

Tamat sesi latihan dan pemakaian pangkat Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-178
Scope and Contents

Foto pemakaian pangkat dan tamat sesi latihan Palapes sekitar tahun 2003.Pemakaian pangkat disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Ir. Mohd. Zohadie Bardaie.

Dates: Existence: 2003

Ujian menembak ROTU (Reserve Officer Training Unit) 1985.

 Collection — Container: Gedung 1/F06
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-115
Scope and Contents

Foto sekitar ujian menembak dan upacara penutupan ujian, pegawai kadet ROTU (Reserve Officer Training Unit) pada Mei 1985 di kem Sungai Besi.Turut serta dalam ujian ini adalah Komandan ROTU/PALAPES UPM, Tan Sri Dr. Nayan Ariffin.

Dates: Existence: 1988

Upacara Pemakaian Pangkat Kolonel (Kehormat) Komandan PALAPES UPM

 Fonds — Container: Gedung 1/38
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-352
Abstract Penerbitan ini adalah mengenai Upacara Pemakaian Pangkat Kolonel (Kehormat) kepada Yang Berbahagia Prof. Dr. Nik Mustapha bin Abdullah, Naib Canselor UPM merangkap Komandan PALAPES yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal pada 8 Ogos 2006 .Antara maklumat yang terkandung dalam penerbitan ini adalah seperti aturcara upacara, senarai komandan PALAPES UPM bermula dari tahun 1980 hingga tahun semasa, serta...
Dates: Event: 2006

Upacara Pentauliahan dan Pengurniaan Watikah Pegawai-Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan

 Fonds — Container: Gedung 1/38
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-254
Abstract Penerbitan ini merupakan sebuah buku aturcara majlis pentauliahan dan pengurniaan watikah kali ke lima kepada para kadet PALAPES bagi institusi pengajian tinggi awam Malaysia. Upacara pentauliahan ini telah diadakan pada 28 Jun 1986 bertempat di Universiti Malaya. Antara universiti awam yang terlibat dalam upacara pentauliahan ini adalah terdiri daripada UM, UPM, UKM, USM dan ITM. Maklumat yang terkandung dalam penerbitan ini adalah seperti kata-kata aluan daripada Komandan PALAPES bagi...
Dates: Event: 1986