Fakuliti Bahasa Moden dan Komunikasi
Perkembangan
Asas penubuhan FBMK dapat dilacak sejak wujudnya Bahagian Bahasa Kebangsaan dan Bahagian Bahasa Inggeris di Kolej Pertanian Malaya berikutan penguatkuasaan Akta Bahasa 1967. Pada tahun 1971, kedua-dua bahagian ini digabungkan dan dinamakan Bahagian Bahasa yang mengandungi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Bahagian ini telah dinaikkan tarafnya menjadi Jabatan Bahasa pada tahun 1972, dan diletakkan di bawah Fakulti Pertanian.
Pada 15 Januari 1975, Jabatan Bahasa dipindahkan ke Fakulti Pengajian Pendidikan. Pada 4 Januari 1995,Jabatan Bahasa telah dinaikkan tarafnya menjadi Fakulti Pengajian Bahasa. Pada 1 Januari 1999, Jabatan Komunikasi Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia dipindahkan ke Fakulti Pengajian Bahasa Moden dengan nama baharunya Jabatan Komunikasi. Dengan pemindahan ini juga, Fakulti Pengajian Bahasa diberi nama baharu, iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK).
Found in 33 Collections and/or Records:
Monograf : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu
Penerbitan ini merupakan terbitan bersiri berbentuk jurnal yang diterbitkan oleh Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.
Nota Kuliah Tamadun Islam
Penerbitan ini mengenai nota kuliah Tamadun Islam yang dicetak pada 12 Julai 1999. Isi kandungan nota kuliah ini meliputi senarai kandungan kursus (tajuk kursus), penilaian kursus, objektif kursus, sinopsis kursus dan isi kandungan bagi 14 minggu kuliah.
Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi 2014 Faculty of Modern Languages & Communications
Penerbitan ini mengenai brosur sempena Pameran Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi 2014 Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.
Pementasan Teater : Monolog Srikandi Teragung
Penerbitan ini mengenai Antologi Pementasan Teater bertajuk Monolog Srikandi Teragung yang diterbitkan oleh Minor Seni Persembahan, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia pada tahun 2017.
Pementasan teater tersebut diadakan pada 20 Mei 2017 di Auditorium Kompleks Daerah dan Tanah Port Dickson, Negeri Sembilan.
Program Bacelor Sastera (Bahasa Cina)
Penerbitan ini mengenai brosur Program Bacelor Sastera (Bahasa Cina) yang ditawarkan oleh Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Seminar Kebangsaan Tentang Komunikasi Untuk Pembangunan
Penerbitan ini mengandungi pengenalan, sumbangan yang dibuat oleh penyelidikan dan penerbitan lanjutan untuk pembangunan, latar belakang penyelidikan dan penerbitan lanjutan, jenis penyelidikan dan penerbitan lanjutan, masalah yang dihadapi dalam menghasilkan penerbitan, status penerbitan semasa, cadangan penerbitan baharu, masa depan penyelidikan dan penerbitan lanjutan, konklusi, rujukan dan lampiran.
Syarahan Inaugural Profesor Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad
Penerbitan ini merupakan aturcara majlis Syarahan Inaugural yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad bertajuk Komunikasi dan jati diri: mengkomunikasikan kehebatan silam demi membina kegemilangan masa hadapan. Syarahan ini diadakan di Dewan persidangan, Pusat Pemajuan Kopetensi Bahasa (CALC) Universiti Putra Malaysia pada 26 Oktober 2018. Bahan ini mempunyai Biodata Prof. Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad.
Wacana Intelektual 2001 Kuasa dan Pengaruh Komunikasi Interpersonal
Additional filters:
- Type
- Collection 32
- Digital Record 1
- Subject
- Bangunan/Monumen/Papan tanda 1
- Pelajar (aktiviti) 1
- Seminar/Persidangan/Bengkel/ Program 1
