Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Parallel Names
- Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia
Perkembangan
Perpustakaan telah diwujudkan ketika Sekolah Pertanian Malaya ditubuhkan pada 1931. Apabila status Sekolah Pertanian dinaik taraf, perpustakaan telah dinamakan sebagai Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya sekitar tahun 1960an. Pada tahun 1971, perpustakaan telah bertukar nama kepada Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia sejajar dengan penubuhan Universiti Pertanian Malaysia. Pada masa itu, perpustakaan ditempatkan di Blok Pentadbiran lama universiti. Perpustakaan dipindahkan ke bangunan barunya pada tahun 1973 dan seterusnya mendapat bangunan tambahan pada tahun 1983. Pada tahun 1997, perpustakaan telah dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Putra Malaysia apabila perubahan nama universiti telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Pada 3 Julai 1989, pelaksanaan sistem katalog dan sistem pinjaman buku berkomputer mula beroperasi sepenuhnya diperpustakaan. Perpustakaan telah menyertai AGRIS iaitu satu sistem maklumat antarabangsa untuk sains dan teknologi pertanian dibawah kelolaan FAO sejak tahun 1975 dan menjadi Pusat Kebangsaan AGRIS pada tahun 1979 hingga sekarang.
Pada 23 Mei 2002, perpustakaan telah mengadakan Majlis Pemasyhuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) yang telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
PSAS merupakan antara perpustakaan universiti yang terawal di Malaysia. Bangunan PSAS yang pertama iaitu Blok B telah siap dibina pada tahun 1969 manakala bangunan kedua iaitu Blok A telah siap dibina pada tahun 1982. Blok berkembar ini mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan ruang tempat duduk sebanyak 2000 orang pengguna dalam satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan yang mula beroperasi pada tahun 1998, manakala Perpustakaan Perubatan Veterinar beroperasi pada tahun 1999, Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak) mula beroperasi semula pada tahun 2001 dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina mula beroperasi pada tahun 2008. Selain itu, pada tahun 2012 PSAS telah menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B bangunan perpustakaan.
Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang 2011 bagi Kategori Perpustakaan Besar oleh Persatuan Pustakawan Malaysia. Pada 2019, sebuah kafe kopi telah dibuka dengan kerjasama Program Rakan Bakti Putra di perkarangan Anjung Siswazah, PSAS.
Mantan Ketua Pustakawan
1.Tuan Syed Salim Agha: 1974 - 1995
2.Pn. Kamariah A. Hamid: 29 Mei 1995 – 19 Febuari 2004
3.En. Amir Hussain bin Mad Ishak: 27 September 2006 – April 2015 dan Jun 2016 – Julai 2017
4.En. Muzaffar Shah Kassim: 1 Mei 2018 – 14 Ogos 2022
5. En. Mahbob Yusof : 3 Januari 2023 - sehingga kini
Found in 201 Collections and/or Records:
Laporan Pemeriksaan Mengejut Pengendalian Wang Tunai, Rekod dan Stok di Bahagian-Bahagian Perpustakaan
Penerbitan ini merupakan laporan pemeriksaan mengejut pengendalian wang tunai, rekod dan stok di bahagian penerangan dan perkhidmatan lanjutan, bahagian pentadbiran, bahagian perkhidmatan pembaca , bahagian perkhidmatan sokongan dan bahagian perolehan.
Laporan Rancangan Malaysia Keenam (1991-95) bagi Perpustakaan.
Laporan Rancangan Malaysia Keenam (1991-95) Bagi Perpustakaan
Penerbitan ini merupakan dasar dan matlamat, strategi, organisasi perpustakaan, perkhidamatan dan kemudahan, keperluan tenaga manusia, anggaran perbelanjaan pembangunan (1991-1995) seperti pembelian buku perpustakaan, peningkatan sistem komputer perpustakaan dan pembelian peralatan dan kelengkapan, membina bangunan tambahan perpustakaan serdang dan membina bangunan tambahan perpustakaan serdang. Ringkasan perbelanjaan RME (1991-1995).
Laporan Rancangan Malaysia Kelima (1986-90)
Laporan Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000
Laporan Seminar / Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Asean-New Zealand IILP Project I On Sharing of Library Resources in Ethnobotany dan Lawatan Saintifik Kajian Etnobotani di Taman-Taman Sabah, Sabah.
Laporan Tahunan Perpustakaan Sultan Abdul Samad 1989
Penerbitan ini mengenai Laporan Tahunan 1989 Perpustakaan Sultan Abdul Samad.
Laporan Tahunan Perpustakaan Sultan Abdul Samad 1989/1990
Penerbitan ini mengenai Laporan Tahunan 1989/90 Perpustakaan Sultan Abdul Samad.
Laporan Tahunan PSAS 2019
Lawatan Kursus "Current Trends In Librarianship"
Penerbitan ini merupakan lapuran kursus "Current Trends In Librarianship" di Leeds Polytechnic oleh Puan Badilah Saad pada 24 September 1979 hingga 30 November 1979.
Liaison Librarian
Penerbitan ini mengenai brosur Bahagian Rujukan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan brosur ini meliputi pengenalan serta maklumat ringkas tentang perkhidmatan Pustakawan Penghubung Fakulti yang disediakan oleh PSAS, UPM.
Library Consultancy Services
Penerbitan ini mengenai brosur Bahagian Rujukan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia.
Isi kandungan brosur meliputi borang permohonan Perkhidmatan Konsultansi Perpustakaan yang disediakan oleh PSAS, UPM.
Library Guide : Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2013/2014.
Majlis Pemasyhuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Penerbitan ini berkaitan Majlis Pemasyhuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad yang telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 23 Mei 2002.
Majlis Penyerahan Buku Hadiah Bahasa Cina
Penerbitan ini merupakan brosur aturcara sempena Majlis Penyerahan buku hadiah bahasa cina untuk koleksi Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM oleh Encik Lee Kim Siew pada 16 Disember 2010.
Majlis Perasmian 5S : Pembudayaan 5S di PSAS
Bahan ini adalah mengenai Majlis Perasmian 5S : Pembudayaan 5S di PSAS diadakan pada 21 Ogos 2014 di Perpustakaan Sultan Abdul Samad.
Majlis Perasmian Pameran 50 Tahun Kemerdekaan
Bahan ini adalah aturcara Majlis Perasmian Pameran 50 Tahun Kemerdekaan diadakan pada 21 Ogos 2007 di Perpustakaan Sultan Abdul Samad.
Majlis Perasmian Penutup Festival Sukan PSAS 2010 dan Majlis Perjumpaan Ketua Pustakawan
Foto sekitar Majlis Perasmian Penutup Festival Sukan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta Majlis Perjumpaan Ketua Pustakawan, Encik Amer Husin yang telah diadakan pada tahun 2010.
Makanan dan Pemakanan di Asia : Sebuah Bibliografi
Make Easy in Journal Writing and Publishing Workshop : Cultivating a Writing Culture
Penerbitan ini mengenai Make Easy in Journal Writing and Publishing Workshop : Cultivating a Writing Culture yang diadakan pada 29 September - 1 Oktober 2010 di Residence Hotel, Uniten, Kajang. Bengkel ini dianjurkan oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik, Persatuan Pustakawan Malaysia.
MAKMAL Integrated Database : Reference Manual For The Preparation of Records
Penerbitan ini merupakan sebuah manual rujukan untuk penyediaan rekod.
Malam Suara Bintang Perpustakaan 93
Penerbitan ini mengenai program Malam Suara Bintang Perpustakaan pada 26 Jun 1993 di Panggung Percubaan UPM.
Malam Suara Bintang Perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1993
Malaysia : Development of Documentation, Library and Archives Infrastructures : Study of the Feasibility of Using Marc Tapes for Co-operative Processing
Penerbitan ini mengandungi terma rujukan, ringkasan lawatan dsb, ringkasan cadangan, pengenalan, akses kepada pita MARC, masalah menggunakan pita MARC, asas untuk kerjasama dalam pengkatalogan MARC, permohonan MARC, kos, sistem yang dicadangkan, pembiayaan dan pentadbiran, pembangunan yang dicadangkan dan konklusi.
Mesyuarat Agong Kelab Perpustakaan Sultan Abdul Samad Sesi 1999/2002
Foto sekitar Mesyuarat Agong Kelab Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi sesi 1999/2002 yang diadakan bagi membincangkan hal ehwal kelab serta aktiviti yang dijalankan. Kelihatan ahli-ahli kelab dan jawatankuasa yang terlibat menghadiri mesyuarat tersebut.
