Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Parallel Names
- Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia
Perkembangan
Perpustakaan telah diwujudkan ketika Sekolah Pertanian Malaya ditubuhkan pada 1931. Apabila status Sekolah Pertanian dinaik taraf, perpustakaan telah dinamakan sebagai Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya sekitar tahun 1960an. Pada tahun 1971, perpustakaan telah bertukar nama kepada Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia sejajar dengan penubuhan Universiti Pertanian Malaysia. Pada masa itu, perpustakaan ditempatkan di Blok Pentadbiran lama universiti. Perpustakaan dipindahkan ke bangunan barunya pada tahun 1973 dan seterusnya mendapat bangunan tambahan pada tahun 1983. Pada tahun 1997, perpustakaan telah dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Putra Malaysia apabila perubahan nama universiti telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Pada 3 Julai 1989, pelaksanaan sistem katalog dan sistem pinjaman buku berkomputer mula beroperasi sepenuhnya diperpustakaan. Perpustakaan telah menyertai AGRIS iaitu satu sistem maklumat antarabangsa untuk sains dan teknologi pertanian dibawah kelolaan FAO sejak tahun 1975 dan menjadi Pusat Kebangsaan AGRIS pada tahun 1979 hingga sekarang.
Pada 23 Mei 2002, perpustakaan telah mengadakan Majlis Pemasyhuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) yang telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
PSAS merupakan antara perpustakaan universiti yang terawal di Malaysia. Bangunan PSAS yang pertama iaitu Blok B telah siap dibina pada tahun 1969 manakala bangunan kedua iaitu Blok A telah siap dibina pada tahun 1982. Blok berkembar ini mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan ruang tempat duduk sebanyak 2000 orang pengguna dalam satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan yang mula beroperasi pada tahun 1998, manakala Perpustakaan Perubatan Veterinar beroperasi pada tahun 1999, Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak) mula beroperasi semula pada tahun 2001 dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina mula beroperasi pada tahun 2008. Selain itu, pada tahun 2012 PSAS telah menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B bangunan perpustakaan.
Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang 2011 bagi Kategori Perpustakaan Besar oleh Persatuan Pustakawan Malaysia. Pada 2019, sebuah kafe kopi telah dibuka dengan kerjasama Program Rakan Bakti Putra di perkarangan Anjung Siswazah, PSAS.
Mantan Ketua Pustakawan
1.Tuan Syed Salim Agha: 1974 - 1995
2.Pn. Kamariah A. Hamid: 29 Mei 1995 – 19 Febuari 2004
3.En. Amir Hussain bin Mad Ishak: 27 September 2006 – April 2015 dan Jun 2016 – Julai 2017
4.En. Muzaffar Shah Kassim: 1 Mei 2018 – 14 Ogos 2022
5. En. Mahbob Yusof : 3 Januari 2023 - sehingga kini
Found in 201 Collections and/or Records:
Hari Q Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia
Bahan ini mengenai buku program Hari Q Perpustakaan yang diadakan pada 13 Disember 1994 di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia.
Hari Q Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia
Bahan ini mengenai buku program Hari Q Perpustakaan yang diadakan pada 16 Disember 1995 di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia.
Hari Q Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia
Bahan ini mengenai buku program Hari Q Perpustakaan yang diadakan pada 10 Disember 1996 di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia.
Hari Q Perpustakaan, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Foto sekitar Hari Q Perpustakaan pada 30 Oktober 1999 di Universiti Putra Malaysia (UPM), menampilkan staf dan warga perpustakaan dalam pelbagai aktiviti majlis, termasuk penyampaian hadiah.
Hari Terbuka Perpustakaan 1994
Penerbitan ini mengenai Hari Terbuka Perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia pada 18-19 Januari 1994.
INFORMAN
Informan adalah penerbitan daripada perpustakaan sebagai satu mekanisma bukan sahaja menimbulkan kesedaran perpustakaan, tetapi juga sebagai wadah untuk berinteraksi dalam maklum balas daripada semua pihak.
Information Literacy Programme
Penerbitan ini mengenai brosur Bahagian Rujukan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan brosur ini meliputi pengenalan serta maklumat ringkas tentang Program Literasi Maklumat yang disediakan oleh PSAS, UPM.
Kajian keperluan maklumat pelajar peringkat diploma dan ijazah Universiti Pertanian Malaysia : Oktober 1996
Penerbitan ini adalah mengandungi pendahuluan, penulisan semula hasil kajian, metodologi kajian, hasil kajian, cadangan dan kesimpulan.
Kekacang di Tropika : Sebuah Bibliografi
Kerbau : Sebuah Bibliografi
Penerbitan ini mengenai bibliografi tentang kerbau yang diterbitkan oleh Perpustakan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1979. Isi kandungan bibliografi ini meliputi pengenalan, singkatan jurnal, senarai bibliografi penerbitan tentang kerbau yang terdapat di perpustakaan Universiti Putra Malaysia.
Komputer dan Penggunaannya di Perpustakaan
Kursus Panduan Perpustakaan
Kursus Panduan Perpustakaan
Penerbitan ini mengenai koleksi rujukan .Koleksi ini mengandungi buku-buku yang hanya boleh digunakan di dalam perpustakaan dan tidak boleh di pinjam keluar kerana tersiri daripada bahan-bahan untuk rujukan cepat dan kerap digunakan terbahagi kepada daua bahagian iaitu rujukan am dan bahgian abstrak dan indeks.
Kursus Panduan Perpustakaan
Penerbitan ini mengandungi katalog perpustakaan. Di perpustakaan ini katalog kad terbahagi kepada tiga bahagian iaitu katalog pengarang, katalog judul dan katalog perkara. Tiap-tiap satu ditanda menurut susunan abjad dari atas ke bawah.Katalog kad ini adalah panduan untuk mencari buku-buku atau bahan-bahan yang diperlukan.
Kursus Panduan Perpustakaan : Lawatan Bersendirian No. 1 - Pengkelasan dan Susunan Buku-buku (Library Instruction Course : Self-guided Tour No. 1 - Classification and Arrangement of Books)
Penerbitan ini mengenai buku Kursus Panduan Perpustakaan : Lawatan Bersendirian No. 1 - Pengkelasan dan Susunan Buku-buku (Library Instruction Course : Self-guided Tour No. 1 - Classification and Arrangement of Books) yang diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1997.
Isi kandungan buku kursus panduan ini meliputi sistem pengkelasan dan susunan buku-buku yang dilaksanakan di Perpustakaan UPM.
Buku kursus panduan ini adalah dwibahasa.
Kursus Panduan Perpustakaan : Lawatan Bersendirian No. 2 - Katalog Perpustakaan (Library Instruction Course : Self-guided Tour No. 2 - The Catalogue)
Penerbitan ini mengenai buku Kursus Panduan Perpustakaan : Lawatan Bersendirian No. 2 - Katalog Perpustakaan (Library Instruction Course : Self-guided Tour No. 2 - The Catalogue) yang diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1997.
Isi kandungan buku kursus panduan ini meliputi sistem katalog perpustakaan yang dilaksanakan di Perpustakaan UPM.
Buku kursus panduan ini adalah dwibahasa.
Kursus Panduan Perpustakaan : Lawatan Bersendirian No. 3 - Bahan-Bahan Rujukan (Library Instruction Course : Self-guided Tour No. 3 - Reference Materials)
Penerbitan ini mengenai buku Kursus Panduan Perpustakaan : Lawatan Bersendirian No. 3 - Bahan-Bahan Rujukan (Library Instruction Course : Self-guided Tour No. 3 - Reference Materials) yang diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1979.
Isi kandungan buku kursus panduan ini meliputi bahan-bahan rujukan yang terdapat di Perpustakaan UPM iaitu Koleksi Rujukan Am serta Koleksi Abstrak dan Indeks.
Buku kursus panduan ini adalah dwibahasa.
Kursus Panduan Perpustakaan : Lawatan Bersendirian No. 3 - Koleksi Rujukan (Library Instruction Course : Self-guided Tour No. 3 - The Reference Collection)
Penerbitan ini mengenai buku Kursus Panduan Perpustakaan : Lawatan Bersendirian No. 3 - Koleksi Rujukan (Library Instruction Course : Self-guided Tour No. 3 - The Reference Collection) yang diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1997.
Isi kandungan buku kursus panduan ini meliputi koleksi rujukan yang terdapat di Perpustakaan UPM iaitu Bahagian Rujukan Am serta Bahagian Abstrak dan Indeks.
Buku kursus panduan ini adalah dwibahasa.
Kursus Pengenalan Menggunakan Perpustakaan untuk Penuntut Baru : 3-8 Julai 1989
Laporan kursus sains komputer untuk pustakawan-pustakawan
Penerbitan ini merupakan laporan kursus sains komputer untuk pustakawan-pustakawan, pada 9 April -11 April 1976 yang disediakan oleh Puan Kalsom Sharif (Bahagian Perkhidmatan Pemabaca Perpustakaan UPM) dan Puan Zakiah Azmi (Bahagian Terbitan Bersiri Perpustakaan UPM)
Laporan lawatan ke perpustakaan-perpustakaan di Singapura
Penerbitan ini merujuk kepada laporan lawatan ke perpustakaan-perpustakaan di Singapura pada 5-6 Januari 1976 oleh Puan Rohani Rustam Ketua Bahagian Terbitan Bersiri. Perpustakaan-perpustakaan yang dilawati adalah Perpustakaan Universiti Singapura, Bt. Timah dan Perpustakaan Universiti Nanyang Jurong
Laporan lawatan Ketua Bahagian Perkhidmatan Pembaca, Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia ke Australia
Penerbitan ini merupakan lapuran lawatan Ketua bahagian Perkhidmatan Pembaca, Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia Encik Khoo Cheng Eng ke Australia pada 11 Januari hingga 7 April 1977 di bawah rancangan AAUCS.
Laporan lawatan Ketua Pustakawan , UPM ke Australia
Penerbitan ini merupakan laporan lawatan Ketua Pustakawan, UPM ke Australia pada 23 Februari hingga 30 Mac 1976 di bawah naungan Australian-Asian Universities' Cooperation Scheme (AAUCS).
