Pusat Pertanian Putra
Parallel Names
- Bahagian Ladang
- Taman Penyelidikan Universiti
- Taman Pertanian Universiti
Perkembangan
Pusat Pertanian Putra (PPP) / Putra Agriculture Centre (PAC) tertubuh selepas penstrukturan semula Taman Pertanian Universiti (TPU) secara rasminya pada 10 Februarai 2021 menerusi Mesyuarat JPU kali ke 742.
Taman Pertanian Universiti telah ditubuhkan pada 1 Disember 2001 sebagai pelantar untuk menyokong pengajaran, penyelidikan dalam bidang pertanian serta menyediakan perkhidmatan untuk warga kampus dan masyarakat. Berkeluasan dalam 570 hektar yang meliputi kampus Serdang sebanyak 407 hektar dan Ladang Puchong seluas 162 hektar. Manakala Taman Pertanian Universiti (kampus Bintulu) mempunyai kawasan seluas 714.135 hektar. Aktiviti utama di UPMKB adalah pengajaran dan penyelidikan tanaman, ternakan, akuakultur dan kejuruteraan pertanian.
Taman Pertanian Universiti bermula dengan Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia yang berfungsi sejak tahun 1971 untuk menyediakan latihan praktik pelajar dan memberi perkhidmatan kepada kampus seperti pengangkutan, kebersihan dan lain-lain. Pada tahun 1998, Bahagian Ladang telah distrukturkan semula menjadi Taman Penyelidikan Universiti, Universiti Putra Malaysia yang fungsinya untuk menyediakan kemudahan penyelidikan dan perkhidmatan dalam bidang pertanian. Selaras dengan hasrat Negara dan Universiti untuk memartabatkan sektor pertanian maka nama Taman Penyelidikan Universiti diubah menjadi Taman Pertanian Universiti.
Bukit Ekspo pertama kali digunakan sebagai tapak Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen bersempena dengan Istiadat Pengistiharan Perlantikan Cancelor dan Pro Cancelor serta Konvokesyen Pertama Universiti Pertanian Malaysia pada 24 hingga 30 Julai 1977. Keluasan kawasan Bukit Ekspo ketika itu adalah 16 hektar (40 ekar) dan dilengkapi dengan kemudahan seperti Pentas Angsana dan Astaka Orkid dan lain-lain lagi.
Found in 63 Collections and/or Records:
Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) : Bahagian Ladang
Penerbitan ini mengenai pengenalan, matlamat dan strategi, tugas dan tanggungjawab, penggunaan kawasan, organisasi, rancangan, program, projek, pengajaran, penyelidikan dan program perbelanjaan pengembangan.
Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) : Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia
Replika Johan Bola Tampar Sukan Antara Cawangan Bahagian Ladang 1994
Replika ini merupakan replika bagi kategori Johan Bola Tampar Sukan antara Cawangan Bahagian Ladang pada tahun 1994.
Seminar Bulanan Bahagian Ladang 87 & 88 : Koleksi Kertas Kerja
Penerbitan ini mengandungi prakata, kandungan, kata-kata aluan Pengarah Ladang, seminar bulanan Bahagian Ladang dan kertas kerja.
Senarai Mesin-Mesin Kecil Bahagian Ladang Universiti Pertanian Malaysia Sehingga Jun 1988
Penerbitan ini mengenai laporan senarai mesin-mesin kecil di Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia sehingga bulan Jun 1998 yang meliputi 5 cawangan Bahagian Ladang dan Ladang Puchong.
Taman Herba Taman Pertanian Universiti
Foto pokok pisang dan taman herba sekitar Taman Pertanian, Universiti Putra Malaysia sekitar tahun 2000.
Taman Pertanian Universiti
Foto kolam ikan, tasik dan panorama di Taman Pertanian Universiti sekitar tahun 2000.
Taman Pertanian Universiti Universiti Putra Malaysia : Laporan Seksyen Tahun 2009
Tanaman Ladang LKL 222
Penerbitan ini mengenai buku panduan bagi Kursus Tanaman Ladang LKL 222 yang disusun oleh Prof. Madya D. Haji Idris Abdol (penyelaras) dan pegawai-pegawai Bahagian Ladang pada Oktober 1995. Isi kandungan buku panduan ini meliputi garis panduan kursus LKL 222 iaitu maklumat-maklumat asas dan pendedahan tentang aspek agronomi bagi menjalankan projek 10 jenis tanaman ladang jangkapendek.
Tapak semaian
Foto tapak semaian de sebelah Pusat Jualan TPU
Tumbuhan Tradisional
Penerbitan ini mengenai buku panduan tentang tumbuhan tradisional yang disusun oleh Unit Germplasma Tumbuhan, Bahagian Ladang Universiti Pertanian Malaysia sempena minggu Ekspo dan Pesta Konvo Dua Dekad Pengajaran pada 26-29hb Ogos 1993.
Isi kandungan buku panduan ini meliputi maklumat mengenai kegunaan beberapa jenis tumbuhan tradisional di sekeliling kita dan disertakan juga lakaran gambar ringkas setiap tumbuhan tradsional tersebut.
Unit Lembu, Bahagian Ladang
Foto sekitar bahagian ladang unit lembu Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1980an.
University Research Park : Taman Penyelidikan Universiti
Penerbitan ini mengenai brosur Taman Penyelidikan Universiti (TPU), Universiti Putra Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1999.
Isi kandungan brosur ini meliputi pengenalan, misi, peranan, objektif, senarai kaar penyewaan dan harga barangan Tahun 1999/2000, carta organisasi, maklumat tentang khidmat kepada penyewa, kriteria pemilihan penyewa dan maklumat kelebihan kepada penyewa, maklumat Bahagian serta maklumat ringkas tentang UPM Incubators (UPM-MTDC).
