Skip to main content

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

 Organization

Perkembangan

Fakulti Perhutanan merupakan salah satu daripada Fakulti asas semasa penubuhan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1971. Misi Fakulti adalah menjadi Pusat Pembelajaran dan Pendidikan yang unggul dalam bidang perhutanan tropika, yang menyumbangkan bukan sahaja kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara. Pengambilan kumpulan pelajar pertama Ijazah Bacelor Sains (Perhutanan) pada bulan Jun 1973.

Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH), Puchong merupakan Hutan Simpanan Kekal yang dianugerahkan kepada UPM melalui perjanjian jangka panjang. Hutan yang berkeluasan 1182.07 hektar ini dibawah tanggungjawab UPM untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan, penyelidikan dan pengembangan di dalam bidang perhutanan. Kompleks utama SISFEC ini dimulakan pembinaannya pada Oktober 2009 dan telah siap sepenuhnya pada September 2011 yang melibatkan kos hampir RM18 juta bagi tujuan kegunaan aktiviti pengajaran, penyelidikan dan latihan kepada pelajar dan kakitangan UPM.

Pada 21 Mac 2007, Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah UPM atau Sultan Idris Shah Forestry Education Centre (SISFEC), di Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong. Dalam titah perasmiannya, baginda berhasrat supaya kerajaan negeri Selangor mengubah tempoh perjanjian persefahaman hutan dengan UPM daripada 80 tahun pada masa sekarang kepada 999 tahun. Turut mengiringi Sultan Selangor ke pusat itu ialah Perdana Menteri Malaysia kelima merangkap Penasihat Landskap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Tun Jeanne Abdullah; Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin; Pro Canselor-Pro Canselor UPM, Tan Sri Dato’ Setia Dr. Nayan Ariffin dan Tan Sri Dato’ Sri Lim Ah Lek serta Dekan Fakulti Perhutanan, Prof. Datin Dr. Faridah Hanum Ibrahim.

Pada 1 Mac 2020, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Pengajian Alam Sekitar telah bergabung untuk membentuk Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar.

Found in 57 Collections and/or Records:

Forest Recreation Area Development Masterplan Towards Conservation and User Benefits : Volume 1

 Item — Container: Gedung 1/125
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-866
Abstract

Penerbitan ini mengenai Pelan Induk Pembangunan Kawasan Rekreasi Hutan Ke Arah Pemuliharaan dan Faedah Pengguna Jilid 1.

Isi kandungan buku laporan kajian ini meliputi maklumat Pembangunan Hutan Lipur di Semenanjung Malaysia untuk Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Dates: Publication: 1991

Forest Recreation Area Development Masterplan Towards Conservation and User Benefits : Volume 2

 Item — Container: Gedung 1/125
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-867
Abstract

Penerbitan ini mengenai Pelan Induk Pembangunan Kawasan Rekreasi Hutan Ke Arah Pemuliharaan dan Faedah Pengguna Jilid 2.

Isi kandungan buku laporan kajian ini meliputi maklumat Pembangunan Hutan Lipur di Semenanjung Malaysia untuk Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Dates: Publication: 1992

Graduate Programmes : Faculty of Forestry Universiti Pertanian Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/127
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-873
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur program siswazah Fakulti Perhutanan, Universiti Pertanian Malaysia.

Dates: Publication: 1995

Hutan Simpan Ayer Hitam : Warisan Komuniti Koridor Raya Multimedia

 Item — Container: Gedung 1/29
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-321
Abstract Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan Hutan Simpan Ayer Hitam yang terletak di Puchong, Selangor. Hutan Simpan Ayer Hitam yang terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah dianugerahkan secara perjanjian jangka panjang selama 80 tahun mulai 1996 oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Universiti Putra Malaysia bagi tujuan penyelidikan, pendidikan, dan pengembangan perhutanan. Perjanjian ini telah dimeterai oleh Naib Canselor UPM ke tiga, Prof....
Dates: Publication: 2003

Kem Pendidikan Alam Semulajadi 2009 (KEMPAS)

 Item — Container: Gedung 1/68
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-713
Abstract

Penerbitan ini merupakan buku program Kem Pendidikan Alam Semulajadi anjuran bersama Fakulti Perhutanan dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di Tapak Perkhemahan Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong Selangor pada 1-6 Jun 2009.

Dates: Event: Majority of material found within 2009-06-01 - 2009-06-06

Kuiz Sains Semula Jadi Peringkat Kebangsaan Kali ke 16 1994 Fakulti Perhutanan UPM

 Collection — Container: Gedung 1/ARTIFAK01
Identifier: MYUPM-ARTIFAK-UNIPERMA-27
Abstract

Cenderamata ini merupakan cenderamata bagi Kuiz Sains Semula Jadi Peringkat Kebangsaan Kali ke 16 1994 Fakulti Perhutanan UPM.

Dates: Existence: 1994

Laporan Dwi Tahunan 2004 dan 2005 Fakulti Perhutanan

 Item — Container: Gedung 1/16
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-97
Abstract

Penerbitan ini mengenai Laporan Dwi Tahunan 2004 dan 2005 Fakulti Perhutanan.

Dates: Publication: 2004 - 2005

Laporan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

 Item — Container: Gedung 1/100
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-718
Abstract

Penerbitan ini merupakan laporan rancangan malaysia keenam bagi Fakulti Perhutanan. Ia mengandungi ringkasan laporan, dasar, matlamat dan strategi, program perbelanjaan pembangunan Fakulti Perhutanan 1991-1995.

Dates: Publication: 1991

Laporan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) : Fakulti Perhutanan

 Item — Container: Gedung 1/49
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-329
Abstract

Penerbitan ini merupakan laporan rancangan malaysia keenam (1991-1995) Fakulti Perhutanan Universiti Pertanian Malaysia.

Dates: 1991-01-01

Laporan Rancangan Malaysia Kelima (1986-90) : Fakulti Perhutanan

 Item — Container: Gedung 1/56
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-408
Abstract

Penerbitan ini mengandungi ringkasan, program akademik,program penyelidikan, program pengembangan, strategi implementasi dan anggaran kos.

Dates: 1986 - 1990

Majlis : Majlis Penyampaian Cek ExxonMobil, Majlis Perasmian Stesen Luar Pendidikan dan Penyelidikan, Majlis Pelancaran Ekspedisi Penyelidikan Saintifik serta Majlis Pelancaran Buku Perhutanan

 Fonds — Container: Gedung 1/38
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-368
Abstract Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan empat majlis yang berbeza yang berlangsung pada 14 April 2009 bertempat di Tapak Perkhemahan, Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong Selangor. Empat majlis berkenaan adalah Majlis Penyampaian Cek ExxonMobil, Majlis Perasmian Stesen Luar Pendidikan dan Penyelidikan, Majlis Pelancaran Ekspedisi Penyelidikan Saintifik serta Majlis Pelancaran Buku Perhutanan. Antara tetamu Kehormat yang hadir pada majlis ini adalah Naib Canselor UPM, Yang Berbahagia Datuk...
Dates: Event: 2009

Majlis Makan Malam Rasmi Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan

 Collection — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-416
Abstract

Penerbitan ini mengenai Majlis Makan Malam Rasmi Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan diadakan pada 24 Mac 2003 di Hotel Marriott, Putrajaya. Majlis ini dirasmikan oleh Datuk Anifah Hj Aman, Timbalan Menteri Perusahaan Utama dan dianjurkan oleh Jawatankuasa Majlis Makan Malam Rasmi Permai Hutan 2002/2003.

Dates: Event: 2003-03-24

Mengkaji Sifat-sifat Mekanikal Kayu dari Jenis-jenis Hutan Paya Gambut dalam Keadaan Hijau

 Fonds — Container: Gedung 1/90
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-609
Abstract Penerbitan ini mengenai laporan projek Mengkaji Sifat-sifat Mekanikal Kayu dari Jenis-jenis Hutan Paya Gambut dalam Keadaaan Hijau yang diterbitkan pada April 1980. Isi kandungan laporan projek ini adalah meliputi abstrak, senarai plate, senarai gambarajah, senarai jadual, senarai lampiran dan 4 bab utama kajian.Laporan projek ini diserahkan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat bagi mendapatkan Diploma Sains Perhutanan, Fakulti Perhutanan Universitit...
Dates: Publication: 1980-04

Occasional Paper No. 1 : Future Log Production from the Forests of Sabah, Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/96
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-679
Abstract

Penerbitan ini mengenai kertas kajian pengeluaran balak pada masa depan dari hutan Sabah, Malaysia yang disediakan oleh Fakulti Perhutanan, Universiti Pertanian Malaysia pada Februari 1985. Isi kandungan kertas kajian ini meliputi abstrak, pengenalan, kaedah, hasil kajian, perbincangan, kesimpulan, penghargaan dan senarai bahan rujukan.

Dates: Publication: 1985-02

Occasional Paper No. 2 : Biomass and Biomass Relationship of 3.5 Year-Old Open-Grown Acacia Mangium

 Fonds — Container: Gedung 1/96
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-680
Abstract

Penerbitan ini mengenai biojisim dan hubungan biojisim pokok Akasia Mangium yang berumur 3.5 tahun dari kawasan lapang yang disediakan oleh Fakulti Perhutanan, Universiti Pertanian Malaysia pada April 1985. Isi kandungan penerbitan ini meliputi abstrak, pengenalan, kaedah, hasil kajian dan perbincangan, kesimpulan, penghargaan dan senarai bahan rujukan.

Dates: Publication: 1985-04

Pembangunan Taman Hutan UPM

 Fonds — Container: Gedung 1/12
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-152
Abstract

Penerbitan ini merupakan slide bercetak untuk taklimat kepada pengurusan UPM

Dates: 2006-10-18

Perubahan Landskap Fakulti Perhutanan UPM (1990–2000-an)

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-302
Scope and Contents Foto-foto Fakulti Perhutanan, Universiti Pertanian Malaysia, dirakam sekitar awal 1990-an hingga 2000-an, berdasarkan ciri seni bina, elemen landskap, papan tanda, dan kenderaan yang terpapar. Koleksi ini menunjukkan evolusi fizikal fakulti, termasuk reka bentuk pintu masuk berunsur tradisional Melayu, bangunan utama dengan struktur bata merah, serta papan tanda rasmi setelah penjenamaan semula kepada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1997. Maklumat ini disediakan berdasarkan analisis...
Dates: Majority of material found within 1990 - 2000

Proceedings Seminar/Workshop on Remote Sensing/Geographical Information System Technology: Status and Potential in UPM

 Fonds — Container: Gedung 1/88
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-608
Abstract Penerbitan ini mengenai buku prosiding Seminar/Workshop on Remote Sensing/Geographical Information System Technology: Status and Potential in UPM yang diadakan pada 22-23 Februari 1994 di Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Pertanian Malaysia anjuran RESGIS Research Group dengan kerjasama Fakulti Perhutanan, Universiti Pertanian Malaysia Serdang.Isi kandungan buku prosiding ini meliputi senarai ahli jawatankuasa seminar dan 15 kertas kerja tentang teknologi...
Dates: Publication: 1995-06

Proceedings Workshop on Impact of Man's Activities on Tropical Upland Forest Ecosystems

 Fonds — Container: Gedung 1/105
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-773
Abstract Penerbitan ini merupakan buku prosiding Bengkel Serantau Mengenai Kesan Aktiviti Manusia Terhadap Ekosistem Hutan Tanah Tinggi Tropika , yang diadakan di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang pada 3-6 Februari 1986. Objektif bengkel tersebut adalah: 1.Untuk mengumpulkan penyelidik, pengurus, penggubal dasar dan profesional lain yang berurusan dengan ekosistem hutan tanah tinggi dari negara-negara Asia Tenggara. 2. Membincang dan mengenal pasti masalah biasa yang berkaitan dengan pelbagai...
Dates: Publication: Majority of material found within 1986-02-03 - 1986-02-06

Rainforest Academy Special Publication Series No.1 2005 : Direction of Forest Plantation Industry in Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/64
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-686
Abstract Penerbitan ini mengenai Rainforest Academy Special Publication Series No. 1 2005 : Direction of Forest Plantation Industry in Malaysia yang diadakan pada 20 April 2005 bertempat di Rainforest Academy, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia.Isi kandungan buku program ini meliputi kesimpulan tentang bengkel, pengenalan dan objektif bengkel, kaedah (metodologi) bengkel, hasil bengkel, peranan Universiti Putra Malaysia, penutup ucapan,...
Dates: Publication: 2005-04-20

Rainforest Watch

 Item — Container: Gedung 1/127
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1151
Abstract

Penerbitan ini mengenai buletin Akademi Hutan Hujan Universiti Putra Malaysia Edisi kedua, Bil. 1 yang diterbitkan pada April 2006.

Isi kandungan buletin ini meliputi kata aluan, maklumat tentang pembangunan mampan, artikel berkaitan isu-isu semasa serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Tema buletin ini ialah "Our Goals... Sustainable Development".

Dates: Publication: 2006-04

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) : Fakulti Perhutanan

 Fonds — Container: Gedung 1/49
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-327
Abstract

Penerbitan ini merupakan rancangan malaysia kelima (1986-1990) Fakulti Perhutanan, Universiti Pertanian Malaysia

Dates: 1986-01-01

Report 2 : The Local Economic Impacts of the Development of Taman Negara Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/125
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-864
Abstract Penerbitan ini mengenai buku laporan Impak Ekonomi Tempatan Kesan Pembangunan Taman Negara Malaysia yang diterbitkan pada November 1992 oleh Fakulti Perhutanan, Universiti Pertanian Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perhilitan Malaysia serta kakitangan Teras Penyelidikan Rekreasi Luar, Perhutanan Bandar dan Pembangunan Pelancongan. Isi kandungan buku laporan ini meliputi ringkasan, pengenalan, kaedah penyelidikan, keputusan dan perbincangan, kesimpulan, sumber rujukan serta...
Dates: Publication: 1992-11

Report 3 : Development Impacts of Taman Negara : Attitudes of Park Staff, Resort Personnel and Local Entrepreneurs

 Item — Container: Gedung 1/125
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-865
Abstract Penerbitan ini mengenai buku laporan Impak Pembangunan di Taman Negara terhadap staf Taman Negara, pengurus tempat peranginan dan usahawan tempatan yang diterbitkan pada November 1992 oleh Fakulti Perhutanan, Universiti Pertanian Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perhilitan Malaysia serta kakitangan Teras Penyelidikan Rekreasi Luar, Perhutanan Bandar dan Pembangunan Pelancongan.Isi kandungan buku laporan ini meliputi ringkasan, pengenalan, objektif, kaedah kajian, keputusan dan...
Dates: Publication: 1992-11

Additional filters:

Subject
Bangunan/Monumen/Papan tanda 1
Staf (aktiviti) 1