Skip to main content

Penerbit UPM

 Organization

Biography

Latar Belakang :

Penerbit Universiti Pertanian Malaysia ditubuhkan pada tahun 1977. Jawatankuasa Penerbit yang dianggotai oleh Naib Canselor sebagai Pengerusi dan lima orang pegawai akademik yang dilantik oleh Naib Canselor dan Ketua Pustakawan sebagai setiausahanya yang telah diwujudkan untuk mengendalikan urusan Penerbit UPM. Perkhidmatan urusetianya disediakan oleh perpustakaan.

Peruntukan tahunan bagi membiayai kegiatannya adalah disediakan oleh pihak universiti. Penerbit Universiti Pertanian Malaysia ditubuhkan atas rasional berikut:-

a. Untuk membantu aktiviti Universiti Pertanian Malaysia memajukan penerbitan bercorak ilmiah. Hanyalah melalui aktiviti penerbitan,hasil penyelidikan dapat dikumpul, direkod dan disebarkan dengan meluas melalui aktiviti penerbitan. b. Penerbitan yang bercorak ilmiah merupakan aktiviti yang tidak menguntungkan kerana pasarannya terhad. Oleh itu pihak penerbit swasta tidak begitu berminat untuk menceburinya. C. Penubuhan sebuah Penerbit Universiti adalah perlu bagi menampung hasil penyelidikan yang kian meningkat.



Sumber daripada: Unipertama Jilid 12 Bil.4 Mei/Jun 1990

Found in 29 Collections and/or Records:

A Guide to Authors in the Preparation of Manuscripts

 Fonds — Container: Gedung 1/76
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-517
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku panduan A Guide to Authors in the Preparation of Manuscripts yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1979.

Isi kandungan penerbitan buku panduan ini meliputi nota dan panduan kepada penulis dalam penyediaan manuskrip yang menepati keperluan dan penyampaian yang berkesan dan konsisten.

Dates: Publication: 1979

A Guide to The Common Plants of Ayer Hitam Forest, Selangor, Peninsular Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/65
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-590
Abstract Penerbitan ini mengenai buku panduan bertajuk A Guide to the Common Plants of Ayer Hitam Forest, Selangor, Peninsular Malaysia. Isi kandungan buku panduan ini meliputi rujukan pantas yang amat berguna kepada pelajar dan pengguna yang berminat mengetahui tentang lebih daripada 200 spesies tumbuhan di Hutan Simpan Ayer Hitam yang biasa dan mudah ditemui di hutan tanah pamah lain di Semenanjung Malaysia. Setiap entri tumbuhan dilengkapi dengan penerangan ringkas,...
Dates: 2004

A Master Checklist of Veterinary and Zoonotic Viruses

 Fonds — Container: Gedung 1/65
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-457
Abstract Penerbitan ini mengenai senarai semak A Master Checklist of Veterinary and Zoonotic Viruses. Isi kandungan penerbitan senarai semak ini meliputi format untuk rujukan segera dimana nama perumah haiwan disusun mengikut susunan abjad, nama virus yang disenaraikan mengikut setiap sistem atau organ perumah dan juga senarai perumah atau sumber virus zoonotik. Senarai semak ini boleh digunakan di seluruh dunia kerana kandungannya merujuk kepada virus yang telah diasingkan di banyak tempat di...
Dates: 1991-01

A New Era in Malaysian Forestry

 Fonds — Container: Gedung 1/86
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-584
Abstract Penerbitan ini mengenai laporan prosiding Seminar Era Baru Perhutanan Malaysia yang diterbitkan oleh Penerbit UPM pada tahun 1977. Isi kandungan laporan prosiding ini meliputi mukadimah, biodata editor, kata aluan, laporan prosiding bidang perhutanan pendidikan, sains perhutanan, pengurusan Hutan, laporan prosiding produk perhutanan, laporan prosiding produk perhutanan, ucapan penutup tentang trend dalam bidang perhutanan Malaysia, senarai pengulas, senarai peserta, senarai ahli...
Dates: Publication: 1977-05

A World Leader In The New Tropical Agriculture

 Fonds — Container: Gedung 1/79
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-856
Dates: Publication: 2009

Anggaran belanja mengurus untuk tahun belanjawan 1981 : cadangan anggaran belanjawan Jabatan Penerbit

 Fonds — Container: Gedung 1/12
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-75
Abstract

Penerbitan ini mengenai cadangan anggaran belanjawan jabatan penerbit UPM tahun 1981.

Dates: 1981

Blueprint Keterjaminan Makanan : Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/106
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-821
Abstract Penerbitan ini mengenai buku Pelan Tindakan Keterjaminan Makanan Universiti Putra Malaysia yang dilancarkan pada 7 Jun 2024.Isi kandungan buku pelan tindakan ini meliputi pengenalan terperinci, strategi, visi dan misi UPM bagi memperkukuh industri pertanian negara serta boleh dijadikan rujukan bukan sahaja kepada pihak akademik tetapi untuk pelbagai peringkat masyarakat dalam membantu isu keterjaminan makanan.UPM melancarkan Blueprint Keterjaminan Makanan UPM 2024...
Dates: Publication: 2024

Bukit Lintang Menyinar bersama Transformasi Komuniti

 Fonds — Container: Gedung 1/72
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-760
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah 'buku meja kopi' sempena jaringan program komuniti Universiti Putra Malaysia dengan pihak masyarakat di Kampung Bukit Lintang Kota Tinggi, Johor. Buku meja kopi ini merangkumi gambar dan perjalanan bagaimana sukarelawan Universiti Putra Malaysia telah berkhidmat kepada warga penduduk selama lebih kurang 2 tahun.

Dates: Publication: 2015

Dato' Dr. Hassan Ahmad : Cendekiawan Melayu Terulung

 Fonds — Container: Gedung 1/105
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-957
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku biografi yang ditulis oleh Nor Azuwan Yaakob ini mengisahkan berkenaan kehidupan Dato’ Dr Hassan Ahmad sejak zaman kanak-kanak beliau, kisah perjuangan beliau dalam memartabatkan bahasa Melayu dan pelbagai kisah hidup beliau sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 31 Ogos 2011.Buku ini diterbitkan oleh Penerbit Universiti Putra Malaysia dalam Bahasa Melayu tahun 2013.

Dates: Publication: 2013

Discovering the Wonders of Malaysian Orchids Unveiling Vanilla norashikiniana

 Fonds — Container: Gedung 1/103
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-776
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku yang memaparkan tentang Orkid sebagai salah satu keluarga tumbuhan berbunga terbesar yang berjumlah lebih daripada 25,000 spesies di seluruh dunia adalah sebahagian daripada sumber bio hijau dan estetik yang tidak ternilai di negara kita. DYMM Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikiniana telah perkenan kepada nama spesies Vanila baharu, dengan nama Vanila norashikiniana.

Dates: Publication: 2019

Dream & Reality : A Memoir

 Fonds — Container: Gedung 1/106
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-814
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku memoir oleh Prof Dr. Shamshuddin Jusop bertajuk Dream & Reality. Buku ini diterbitkan oleh Penerbit UPM pada tahun 2008. Isi kandungan buku memoir ini meliputi 22 bab tentang biografi dan pengalaman beliau.

Dates: Publication: 2008

Filem sebagai Alat dan Bahan Kajian

 Fonds — Container: Gedung 1/65
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-454
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku Filem sebagai Alat dan Bahan Kajian.

Isi kandungan buku ini meliputi himpunan bahan daripada rencana dan kertas kerja yang pernah terbit dan dibentangkan bagi membincangkan tentang filem sebagai media penyampaian mesej yang boleh dikaji dari pelbagai aspek dan bidang. Penerbitan ini sesuai dijadikan sebagai teks dalam kursus-kursus kajian filem dan bacaan umum khususnya kepada peminat-peminat filem.

Dates: 1995

Gamelan Serdang : Collection Re-Creation

 Fonds — Container: Gedung 1/108
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-968
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku kajian tentang alat muzik tradisional gamelan iaitu ensembel Gamelan Serdang yang diterbitkan oleh Penerbit UPM pada tahun 2011. Isi kandungan meliputi literatur yang disyorkan berkaitan gamelan di Malaysia, foto ensembel Gamelan Serdang, maklumat tentang instrumen tambahan, ambitus dan penalaan, tatatanda dan 10 tajuk koleksi penciptaan semula not muzik gamelan.

Dates: Publication: 2011

Hassan Ahmad : Wira bahasa yang berwibawa

 Fonds — Container: Gedung 1/105
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-958
Abstract Penerbitan ini merupakansebuah buku yang ditulis oleh Raja Masittah Raja Ariffin tentang Dato' Dr. Hassan Ahmad, seorang tokoh bahasa yang tidak asing lagi kepada perjuangan mencorakkan bahasa Melayu menjadi bahasa Melayu tinggi dan bahasa sains dan teknologi. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam hal-hal kebahasaan, baik di peringkat kebangsaan, serantau mahupun antarabangsa. Beliau dikenal sebagai tokoh bahasa dan sastera Melayu tetapi di peringkat antarabangsa, beliau amat dikenali...
Dates: Publication: 2015

Koleksi Ucapan : Kemahiran Insaniah Suatu Perspektif

 Fonds — Container: Gedung 1/65
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-588
Abstract Penerbitan ini mengenai Koleksi Ucapan: Kemahiran Insaniah Suatu Perspektif. Kompilasi teks ucapan ini merupakan cetusan idea daripada Y.Bhg. Profesor Dr. Azali Mohamed (Timbalan Naib Canselor-HEPA) yang bertujuan untuk menjadikan panduan dan juga perkongsian pemikiran khususnya dalam memperkasakan kemahiran insaniah. Isi kandungan penerbitan buku ini meliputi 7 elemen kemahiran insaniah iaitu : Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah, Kemahiran Kerja...
Dates: 2010

Majlis Pelancaran Buku Penerbit Universiti Putra Malaysia : Kenegaraan Malaysia dan Tamadin Islam

 Collection — Container: Gedung 1/F02
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-76
Abstract

Foto ini mengenai Majlis Pelancaran Buku Penerbit Universiti Putra Malaysia : Kenegaraan Malaysia dan Tamadin Islam yang dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Dr. Kamel Ariffin Mohd Atan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim Naib Canselor ketika itu.

Dates: Event: 1997-11-18

Memoir Cikgu Mohd Rashid : Insan Terbilang

 Fonds — Container: Gedung 1/106
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-813
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku Memoir Cikgu Mohd Rashid : Insan Terbilang yang telah diterbitkan pada tahun 2018 oleh Penerbit UPM.

Isi kandungan buku ini meliputi kata aluan, 3 bahagian utama iaitu kisah hidup, pencapaian dan sumbangan serta kenangan abadi bersama Cikgu Rashid dan diperincikan kepada 35 bab kecil, lampiran I-VII, senarai singkatan yang digunakan dan terdapat juga foto-foto sumbangan dari pengarang, kenalan dan anak beliau.

Dates: Publication: 2018

Memoir Radin Umar Radin Sohadi : aku dan amanah-MU

 Fonds — Container: Gedung 1/103
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-775
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku yang dihasilkan oleh Profesor Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi. Penulisan ini merupakan pemerhatian beliau terhadap penghidupan serta alam sekitarnya.

Dihadiahkan oleh Prof. Dr. Syed Tajuddin Syed Hassan, Professor Jawatan Kejururawatan dan Rehabilitasi , Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.

Dates: Publication: 2014

Mengutamakan Peladang : Inovasi Peladang & Penyelidikan Pertanian

 Fonds — Container: Gedung 1/65
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-455
Abstract Penerbitan ini mengenai buku Mengutamakan Peladang : Inovasi Peladang & Penyelidikan Pertanian yang memaparkan satu paradigma dan kaedah baru penyelidikan pertanian.Isi kandungan penerbitan buku ini meliputi tema utama iaitu 'Mengutamakan Peladang' adalah tentang masalah pembentukan dan pemindahan teknologi dan terbahagi kepada empat bahagian iaitu: i) menumpukan kepada inovasi peladang dengan bukti keupayaan petani; ii) menumpukan kepada kaedah yang membolehkan agenda...
Dates: 1996

Modul Pembangunan Kemahiran Asas : Sukan Sepak Takraw

 Fonds — Container: Gedung 1/65
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-587
Abstract Penerbitan ini mengenai Modul Pembangunan Kemahiran Asas: Sukan Sepak Takraw yang diterbitkan sebagai panduan yang tepat kepada pendidik serta pihak berkepentingan bagi melaksanakan pembangunan sukan Sepak Takraw bermula pada peringkat akar umbi. Buku ini memperincikan program pembelajaran lengkap selama 40 minggu dengan menyertakan segala perlakuan dan aplikasi sains sukan dalam sukan Sepak Takraw. Isi kandungan penerbitan buku ini meliputi 6 bab utama iaitu : Pengenalan dan...
Dates: 2020

Modul Silang Budaya

 Fonds — Container: Gedung 1/22
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-202
Abstract

Penerbitan ini merupakan bahan rujukan pengajaran dan pembelajaran bagi proses integrasi dan aspek kepelbagaian budaya dan adat resam, kecintaan kepada negara serta penerapan nilai-nilai moral dan sivik di kalangan generasi muda terutama pelajar sekolah. Penerbitan modul ini adalah hasil kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar serta Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM.

Dates: 2016

Pelan Strategi UPM 2001-2010

 Fonds — Container: Gedung 1/79
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-859
Abstract

Penerbitan ini mengenai Pelan Strategi UPM 2001-2010, Universiti bertaraf dunia yang mempunyai kandungan wawasan, misi, dasar kualiti, nilai pepandu, analisis senario dan matlamat UPM 2001-2010.

Dates: Publication: Majority of material found within 2001 - 2010

Pelan Strategik 2011-2013 : Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/79
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-849
Abstract

Penerbitan ini mengenai Pelan Strategik 2011-2013 : Universiti Putra Malaysia yang mempunyai kandungan seperti pertutusan Naib Canselor, sejarah ringkas, proses penyediaan dokumen pelan strategik UPM 2011-2013, pencapaian utama 2001-2010 dan analisa senario.

Dates: Publication: Majority of material found within 2011 - 2013

Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi : Kepemimpinan Pentadbir Universiti

 Fonds — Container: Gedung 1/65
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-586
Abstract Penerbitan ini mengenai Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi : Kepemimpinan Pentadbir Universiti. Penerbitan buku ini merupakan kerjasama antara Universiti Putra Malaysia dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). Penerbitan buku ini mengetengahkan senario semasa universiti dan pendidikan tinggi. Penekanan diberikan terhadap kepemimpinan pentadbir yang menjadi tonggak sokongan kepada kelangsungan perkhidmatan universiti dalam mendepani dunia VUCA (volatility, uncertainty,...
Dates: Publication: 2021

Sepintas Lalu Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah

 Fonds — Container: Gedung 1/66
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-647
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat tentang biodiversiti yang terdapat di Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC) serta kepentingannya dari segi pendidikan perhutanan tropika kepada UPM khasnya dan masyarakat umumnya. Pusat inu merupakan satu model hutan pendidikan yang diuruskan secara sistematik untuk tujuan pengajaran, penyelidikan dan pengembangan pendidikan.

Dates: Publication: 2012