Skip to main content

Penerbit UPM

 Organization

Biography

Latar Belakang :

Penerbit Universiti Pertanian Malaysia ditubuhkan pada tahun 1977. Jawatankuasa Penerbit yang dianggotai oleh Naib Canselor sebagai Pengerusi dan lima orang pegawai akademik yang dilantik oleh Naib Canselor dan Ketua Pustakawan sebagai setiausahanya yang telah diwujudkan untuk mengendalikan urusan Penerbit UPM. Perkhidmatan urusetianya disediakan oleh perpustakaan.

Peruntukan tahunan bagi membiayai kegiatannya adalah disediakan oleh pihak universiti. Penerbit Universiti Pertanian Malaysia ditubuhkan atas rasional berikut:-

a. Untuk membantu aktiviti Universiti Pertanian Malaysia memajukan penerbitan bercorak ilmiah. Hanyalah melalui aktiviti penerbitan,hasil penyelidikan dapat dikumpul, direkod dan disebarkan dengan meluas melalui aktiviti penerbitan. b. Penerbitan yang bercorak ilmiah merupakan aktiviti yang tidak menguntungkan kerana pasarannya terhad. Oleh itu pihak penerbit swasta tidak begitu berminat untuk menceburinya. C. Penubuhan sebuah Penerbit Universiti adalah perlu bagi menampung hasil penyelidikan yang kian meningkat.



Sumber daripada: Unipertama Jilid 12 Bil.4 Mei/Jun 1990

Found in 29 Collections and/or Records:

Terima kasih srikandi

 Fonds — Container: Gedung 1/72
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-759
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku kumpulan puisi khas sempena projek dana wakaf ilmu Universiti Putra Malaysia.

Dates: Publication: 2020

The Campus Tales

 Fonds — Container: Gedung 1/55
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-515
Abstract Penerbitan ini merupakan sebuah novel. Matlamat penulisan The Campus tales adalah untuk menambah bilangan buku yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris di Malaysia.Harapan penulis adalah supaya rakyat Malaysia mengambil serius membaca dalam bahasa Inggeris untuk meningkatkan kecekapan mereka. Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian 1 ialah novel pendek bertajuk The Ambassador's Daughter. Ia menggambarkan kehidupan seorang diplomat yang menghadapi masalah kerana perbezaan budaya.Bahagian...
Dates: 2008

The Serdang Story

 Fonds — Container: Gedung 1/55
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-525
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku dedikasi memperingati 70 tahun Univesiti Putra Malaysia sebagai Institusi Pengajian 1931-2001. Buku ini ditulis oleh Othman Yaacob.

Dates: 2005

Veterinary Education for National Development

 Fonds — Container: Gedung 1/73
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-513
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku Veterinary Education for National Development yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Pertanian Malaysia Serdang pada tahun 1979.

Isi kandungan buku ini meliputi prosiding 5 kertas ucaptama yang dibentang dalam International Seminar on Veterinary Education for the Developing Countries, aturcara seminar dan senarai peserta yang menghadiri persidangan.

Dates: Publication: 1979