Skip to main content

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

 Organization

Perkembangan

Fakulti Perhutanan merupakan salah satu daripada Fakulti asas semasa penubuhan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1971. Misi Fakulti adalah menjadi Pusat Pembelajaran dan Pendidikan yang unggul dalam bidang perhutanan tropika, yang menyumbangkan bukan sahaja kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara. Pengambilan kumpulan pelajar pertama Ijazah Bacelor Sains (Perhutanan) pada bulan Jun 1973.

Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH), Puchong merupakan Hutan Simpanan Kekal yang dianugerahkan kepada UPM melalui perjanjian jangka panjang. Hutan yang berkeluasan 1182.07 hektar ini dibawah tanggungjawab UPM untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan, penyelidikan dan pengembangan di dalam bidang perhutanan. Kompleks utama SISFEC ini dimulakan pembinaannya pada Oktober 2009 dan telah siap sepenuhnya pada September 2011 yang melibatkan kos hampir RM18 juta bagi tujuan kegunaan aktiviti pengajaran, penyelidikan dan latihan kepada pelajar dan kakitangan UPM.

Pada 21 Mac 2007, Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah UPM atau Sultan Idris Shah Forestry Education Centre (SISFEC), di Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong. Dalam titah perasmiannya, baginda berhasrat supaya kerajaan negeri Selangor mengubah tempoh perjanjian persefahaman hutan dengan UPM daripada 80 tahun pada masa sekarang kepada 999 tahun. Turut mengiringi Sultan Selangor ke pusat itu ialah Perdana Menteri Malaysia kelima merangkap Penasihat Landskap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Tun Jeanne Abdullah; Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin; Pro Canselor-Pro Canselor UPM, Tan Sri Dato’ Setia Dr. Nayan Ariffin dan Tan Sri Dato’ Sri Lim Ah Lek serta Dekan Fakulti Perhutanan, Prof. Datin Dr. Faridah Hanum Ibrahim.

Pada 1 Mac 2020, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Pengajian Alam Sekitar telah bergabung untuk membentuk Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar.

Found in 57 Collections and/or Records:

Research activities undertaken in The Faculty of Science and Environmental Studies

 Fonds — Container: Gedung 1/32
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-165
Abstract

Bahan ini mengenai aktiviti penyelidikan di Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar

Dates: 1978

Research Projects 1977-79 : A Summary

 Fonds — Container: Gedung 1/110
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-781
Abstract

Penerbitan ini mengenai projek penyelidikan Fakulti Perhutanan Universiti Pertanian Malaysia bagi tempoh tahun 1977-1979. Isi kandungan buku laporan ini meliputi ringkasan laporan projek penyelidikan pelajar siswazah tahun akhir yang terdiri daripada 5 bidang utama iaitu pengeluaran, pengurusan, kejuruteraan, perlindungan dan produk perhutanan untuk memenuhi keperluan mendapatkan Bacelor Sains Perhutanan.

Dates: Publication: 1979-09

Research Projects 1980-1982 : A Summary.

 Fonds — Container: Gedung 1/110
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-782
Abstract

Penerbitan ini mengenai projek penyelidikan Fakulti Perhutanan Universiti Pertanian Malaysia bagi tempoh tahun 1980-1982. Isi kandungan buku laporan ini meliputi ringkasan laporan projek penyelidikan pelajar siswazah tahun akhir yang terdiri daripada 5 bidang utama iaitu pengeluaran, pengurusan, kejuruteraan, perlindungan dan produk perhutanan untuk memenuhi keperluan mendapatkan Bacelor Sains Perhutanan.

Dates: Publication: 1982

Ringkasan Projek Institut Sains Gunaan Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Sarawak Bintulu, Sarawak

 Item — Container: Kotak 1/136
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-960
Abstract Penerbitan ini merupakan cadangan kompleks Institut Gunaan untuk Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Sarawak, Bintulu, Sarawak. Fungsi projrk kompleks ISG mengandungi pusat pentadbiran dan jabatan-jabatan. Pusat pentadbiran termasuklah pejabat, bilik seminar, makmal dan lain-lain ruang untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti ISG. Bidang-bidang kursus yang dipertanggunjawabkan ialah pertanian, perhutanan, kedoktoran veterinar dan sains peternakan, perikanan dan lain-lain bidang yang...
Dates: Publication: 1980

Seminar Pengurusan dan Ekologi Hutan Simpan Air Hitam ke-2

 Collection — Container: Gedung 1/F02
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-40
Dates: Existence: Majority of material found within 2000-11-08 - 2000-11-09

Seminar Perhutanan Antarabangsa' 80. Tropical Forests : Source of Energy Through Optimization and Diversification

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-671
Abstract Penerbitan ini mengenai buku program Seminar Perhutanan Antarabangsa'80 ; Tropical Forests : Source of Energy Through Optimization and Diversification yang diadakan pada 11-15 November 1980 di Universiti Pertanian Malaysia.Isi kandungan buku program ini meliputi kata-kata aluan, maklumat sejarah universiti, maklumat dan foto bergambar aktiviti di Fakulti Perhutanan, aturcara program, maklumat Jabatan Perhutanan Semananjung Malaysia dan maklumat Lembaga Perindustrian Kayu...
Dates: Publication: 1980-11-11 - 1980-11-15

Socio-economics Status of The Local Population in Upper Tembeling, Taman Negara

 Item — Container: Gedung 1/125
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-863
Abstract Penerbitan ini mengenai buku laporan Status Sosioekonomi Penduduk Setempat di Hulu Tembeling, Taman Negara, Pahang yang diterbitkan pada bulan Julai 1991. Isi kandungan buku laporan ini meliputi pengenalan, objektif, kaedah dan tatacara analisis, keputusan dan perbincangan, kesimpulan, cadangan, senarai sumber rujukan serta lampiran.Buku laporan ini adalah hasil kerjasama antara Jabatan Pengurusan Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Pertanian Malaysia, Jabatan...
Dates: Publication: 1991-07

Additional filters:

Subject
Bangunan/Monumen/Papan tanda 1
Staf (aktiviti) 1