Skip to main content

Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Organization

Parallel Names

  • Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

Perkembangan

Perpustakaan telah diwujudkan ketika Sekolah Pertanian Malaya ditubuhkan pada 1931. Apabila status Sekolah Pertanian dinaik taraf, perpustakaan telah dinamakan sebagai Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya sekitar tahun 1960an. Pada tahun 1971, perpustakaan telah bertukar nama kepada Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia sejajar dengan penubuhan Universiti Pertanian Malaysia. Pada masa itu, perpustakaan ditempatkan di Blok Pentadbiran lama universiti. Perpustakaan dipindahkan ke bangunan barunya pada tahun 1973 dan seterusnya mendapat bangunan tambahan pada tahun 1983. Pada tahun 1997, perpustakaan telah dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Putra Malaysia apabila perubahan nama universiti telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Pada 3 Julai 1989, pelaksanaan sistem katalog dan sistem pinjaman buku berkomputer mula beroperasi sepenuhnya diperpustakaan. Perpustakaan telah menyertai AGRIS iaitu satu sistem maklumat antarabangsa untuk sains dan teknologi pertanian dibawah kelolaan FAO sejak tahun 1975 dan menjadi Pusat Kebangsaan AGRIS pada tahun 1979 hingga sekarang.

Pada 23 Mei 2002, perpustakaan telah mengadakan Majlis Pemasyhuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) yang telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

PSAS merupakan antara perpustakaan universiti yang terawal di Malaysia. Bangunan PSAS yang pertama iaitu Blok B telah siap dibina pada tahun 1969 manakala bangunan kedua iaitu Blok A telah siap dibina pada tahun 1982. Blok berkembar ini mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan ruang tempat duduk sebanyak 2000 orang pengguna dalam satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan yang mula beroperasi pada tahun 1998, manakala Perpustakaan Perubatan Veterinar beroperasi pada tahun 1999, Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak) mula beroperasi semula pada tahun 2001 dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina mula beroperasi pada tahun 2008. Selain itu, pada tahun 2012 PSAS telah menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B bangunan perpustakaan.

Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang 2011 bagi Kategori Perpustakaan Besar oleh Persatuan Pustakawan Malaysia. Pada 2019, sebuah kafe kopi telah dibuka dengan kerjasama Program Rakan Bakti Putra di perkarangan Anjung Siswazah, PSAS.

Mantan Ketua Pustakawan

1.Tuan Syed Salim Agha: 1974 - 1995

2.Pn. Kamariah A. Hamid: 29 Mei 1995 – 19 Febuari 2004

3.En. Amir Hussain bin Mad Ishak: 27 September 2006 – April 2015 dan Jun 2016 – Julai 2017

4.En. Muzaffar Shah Kassim: 1 Mei 2018 – 14 Ogos 2022

5. En. Mahbob Yusof : 3 Januari 2023 - sehingga kini

Found in 201 Collections and/or Records:

Buku Panduan Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/134
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-924
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan lokasi perpustakaan , pengenalan, tatatertib perpustakaan, koleksi perpustakaan, katalog perpustakaan, pengkelasan buku, peminjaman dan pemulangan bahan, lain-lain perkhidmatan & kemudahan, pelan perpustakaan, pegawai-pegawai perpustakaan dan maklumat am.

Dates: Publication: 1981

Buku Panduan Perpustakaan : Universiti Pertanian Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/134
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-926
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan lokasi perpustakaan , pengenalan am berkaitan perpustakaan, koleksi perpustakaan, bahan-bahan khas, katalog perpustakaan, pengkelasan buku, peminjaman & pemulangan bahan, pelan bangunan perpustakaan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Dates: Publication: 1983

Buku Panduan Perpustakaan : Universiti Pertanian Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/134
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-927
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan lokasi perpustakaan , pengenalan am berkaitan perpustakaan, koleksi perpustakaan, bahan-bahan khas, katalog perpustakaan, pengkelasan buku, peminjaman & pemulangan bahan, pelan bangunan perpustakaan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Dates: Publication: 1984

Buku Panduan Perpustakaan : Universiti Pertanian Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/134
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-928
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan lokasi perpustakaan , pengenalan am berkaitan perpustakaan, koleksi perpustakaan, bahan-bahan khas, katalog perpustakaan, pengkelasan buku, peminjaman & pemulangan bahan, peraturan perpustakaan, pelan bangunan perpustakaan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Dates: Publication: 1986

Buku Panduan Perpustakaan : Universiti Pertanian Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/134
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-929
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan lokasi perpustakaan , pengenalan am berkaitan perpustakaan, koleksi perpustakaan, bahan-bahan khas, katalog perpustakaan, pengkelasan buku, peminjaman & pemulangan bahan, peraturan perpustakaan, pelan bangunan perpustakaan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Dates: Publication: 1985

Buletin Perpustakaan

 Series — Container: Gedung 1/71
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-636
Abstract

Penerbitan buletin ini akan menjadi satu platform dalam mempromodikan perkhidmatan perpustakaan kepada pelanggan dalaman dan luaran. Buletin ini akan diterbitkan empat kali setahun bertujuan menjadi perantara warga Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan seluruh pelanggannya.

Dates: Publication: 2008

Buletin PSAS

 Sub-Series — Container: Gedung 1/71
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-635
Dates: Publication: 2005/01

Celebrating 25 years VTLS at Universiti Putra Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/66
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-644
Abstract

Penerbitan ini merupakan aturcara majlis meraikan 25 tahun vtls di Universiti Putra Malaysia pada 11 November 2013 bertempat di Bilik Termasa Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia.

Dates: Event: 2013-11-11

Dasar perkembangan koleksi perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/07
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-41
Abstract Penerbitan ini mengenai dasar perkembangan koleksi, perpustakaan UPM.Kandungan penerbitan ini meliputi objektif perpustakaan, keperluan untuk mengadakan dasar perkembangan koleksi, tujuan dasar, jaringan,takrif, tanggungjawab bagi pemilihan bahan-bahan perpustakaan, faktor-faktor yang dapat mempengaruhi pemilihan, garis panduan dan kriteria untuk pemilihan, jenis-jenis bahan yang diperolehi oleh perpustakaan, alat-alat pemilihan, keluasan dan peringkat pengumpulan bahan-bahan perpustakaan,...
Dates: Publication: 1981

Databases and Online Journals

 Item — Container: Gedung 1/132
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1185
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Jabatan Pengurusan dan Penggunaan Maklumat, Perpustakaan Universiti Putra Malaysia yang dikemaskini pada 26 Mac 2002. Isi kandungan brosur ini meliputi maklumat tentang pangkalan data dan jurnal atas talian yang dilanggan oleh Perpustakaan Universiti Putra Malaysia.

Dates: Publication: 2002-03-26

Edisi Sulung Jan-Mac 08, bulk: 2008-01-01 - 2008-03-31

 Sub-Series — Container: Gedung 1/71
Abstract

Buletin ini mengandungi : 1. koleksi bahan 2. pangkalan data dalam talian 3. jom berkenalan 4. Buku baru 5. Aktiviti perpustakaan 6. sorotan sepanjang "mini book fair" 7. sudut staf

Dates: Majority of material found within 2008-01-01 - 2008-03-31

Guide To Branch Libraries : Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Item — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-302
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali cawangan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan bagi tahun 2013/2014.

Dates: Publication: 2013

Hari Bersama Pelanggan 2012 : Pelanggan Berinformasi, Matlamat Kami

 Item — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-430
Abstract

Bahan ini mengenai Hari Bersama Pelanggan yang telah diadakan 19-20 April 2012 di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.

Dates: Publication: 2012-04-19 - 2012-04-20

Hari Q '97 Perpustakaan Universiti Putra Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/134
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1250
Abstract

Bahan ini mengenai buku program Hari Q '97 Perpustakaan yang diadakan pada 25 Oktober 1997 di Perpustakaan Universiti Putra Malaysia.

Dates: Publication: 1997-10-25

Hari Q ’97 Perpustakaan Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-487
Scope and Contents

Foto sekitar sambutan Hari Q ’97 Perpustakaan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah diadakan pada 25 Oktober 1997. Program ini dianjurkan bagi memupuk budaya kualiti dalam kalangan warga perpustakaan selaras dengan tema “Kualiti Organisasi Bermula Dengan Individu”.

Kelihatan pelbagai aktiviti dijalankan termasuk sesi ucapan, persembahan serta penyertaan kakitangan perpustakaan dalam menjayakan program tersebut.

Dates: Event: 1997-10-25

Hari Q 2000: Pekerja Bestari, Pekerja Berkualiti

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-521
Scope and Contents

Foto ini diambil semasa ceramah Hari Q Perpustakaan, Program Kecemerlangan Diri Kedua, 28 Oktober 2000, bertemakan 'Pekerja Bestari, Pekerja Berkualiti.

Dates: Event: 2000-10-28

Hari Q 2002 Perpustakaan Sultan Abdul Samad : Universiti Putra Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/134
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1256
Abstract

Bahan ini mengenai buku program Hari Q 2002 Perpustakaan Sultan Abdul Samad Ke-10 yang diadakan pada 12 Oktober 2002 di Perpustakaan Universiti Putra Malaysia.

Dates: Publication: 2002-10-12

Hari Q 2002, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-516
Scope and Contents

Foto sekitar Majlis Hari Q 2002 di Perpustakaan Sultan Abdul Samad pada 12 Oktober 2002, yang merakamkan penglibatan warga kerja dalam pelbagai aktiviti ke arah memperkukuh budaya kualiti dan kecemerlangan perkhidmatan.

Dates: Event: 2002

Hari Q 2003 Perpustakaan Sultan Abdul Samad : Universiti Putra Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/134
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1257
Abstract

Bahan ini mengenai buku program Hari Q 2003 Perpustakaan Sultan Abdul Samad Ke-11 yang diadakan pada 25 Oktober 2003 di Perpustakaan Universiti Putra Malaysia.

Dates: Publication: 2003-10-25

Hari Q Perpustakaan 1998, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-517
Scope and Contents

Foto sekitar Hari Q Perpustakaan 1998, menampilkan sesi ceramah oleh Wan Zainal Abidin Wan Hanafi serta penyampaian hadiah berupa hamper oleh Ketua Pustakawan,Puan Kamariah kepada staf perpustakaan Encik Jamil.

Dates: Event: 1998

Hari Q Perpustakaan 1998 : Perpustakaan Universiti Putra Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/134
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1251
Abstract

Bahan ini mengenai buku program Hari Q Perpustakaan 1998 yang diadakan pada 31 Oktober 1998 di Perpustakaan Universiti Putra Malaysia.

Dates: Publication: 1998-10-31

Hari Q Perpustakaan 1999 : Perpustakaan Universiti Putra Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/134
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1252
Abstract

Bahan ini mengenai buku program Hari Q Perpustakaan 1999 yang diadakan pada 30 Oktober 1999 di Perpustakaan Universiti Putra Malaysia.

Dates: Publication: 1999-10-30

Hari Q Perpustakaan 2000 : Perpustakaan Universiti Putra Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/134
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1253
Abstract

Bahan ini mengenai buku program Hari Q Perpustakaan 2000 yang diadakan pada 28 Oktober 2000 di Perpustakaan Universiti Putra Malaysia.

Dates: Publication: 2000-10-28

Hari Q Perpustakaan 2001 : Perpustakaan Universiti Putra Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/134
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1254
Abstract

Bahan ini mengenai buku program Hari Q Perpustakaan 2001 yang diadakan pada 18 Oktober 2001 di Perpustakaan Universiti Putra Malaysia.

Dates: Publication: 2001-10-18

Hari Q Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/134
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-932
Abstract

Bahan ini mengenai buku program Hari Q Perpustakaan yang diadakan pada 13 Disember 1993 di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia.

Dates: Publication: 1993-12-13