Fakulti Pertanian
Perkembangan
Fakulti Pertanian yang pertama di Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1971.
Bermula dengan tujuh jabatan di bawahnya, fakulti ini telah menjadi pengasas kepada penubuhan beberapa fakulti lain dalam proses pembangunan dengan membangunkan jabatan berkenaan hingga menjadi taraf fakulti sendiri. Sehingga akhir 1998, Fakulti Pertanian mempunyai 3 jabatan akademik, iaitu Jabatan Agronomi dan Hortikultur, Jabatan Perlindungan Tumbuhan dan Jabatan Sains Tanah.
Bermula pada 1 Januari 1999, proses penstrukturan semula di Universiti Putra juga melibatkan Fakulti Pertanian. Penstrukturan ini adalah berkonsepkan penyatuan atau integrasi elemen utama dalam sistem pertanian iaitu tanaman, haiwan, tanah, teknologi dan pengurusan. Berasas kepada konsep ini, Fakulti Pertanian kini mempunyai tujuh jabatan, iaitu Sains Tanaman, Sains Haiwan, Perlindungan Tumbuhan, Pengurusan Tanah, Perniagaantani dan Sistem Maklumat, Teknologi Pertanian, Akuakultur.
Sebagai fakulti pertanian terunggul di negara ini, maka Fakulti Pertanian mempunyai peranan utama untuk menangani secara langsung masalah pertanian semasa negara serta prospek pembangunan industri pertanian dalam jangka masa panjang terutama kepada program latihan sumber manusia dengan tenaga terlatih yang terdiri daripada graduan yang berpandangan jauh ke hadapan dan berupaya bersaing dalam arena industri. Berlandaskan sistem pendidikan negara, Fakulti Pertanian berusaha mengeluarkan pakar pertanian terlatih, berciri keusahawan dan berupaya mengendalikan perundingan di mana saja, di samping menghasilkan teknologi pertanian baru dan tinggi, hasil dari program penyelidikan dan pengkomersilan.
Fakulti Pertanian kini menawarkan program pengajian yang terdiri daripada program Bacelor Sains Pertanian, Bacelor Sains Hortikultur, dan Bacelor Sains (Perniagaantani). Program baru peringkat Bacelor yang ditawarkan adalah Bacelor Sains Pertanian (Akuakultur) dan Bacelor Sains Pertanian (Sains Ternakan). Manakala pada peringkat Master, Fakulti Pertanian menawarkan program Master Sains Pertanian, Master Sains, Master Sains Pengurusan Tanah, Master Sains Pengurusan Perladangan, Master Sains Pengurusan Sumber Lestari dan PhD. Kini, Fakulti Pertanian terletak di Kompleks Agrobio Lebuh Silikon sesuai dengan fungsi dan peranan dalam pembangunan pertanian negara
Found in 72 Collections and/or Records:
Pihakberkuasa Dan Jawatankuasa Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengandungi kandungan majlis universiti, senat universiti, canselori, registeri, bursari, perpustakaan, ladang, pusat komputer, fakulti ekonomi veterinar dan sains peternakan, fakulti kejuruteraan pertanian, fakulti pengajian pendidikan, fakulti perhutanan, fakulti perikanan dan sains samudera, fakulti pertanian, fakulti sains dan pengajian alam sekitar, fakulti sains dan teknologi makanan, pusat pengembangan dan pendidikan lanjutan.
PKDP Report No. 3/86
Penerbitan ini mengandungi pengenalan, model dan data analisis, anggaran parameter dan keputusan, rumusan dan kesimpulan.
Preliminary Examination August 14, 1974
Penerbitan ini mengenai kertas peperiksaan awal Preliminary Examination August 14, 1974.
Isi kandungan meliputi koleksi soalan dan jawapan untuk peperiksaan oleh Prof. Nayan bin Ariffin.
Principles of Extension Teaching
Penerbitan ini mengandungi Prinsip Pengajaran Lanjutan yang merangkumi hubungan dengan orang ramai, persediaan untuk mengajar, pendekatan kepada orang ramai, prosedur mengajar, dan rumusan.
Proceedings of Food & Agriculture Malaysia 2000
Proceedings of Legumes in the Tropics
Penerbitan ini mengenai buku prosiding simposium tentang kekacang di Tropika yang diterbitkan oleh Fakulti Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1980.
Isi kandungan buku prosiding ini meliputi kertas persidangan tentang bidang teknologi kekacang tropika yang dihadiri peserta dari negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Australia dan Papua New Guinea.
Proceedings of The Third Regional Seed Technology Workshop For Asean and The Pacific
Prospektus 2003-2004 : Fakulti Pertanian
Penerbitan ini mengenai prospektus Fakulti Pertanian.
Prospektus 2006-2007 : Fakulti Pertanian
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian UPM bagi tahun 2006-2007
Prospektus Akademik 2000
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian bagi tahun 2000.
Rancangan Malaysia Ke 6 (1991-1995) : Fakulti Pertanian
Penerbitan ini mengandungi ringkasan, dasar, matlamat dan strategi, program-program/projek baru dan penutup.
Regional Seminar on Extension and Rural Development Strategies Report
Penerbitan ini mengandungi kata-kata aluan dari Naib Canselor, Pengarah Institut Pentadbiran Awam Negara dan YAB Timbalan Perdana Menteri, laporan prosiding, pendekatan dan strategi lanjutan di negara membangun, pendekatan latihan untuk kerja-kerja pengembangan dan pembangunan luar bandar, majlis penutup, senarai kehadiran dan ahli jawatankuasa.
Report of External Examiner for the Bachelor of Education Program (Agricultural Science)
Penerbitan ini mengandungi laporan, lampiran 1 curriculum vitae dan lampiran 2 program lawatan.
Rumah kaca
Foto rumah kaca tanaman hydroponik rock melon, timun, labu dan tomato Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia sekitar awal tahun 1990an.
Seminar Kebangsaan Mengenai Latihan Yang Berkesan Bagi Memenuhi Keperluan Tenagamanusia Dalam Bidang Pertanian
Simposium Microbiologi Malaysia Ketiga
Simposium Sains Rumpai Di Tropika
Penerbitan ini mengenai perutusan Naib Canselor, Dekan Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur. Maklumat am Abstrak Kertas seperti ekologi rumpai, biologi taburan rumpai, pembangunan racun herba dan teknik aplikasi, kaedah kawalan rumpai dalam tanaman saka, herbisid dan kesannya terhadap alam sekitar.
Staff Seminar Meeting : Topic : Germination and Storage of Some Tropical Seeds
Penerbitan ini mengandungi topik percambahan dan penyimpanan beberapa biji benih tropika serta carta.
Universiti Pertanian Malaysia Faculty of Agriculture : Postgraduate Opportunities In Tropical Agriculture and Horticulture
Penerbitan ini mengenai buku panduan Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia berkenaan peluang Lepasan Ijazah dalam Bidang Pertanian Tropika dan Hortikultur.
Isi kandungan buku panduan ini meliputi pengenalan kampus universiti, pengenalan fakulti pertanian, maklumat jabatan dan program yang ditawarkan, maklumat staf akademik, kemudahan penyelidikan dan maklumat umum seperti syarat kemasukan, struktur program, yuran pengajian dan hal berkaitan program yang ditawarkan.
Universiti Pertanian Malaysia : Weather Station Record Jun 1973-1977
Penerbitan ini mengenai buku rekod pusat kaji cuaca Universiti Pertanian Malaysia.
Isi kandungan buku rekod ini meliputi log bacaan cuaca harian seperti graf bacaan sukatan hujan, bacaan suhu udara harian, bacaan kelembapan dan penyejatan bagi tempoh bermula bulan Jun 1973 sehingga 1977.
UPM Research Report 2001: Faculty of Agriculture
Penerbitan ini merupakan abstrak laporan penyelidikan UPM bagi tahun 2001 ,Fakulti Pertanian.
Workshop For Field Officers/Trainers To Improve The Effectiveness Of Non-Formal Education Programmes For Rural Development
Penerbitan ini merupakan Pusat Pengembangan dan Pendidikan Berterusanyang ditubuhkan pada 2 Januari 1976. Ia merupakan sebuah bahagian di Universiti Pertanian Malaysia yang diketuai oleh seorang Pengarah yang mempunyai dua jabatan iaitu Jabatan Pendidikan Pengembangan dan Jabatan Komunikasi Pembangunan untuk membolehkan Universiti merancang program penyelidikan dan pengembangan yang lebih berkesan.
Additional filters:
- Type
- Collection 58
- Archival Object 14
- Subject
- Bangunan/Monumen/Papan tanda 5
- Jentera/Pengangkutan/Mesin 1
- Tumbuhan (Pertanian) 1
