Skip to main content

Pusat Pertanian Putra

 Organization

Parallel Names

  • Bahagian Ladang
  • Taman Penyelidikan Universiti
  • Taman Pertanian Universiti

Perkembangan

Pusat Pertanian Putra (PPP) / Putra Agriculture Centre (PAC) tertubuh selepas penstrukturan semula Taman Pertanian Universiti (TPU) secara rasminya pada 10 Februarai 2021 menerusi Mesyuarat JPU kali ke 742.

Taman Pertanian Universiti telah ditubuhkan pada 1 Disember 2001 sebagai pelantar untuk menyokong pengajaran, penyelidikan dalam bidang pertanian serta menyediakan perkhidmatan untuk warga kampus dan masyarakat. Berkeluasan dalam 570 hektar yang meliputi kampus Serdang sebanyak 407 hektar dan Ladang Puchong seluas 162 hektar. Manakala Taman Pertanian Universiti (kampus Bintulu) mempunyai kawasan seluas 714.135 hektar. Aktiviti utama di UPMKB adalah pengajaran dan penyelidikan tanaman, ternakan, akuakultur dan kejuruteraan pertanian.

Taman Pertanian Universiti bermula dengan Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia yang berfungsi sejak tahun 1971 untuk menyediakan latihan praktik pelajar dan memberi perkhidmatan kepada kampus seperti pengangkutan, kebersihan dan lain-lain. Pada tahun 1998, Bahagian Ladang telah distrukturkan semula menjadi Taman Penyelidikan Universiti, Universiti Putra Malaysia yang fungsinya untuk menyediakan kemudahan penyelidikan dan perkhidmatan dalam bidang pertanian. Selaras dengan hasrat Negara dan Universiti untuk memartabatkan sektor pertanian maka nama Taman Penyelidikan Universiti diubah menjadi Taman Pertanian Universiti.

Bukit Ekspo pertama kali digunakan sebagai tapak Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen bersempena dengan Istiadat Pengistiharan Perlantikan Cancelor dan Pro Cancelor serta Konvokesyen Pertama Universiti Pertanian Malaysia pada 24 hingga 30 Julai 1977. Keluasan kawasan Bukit Ekspo ketika itu adalah 16 hektar (40 ekar) dan dilengkapi dengan kemudahan seperti Pentas Angsana dan Astaka Orkid dan lain-lain lagi.

Found in 49 Collections and/or Records:

Album Pameran & Jualan Orkid Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM Ke-40 2016

 Fonds — Container: Gedung 1/110
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-991
Abstract Penerbitan ini mengenai buku Album Pameran & Jualan Orkid, Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM Ke-40 bertempat di Astaka Orkid, Bukit Ekspo, UPM yang berlangsung pada 20-26 Oktober 2016. Pameran ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar (Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian & Industir Asas Tani, Malaysia) dan bertemakan "Mengungguli Pertanian, Menggapai Reputasi Antarabangsa". Isi kandungan buku album ini meliputi foto-foto berkaitan majlis perasmian ekspo,...
Dates: Publication: 2016-10-20 - 2016-10-26

Anggaran Perjawatan 1984 : Bahagian Ladang

 Fonds — Container: Gedung 1/62
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-475
Abstract

Penerbitan ini mengenai anggaran belanjawan perjawatan Bahagian Ladang bagi tahun 1984.

Dates: 1984

Anggur dan Areca palm (Pinang)

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-22
Scope and Contents

Foto anggur dan Areca palm (Pinang) di sekitar Universiti Putra Malaysia.

Dates: Existence: 2000

Brosur Universiti Pertanian Malaysia (Kampus Serdang) sempena Hari Ladang UPM

 Fonds — Container: Gedung 1/113
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-801
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Universiti Pertanian Malaysia (Kampus Serdang) yang diterbitkan sempena Hari Ladang UPM.

Isi kandungan brosur ini meliputi peta lokasi kawasan seliaan Bahagian Ladang UPM dan maklumat terperinci Bahagian Ladang UPM sekitar tahun 1969 sehingga 1990.

Dates: Publication: Majority of material found within 1990 - 1996

Buku Panduan 1981/82 : Bahagian Ladang

 Fonds — Container: Gedung 1/52
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-400
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pengenalan, lembaga ladang, struktur organisasi, aktiviti akademik, aktiviti perkhidmatan dan kalendar akademik.

Dates: 1981 - 1982

Buku Panduan 1985/86 : Bahagian Ladang : Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/52
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-386
Abstract

Penerbitan ini mengandungi pendahuluan, lembaga ladang, struktur organisasi, aktiviti akademik dan aktiviti perkhidmatan.

Dates: 1985 - 1986

Buku Panduan 1987/88 : Bahagian Ladang Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/23
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-122
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat ladang UPM yang terdiri daripada lembaga ladang, struktur organisasi, aktiviti akademik dan aktiviti perkhidmatan yang disediakan bagi tahun 1987/1988.

Dates: Publication: 1987 - 1988

Buku Panduan 1990/91 : Cawangan Kejenteraan Ladang

 Fonds — Container: Gedung 1/115
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-805
Abstract

Penerbitan ini mengenai Buku Panduan Cawangan Kejenteraan Ladang bagi tahun 1990/91 yang diterbitkan oleh Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia.

Isi kandungan buku panduan ini meliputi pendahuluan, struktur carta organisasi, maklumat tentang unit-unit cawangan kejenteraan dan maklumat tentang perkhidmatan cawangan kejenteraan.

Dates: Publication: 1990 - 1991

Buku Panduan Cawangan Kejenteraan Ladang 1988/1989 : Bahagian Ladang Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/33
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-208
Abstract

Penerbitan ini mengenai struktur organisasi, cawangan kejenteraan ladang, unit-unit cawangan kejenteraan, perkhidmatan cawangan kejenteraan, senarai traktor dan jentera berat, jumlah kenderaan universiti, senarai agihan alat dan mesin-mesin kecil bahagian ladang dan tugas pemandu.

Dates: Publication: 1988 - 1989

Buku Pelawat : Visitors Book

 Fonds — Container: Gedung 1/111
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-768
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku Pelawat Taman Pertanian Universiti, Universiti Pertanian Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1971.

Isi kandunan buku pelawat ini meliputi maklumat seperti tarikh, nama dan alamat pelawat yang terdiri daripada agensi kerajaan, agensi luar, pelajar-pelajar sekolah serta orang awam.

Dates: Majority of material found within 1971-01-05 - 2002-09-08

Buletin Ladang 3 : Tanaman Ros

 Fonds — Container: Gedung 1/113
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-793
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku Buletin Ladang 3 : Tanaman Ros yang disusun oleh Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia pada bulan Mei 1988.

Isi kandungan buku buletin ini meliputi pendahuluan, jenis ros, anatomi, tabiat pertumbuhan, pemilihan kawasan, kaedah penanaman, kawalan penyakit dan perosak dan segala kemahiran dalam penanaman bunga ros.

Dates: Publication: 1988-05

College of Agriculture Malaya : Activities of the College Farm

 Fonds — Container: Gedung 1/115
Identifier: MYUPM-CAM-13-24
Abstract Penerbitan ini mengenai buku laporan aktiviti-aktiviti Ladang Kolej Pertanian Malaya, Serdang, Selangor yang diterbitkan pada 5 Julai 1969.Isi kandungan buku laporan ini meliputi peta lakaran kompleks kolej, maklumat Ladang Kolej, maklumat Seksyen Sains Tanah, kaedah pembajaan dan ujian kawalan rumpai, maklumat Seksyen Kejuruteraan, maklumat Seksyen Agronomi, maklumat Unit Sains Haiwan, maklumat dan peta lakaran Dusun Humprey, senarai biasiswa dan penaja, maklumat bilangan...
Dates: Publication: 1969-07-05

Format Bagi Cadangan Dasar Baru, Taman Penyelidikan Universiti

 Fonds — Container: Gedung 1/23
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-248
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan anggaran belanjawan Taman Penyelidikan Universiti bagi tahun 2002-2003.

Dates: Publication: 2002 - 2003

Handbook University Farm

 Fonds — Container: Gedung 1/113
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-792
Abstract

Penerbitan ini mengenai Buku Panduan Ladang Universiti, Universiti Pertanian Malaysia yang diterbitkan oleh Bahagian Ladang UPM pada tahun 1990. Isi kandungan buku panduan ini meliputi pengenalan, lembaga ladang, struktur organisasi, aktiviti akademik, aktiviti perkhidmatan dan senarai pegawai-pegawai Ladang.

Dates: Publication: 1990

Infestation of ice red spider mite : Serangan atau jangkitan oleh hama labah-labah merah ais.

 Collection — Container: Gedung 1/F08
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-195
Scope and Contents

Foto pokok yang diserang atau jangkitan besar-besaran oleh serangga perosak. Ice red spider mite ialah sejenis hama (mite) yang berwarna merah, kecil seperti labah-labah, yang boleh menyerang tumbuhan. Nama "ice red" merujuk kepada spesies tertentu yang berwarna merah terang. Hama ini biasanya menyerang daun tumbuhan dan menghisap kandungan sel daun, menyebabkan daun menjadi kuning, kering, atau gugur.

Dates: Existence: 1990

Jentera Pertanian

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-13
Scope and Contents

Foto jentera pertanian unit kenderaan bahagian ladang Universiti Pertanian Malaysia , sekitar tahun 80an atau 90an.

Dates: Existence: Majority of material found within 1980 - 1990

Kandang kambing dan kuda

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-27
Scope and Contents

Foto kandang kuda dan kambing di bahagian ternakan , Taman Pertanian Universiti sekitar tahun 2000.

Dates: Existence: 2000

Kuarters ladang

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-21
Scope and Contents

Foto persekitaran kuarters ladang satu sekitar tahun 1980.

Dates: Existence: 1980

Kursus Hortikultur Landskap 1 (Asas)

 Fonds — Container: Gedung 1/115
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-807
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku program Kursus Hortikultur Landskap 1 (Asas) yang dianjurkan oleh Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia pada 22-27 Mei 1995. Isi kandungan buku program ini meliputi kata-kata aluan, objektif kursus, jadual lengkap kursus, aturcara majlis penutup, senarai nama penceramah/penunjukajar, senarai nama peserta kursus, senarai ahli jawatankuasa pengelola dan senarai norma-norma kursus.

Dates: Event: 1995-05-22 - 1995-05-27

Ladang betik

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-30
Scope and Contents

Foto ladang tanaman betik di Taman Pertanian Universiti sekitar tahun 2000.

Dates: Existence: 2000

Ladang getah dan durian belanda

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-24
Scope and Contents

Foto ladang getah dan ladang durian belanda di Taman Pertanian Universiti Putra Malaysia sekitar tahun 2000.

Dates: Existence: 2000

Ladang Lebah

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-01
Scope and Contents Foto Ladang Lebah yang terletak di Bahagian Ladang sekitar tahun 80an yang dikendalikan oleh Prof. Emeritus Dato' Makhdzir Mardan.Foto 01: Proses Menuai maduFoto 02: Proses Menuai maduFoto 03: Kulit Pokok KayuFoto 04: Proses mengambil madu lebahFoto 05: Mengeluarkan madu daripada sarangFoto 06: Mengeluarkan madu daripada sarangFoto 07: Sarang lebahFoto 08: Sarang lebah atas dahan pokok...
Dates: Existence: 1980

Ladang manggis

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-26
Scope and Contents

Foto ladang mangis taman pertanian Universiti Putra Malaysia sekitar tahun 2000.

Dates: Existence: 2000

Ladang rambutan

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-25
Dates: Existence: 2000

Laporan Penggunaan Kenderaan Universiti Pertanian Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/115
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-813
Abstract

Penerbitan ini mengenai kertas kerja laporan penggunaan kenderaan UPM yang disediakan oleh Cawangan Kejenteraan Ladang, Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia. Isi kandungan kertas kerja ini meliputi tujuan, latarbelakang, masalah/ kesulitan, cadangan perubahan, syor, kesimpulan dan Lampiran I-VI.

Dates: Publication: 1989

Additional filters:

Subject
Tumbuhan (Pertanian) 10
Bangunan/Monumen/Papan tanda 2
Haiwan (Pertanian) 2
Jentera/Pengangkutan/Mesin 1