Skip to main content

Fakulti Pertanian

 Organization

Perkembangan

Fakulti Pertanian yang pertama di Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1971. Bermula dengan tujuh jabatan di bawahnya, fakulti ini telah menjadi pengasas kepada penubuhan beberapa fakulti lain dalam proses pembangunan dengan membangunkan jabatan berkenaan hingga menjadi taraf fakulti sendiri. Sehingga akhir 1998, Fakulti Pertanian mempunyai 3 jabatan akademik, iaitu Jabatan Agronomi dan Hortikultur, Jabatan Perlindungan Tumbuhan dan Jabatan Sains Tanah.

Bermula pada 1 Januari 1999, proses penstrukturan semula di Universiti Putra juga melibatkan Fakulti Pertanian. Penstrukturan ini adalah berkonsepkan penyatuan atau integrasi elemen utama dalam sistem pertanian iaitu tanaman, haiwan, tanah, teknologi dan pengurusan. Berasas kepada konsep ini, Fakulti Pertanian kini mempunyai tujuh jabatan, iaitu Sains Tanaman, Sains Haiwan, Perlindungan Tumbuhan, Pengurusan Tanah, Perniagaantani dan Sistem Maklumat, Teknologi Pertanian, Akuakultur.

Sebagai fakulti pertanian terunggul di negara ini, maka Fakulti Pertanian mempunyai peranan utama untuk menangani secara langsung masalah pertanian semasa negara serta prospek pembangunan industri pertanian dalam jangka masa panjang terutama kepada program latihan sumber manusia dengan tenaga terlatih yang terdiri daripada graduan yang berpandangan jauh ke hadapan dan berupaya bersaing dalam arena industri. Berlandaskan sistem pendidikan negara, Fakulti Pertanian berusaha mengeluarkan pakar pertanian terlatih, berciri keusahawan dan berupaya mengendalikan perundingan di mana saja, di samping menghasilkan teknologi pertanian baru dan tinggi, hasil dari program penyelidikan dan pengkomersilan.

Fakulti Pertanian kini menawarkan program pengajian yang terdiri daripada program Bacelor Sains Pertanian, Bacelor Sains Hortikultur, dan Bacelor Sains (Perniagaantani). Program baru peringkat Bacelor yang ditawarkan adalah Bacelor Sains Pertanian (Akuakultur) dan Bacelor Sains Pertanian (Sains Ternakan). Manakala pada peringkat Master, Fakulti Pertanian menawarkan program Master Sains Pertanian, Master Sains, Master Sains Pengurusan Tanah, Master Sains Pengurusan Perladangan, Master Sains Pengurusan Sumber Lestari dan PhD. Kini, Fakulti Pertanian terletak di Kompleks Agrobio Lebuh Silikon sesuai dengan fungsi dan peranan dalam pembangunan pertanian negara

Found in 72 Collections and/or Records:

Cadangan bangunan Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F07
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-231
Scope and Contents

Gambar ini mengenai pembinaan cadangan bangunan Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia pada 11 April 1979

Dates: 1979-04-11

Cadangan Kurikulum Baru : Program Bac. Sains Pertanian : Bac. Sains Hortikultur

 Item — Container: Gedung 1/89
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-638
Abstract

Penerbitan ini mengandungi cadangan kurikulum baru yang merangkumi Program Bacelor Sains Pertanian, Program Bacelor Sains Hortikultur dan sinopsis kursus.

Dates: 1987

Cadangan Kurikulum Baru : Program Diploma Pertanian

 Item — Container: Gedung 1/89
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-636
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pendahuluan, keterangan am kurikulum, kursus dalam kurikulum baru, sistem penilaian, tempoh penilaian, keperluan tambahan dan lampiran.

Dates: 1987

Cadangan Pembinaan Bangunan Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F08
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-155
Scope and Contents

Foto progress cadangan bangunan Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 14 Mac 1981.

Dates: Existence: 1981-03-14

Cadangan Pembinaan Bangunan Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F08
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-156
Scope and Contents

Foto proses pembinaan bangunan Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dari 25 Jun 1980 sehingga 14 Mac 1981.

Dates: Existence: Majority of material found within 1980-06-25 - 1981-03-14

Fakulti Pertanian Melalui Pelbagai Sudut (1980-1990-an)

 Collection — Container: Gedung 1/F10
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-335
Scope and Contents

Foto sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an ini menunjukkan perubahan rekabentuk bangunan Fakulti Pertanian, menggambarkan perkembangan fizikal kampus sepanjang tempoh tersebut.

Dates: Existence: Majority of material found within 1980 - 1990

Fakulti Pertanian : Prospektus 2003-2004

 Item — Container: Gedung 1/23
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-241
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian bagi tahun 2003-2004.

Dates: Publication: 2003 - 2004

Fakulti Pertanian Prospektus 2004-2005

 Item — Container: Gedung 1/21
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-171
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian, UPM bagi sesi 2004-2005.

Dates: Majority of material found within 2004 - 2005

Fakulti Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia

 Item — Container: Kotak 1/136
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-964
Abstract Penerbitan ini Pengenalan kepada Dasar Pertanian Negara yang mencabar industri Pertanian untuk mempelbagaikan perusahaan pertanian. Penekanan terhadap penyelidikan secara berterusan oleh Fakulti Pertanianke atas komoditi makanan dan buah-buahan adalah memenuhi Dasar Pertanian Negara serta satu dari tiga matlamat Universiti.Strategi penyelidikan Fakulti menekankan penyelidikan Fakulti menekankan kepada penyelidikan asas dan gunaan untuk memahami prose pergolakan dalam pengeluaran pertanian....
Dates: Publication: Majority of material found within 1971 - 1997

First Announcement : SOILS 2004 Soils Science Conference of Malaysia 2004

 Item — Container: Gedung 1/127
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1138
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Persidangan Sains Tanah Malaysia pada tahun 2004.

Dates: 2004

Information Needs of The Malaysian Agricultural Community

 Item — Container: Gedung 1/87
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-632
Abstract

Penerbitan ini mengandungi kandungan, senarai kandungan, pengenalan, metodologi kajian, dapatan kajian, rumusan dan kesimpulan, cadangan dan soalan.

Dates: 1980 - 1981

Intra-agency Working Relationship

 Item — Container: Gedung 1/101
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-735
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pengenalan, organisasi, struktur organisasi, beberapa garis panduan untuk organisasi yang berkesan, amalan penyeliaan, beberapa panduan untuk penyeliaan yang berkesan, keperluan untuk penyelarasan, ringkasan dan rujukan.

Dates: 1976-03-06 - 1976-03-11

Jabatan Sains Haiwan Fakulti Pertanian

 Collection — Container: Gedung 1/F07
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-243
Scope and Contents

Gambar ini mengenai Jabatan Sains Haiwan Fakulti Pertanian sekitar tahun 1990

Dates: 1990

Kolej Pertanian Malaya : Weather Station Record 1968 - Mei 1973

 Item — Container: Gedung 1/80
Identifier: MYUPM-CAM-13-23
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku rekod stesen cuaca, Kolej Pertanian Malaya. Isi kandungan buku rekod ini meliputi log bacaan cuaca harian seperti sukatan hujan, bacaan suhu udara harian, bacaan kelembapan dan penyejatan bagi tempoh bermula bulan Januari 1968 sehingga bulan Mei 1973.

Dates: Publication: Majority of material found within 1968-01 - 1973-05

Kuliah Awam : SEARCA Professorial Merit Award "Cocoa in Southeast Asia and its Threatening Diseases"

 Item — Container: Gedung 1/80
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-539
Abstract Penerbitan ini mengenai Majlis Kuliah Awam : SEARCA Proffesorial Merit Award "Cocoa in Southeast Asia and its Threatening Diseases" oleh Profesor George Varghese pada 13 Julai 1985 bertempat di Dewan Persidangan Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan Universiti Pertanian Malaysia.Isi kandungan buku majlis ini meliputi aturcara majlis, pengenalan tentang hadiah merit award, kriteria pemilihan, maklumat tempoh dan syarat-syarat pengurniaan, tanggungjawab pemegang Merit Award,...
Dates: Publication: 1985-07-13

Laporan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) : Fakulti Pertanian

 Item — Container: Gedung 1/92
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-614
Abstract

Penerbitan ini mengenai Laporan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) : Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia.

Isi kandungan buku laporan ini meliputi ringkasan, kedudukan semasa (1981-1985), dasar, matlamat dan strategi, program perbelanjaan pembangunan 1986 - 1990, keupayaan perlaksanaan serta laporan berkaitan Fakulti/Jabatan Pengajian Pembangunan Manusia.

Dates: Publication: 1986

Laporan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) : Fakulti Pertanian

 Item — Container: Gedung 1/92
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-615
Abstract

Penerbitan ini mengenai Laporan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) : Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia.

Isi kandungan buku laporan ini meliputi senarai jadual, senarai lampiran, ringkasan, pendahuluan, kedudukan semasa (1981-1985), dasar, matlamat dan strategi, program perbelanjaan pembangunan 1986 - 1990, jadual-jadual, lampiran-lampiran serta laporan berkaitan Fakulti/Jabatan Pengajian Pembangunan Manusia.

Dates: Publication: 1986

Lecture Notes PRT 2008 Agriculture and Man

 Item — Container: Gedung 1/117
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1039
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku nota kursus Agriculture and Man (PRT2008) yang diterbitkan oleh Fakulti Pertanian pada September 2011. Isi kandungan buku nota kursus ini meliputi 9 bab utama nota kuliah berkaitan pertanian beserta foto-foto berkaitan aktiviti yang dijalankan. Kursus Agriculture and Man adalah salah satu kursus wajib yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian dan buku nota kursus ini adalah edisi kemaskini dan dicetuskan bermula Disember 2010.

Dates: Publication: 2011-09

Lifelong Love for Seeds : (1955-2015) Through the Seed Route

 Fonds — Container: Gedung 1/76
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-783
Abstract Penerbitan ini mengenai buku cenderamata syarahan awam "Lifelong Love for Seeds : (1955-2015) Through the Seed Route" oleh Profesor Emeritus Chin Hoong Fong (Prof Chin) pada 26 Mac 2015 bertempat di Dewan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia.Isi kandungan buku cenderamata ini meliputi biodata Pfor Chin, pengenalan, artikel tentang biji benih, cabaran masa depan, hasil penulisan tentang biji benih dan fungsi biji benih.Syarahan awam tersebut diadakan sempena...
Dates: Publication: 2015-03-26

Majlis Makan Malam Perdana Pertanian: "Graduan Penggerak Transformasi Pertanian"

 Item — Container: Gedung 1/119
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1064
Abstract Penerbitan ini mengenai buku program Majlis Makan Malam Perdana Pertanian, Fakulti Pertanian UPM yang diadakan pada 9 Mac 2003 di Hotel Renaissance Palm Garden, Putrajaya. Program ini diadakan bagi meraikan pelajar tahun akhir Fakulti Pertanian sesi 2002/2003 dengan tema "Graduan Penggerak Transformasi Pertanian".Isi kandungan buku program ini meliputi misi UPM, objektif majlis, kata-kata aluan, senarai ahli jawatankuasa program, aturcara majlis, lirik lagu UPM dan lirik lagu...
Dates: Event: 2003-03-09

Majlis Penyerahan kunci bangunan Fakulti Pertanian

 Collection — Container: Gedung 1/F04
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-173
Scope and Contents

Foto 01-02 : Prof Ir Dr Muhamad Zohadie Bardaie menyerahkan replika kunci kepada Prof. Dr. Mohd. Yusof Bin Hussein Dekan Fakulti Pertanian.

Foto 03 - 16 : Sekitar majlis penyerahan kunci bangunan Fakulti Pertanian pada tahun 1998.

Dates: Event: 1998

Maklumat Aktiviti Luar Negara & Kolaborasi Antarabangsa Universiti Putra Malaysia : 2004

 Fonds — Container: Gedung 1/85
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-905
Abstract

Penerbitan ini mengandungi kolaborasi penyelidikan antarabangsa, seminar/konferensi/bengkel, lawatan dan promosi, latihan dan sabatikal, penerimaan fellowship/biasiswa/anugerah antarabangsa/ MOU antarabangsa, program pertukaran pelajar, kerjasama pendidikan UPM bersama institusi antarabangsa dan senarai pelawat antarabangsa sepanjang tahun 2004.

Dates: 2004

Manual for Mineralogical Analysis 1983

 Fonds — Container: Gedung 1/54
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-402
Abstract

Penerbitan ini merupakan Buletin Teknikal yang mengandungi pengenalan, prarawatan sampel, pembelauan xray, analisis haba, spektroskopi inframerah, teknik lain dan pengekstrakan kimia. Manual ini telah disediakan oleh Eddy Tessens, Jabatan Sains Tanah.

Dates: 1983

Pendita 3 : Universiti Pertanian Malaysia : Cenderamata : Penuntut Diploma Pertanian Tahun Akhir Sesi 1980/81 : Unipertama

 Fonds — Container: Gedung 1/99
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-714
Abstract

Penerbitan ini adalah buku cenderamata yang mengandungi kata-kata aluan, dari meja pengarang, badan redaksi majalah, ajk Diploma Pertanian 78/81, sudut karya, sekitar kegiatan Pendita 3, Yesterme, Yesteryou, Yesterday, iklan, penghargaan dan autograph.

Dates: 1980 - 1981

Penerbitan Pegawai-pegawai Universiti Pertanian Malaysia

 Item — Container: Kotak 1/137
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-977
Abstract

Penerbitan ini mengandungi penghargaan, pengenalan, indeks pengarang UPM, Fakulti Pertanian, Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, Fakulti Kedoktoran Veterinar Dan Sains Peternakan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Fakulti Perhutanan, Fakulti Perikanan Dan Sains Samudera, Fakulti Sains Dan Pengajian Alam Sekitar, Pusat Pengembangan Dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Sains Makanan Dan Bioteknologi, Kampus Cawangan Bintulu, Perpustakaan, Indeks Perkara.

Dates: Publication: 1989

Additional filters:

Type
Collection 58
Archival Object 14
 
Subject
Bangunan/Monumen/Papan tanda 5
Jentera/Pengangkutan/Mesin 1
Tumbuhan (Pertanian) 1