Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
Parallel Names
- Pusat Komputer
- Unit Komputer
Perkembangan
Unit Komputer, Bahagian Akademik, Universiti Pertanian Malaysia mula ditubuhkan pada 1 Februari 1975. Pada tahun 1982 - 1998, ia dinaiktaraf menjadi Pusat Komputer dan diterajui oleh empat (4) orang mantan Pengarah iaitu En. Yusuf bin Ibrahim, Dr. Abdul Rahman bin Bidin, Ir. Isa bin Mansor, Dr. Abu Talib dan Dr. Abdul Azim bin Abdul Ghani. Selepas terbentuknya Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, fungsi entiti dikecilkan menjadi Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) pada 1998 dan diketuai oleh Encik Rosmi Othman. Pada Januari 2006, Pusat Interim Komputer (PIK) diwujudkan hasil dari penggabungan Institut Multimedia dan Perisian (IMP) dengan Bahagian Teknologi Maklumat (BTM). Pusat Interim Komputer diterajui oleh Dr. Suhaimi bin Napis yang telah dilantik sebagai Pengarah.
Pusat Interim Komputer (PIK) ditransformasi kepada Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) selaras dengan ledakan perkembangan dan pembangunan ICT era baharu pada Julai 2006. Pada 3 Januari 2012, iDEC telah melaksanakan penstrukturan semula yang merangkumi pemusatan semua staf IT dan perkhidmatan ICT di UPM. Seterusnya, Dr. Khairulmizam Shamsudin, pensyarah daripada Fakulti Kejuruteraan UPM telah dilantik menerajui Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi mulai 1 Julai 2012 sehingga 31 Ogos 2014. Kini, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah diterajui oleh Prof. Madya Ts. Dr. Fatimah Sidi yang merupakan mantan staf Pusat Komputer dan beliau merupakan Pensyarah di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM. Beliau telah mengambil alih pengurusan iDEC bermula pada 1 September 2014 sehingga kini.
Found in 14 Collections and/or Records:
Bahagian Teknologi Maklumat
Penerbitan ini mengenai brosur Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan brosur ini meliputi pengenalan, visi, misi serta maklumat tentang kemudahan yang disediakan.
Bahagian Teknologi Maklumat
Penerbitan ini mengandungi maklumat penubuhan dan penstrukturan semula Bahagian Teknologi Maklumat, UPM.
Bahagian Teknologi Maklumat : Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengenai buku panduan Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) Universiti Putra Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2005.
Isi kandungan buku panduan ini meliputi sejarah dan latar belakang, visi & misi BTM, piagam pelanggan BTM, maklumat tentang fungsi 4 unit utama BTM, struktur organisasi, maklumat aplikasi sistem utama universiti, kemudahan dan perkhidmatan serta halatuju BTM.
Buku Panduan Pusat Komputer : Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkenaan pusat komputer, kemudahan pusat komputer, perkhidmatan, panduan pengguna dan peraturan am.
Computing at UPM
Penerbitan ini mengenai risalah berkala no. 3 Pusat Komputer, UPM.
Isi kandungan risalah ini meliputi maklumat tentang perngkomputeran di UPM, maklumat organisasi, maklumat perisian, maklumat sistem pengurusan informasi, maklumat UPMnet serta maklumat kursus yang ditawarkan di Pusat Komputer.
Pengarah Pusat Komputer ketika itu ialah Dr. Abdul Rahman Haji Bidin.
Dasar ICT Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengenai dasar ICT Universiti Putra Malaysia .Kandungan penerbitan ini meliputi dasar pengurusan ICT, dasar e-Pembelajaran, dasar pengurusan ilmu,dasar pembangunan kemahiran pengguna akhir, dasar sistem maklumat, dasar automasi pejabat (OA), dasar infrastruktur dan jawatankuasa penggubalan dasar ICT UPM
Inkubator UPM-MTDC Server Farm Complex
Laporan Rancangan Malaysia keenam Pusat Komputer, Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengenai Laporan Rancangan Malaysia ke-6 Pusat Komputer, Universiti Pertanian Malaysia yang merangkumi maklumat mengenai : 1. Dasar, matlamat dan strategi ; 2. Projek-projek yang dikenalpasti; 3. Implikasi kewangan; 3. Anggaran perbelanjaan pembangunan 1991-95 bagi projek baru; dan 4. Keperluan tenaga manusia semasa program/projek dilaksanakan dan selepas projek siap.
Laporan Rancangan Malaysia kelima Pusat Komputer, Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengenai Laporan Rancangan Malaysia ke-5 Pusat Komputer, Universiti Pertanian Malaysia yang merangkumi maklumat mengenai : 1. Kemajuan tahun 82/85; 2. Rancangan Malaysia kelima; 3. Projek-projek Baru; dan 4. Lampiran.
Majlis Perutusan Tahun Baru 2003 Pelancaran Dasar ICT UPM
Pusat Komputer : Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengenai brosur Pusat Komputer, Universiti Pertanian Malaysia yang diterbitkan pada Ogos 1989. Isi kandungan brosur ini meliputi pendahuluan, objektif, peranan, maklumat organisasi, maklumat perkhidmatan serta maklumat kemudahan.
Pusat Komputer : Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengenai brosur Pusat Komputer, Universiti Pertanian Malaysia yang diterbitkan pada Ogos 1993. Isi kandungan brosur ini meliputi pendahuluan, objektif, peranan, maklumat kemudahan, maklumat perkhidmatan serta maklumat organisasi.
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
Penerbitan ini mengenai brosur Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia.
Pengarah iDEC UPM pada ketika ini ialah Prof. Madya Dr. Suhaimi Napis.
Seminar Perhubungan Awam Daripada Perspektif Islam: Amalan dan Strategi Perhubungan Awam Menurut Islam
Penerbitan ini mengandungi pendahuluan, amalan dan strategi P.A masakini, falsafah Islam dan P.A, nilai-nilai Islam untuk Perhubungan Awam, Uswah Hasanah dan Lisanul Hal, kebenaran, kesabaran, merendah diri, keadilan, ketepatan masa, perassan tanggungjawab, disiplin, keunggullan peribadi, patuh, berpuashati dan bersyukur dan amalan dan strategi PA untuk organisasi Islam.
Additional filters:
- Subject
- Bangunan/Monumen/Papan tanda 1
