Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Parallel Names
- Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia
Perkembangan
Perpustakaan telah diwujudkan ketika Sekolah Pertanian Malaya ditubuhkan pada 1931. Apabila status Sekolah Pertanian dinaik taraf, perpustakaan telah dinamakan sebagai Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya sekitar tahun 1960an. Pada tahun 1971, perpustakaan telah bertukar nama kepada Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia sejajar dengan penubuhan Universiti Pertanian Malaysia. Pada masa itu, perpustakaan ditempatkan di Blok Pentadbiran lama universiti. Perpustakaan dipindahkan ke bangunan barunya pada tahun 1973 dan seterusnya mendapat bangunan tambahan pada tahun 1983. Pada tahun 1997, perpustakaan telah dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Putra Malaysia apabila perubahan nama universiti telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Pada 3 Julai 1989, pelaksanaan sistem katalog dan sistem pinjaman buku berkomputer mula beroperasi sepenuhnya diperpustakaan. Perpustakaan telah menyertai AGRIS iaitu satu sistem maklumat antarabangsa untuk sains dan teknologi pertanian dibawah kelolaan FAO sejak tahun 1975 dan menjadi Pusat Kebangsaan AGRIS pada tahun 1979 hingga sekarang.
Pada 23 Mei 2002, perpustakaan telah mengadakan Majlis Pemasyhuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) yang telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
PSAS merupakan antara perpustakaan universiti yang terawal di Malaysia. Bangunan PSAS yang pertama iaitu Blok B telah siap dibina pada tahun 1969 manakala bangunan kedua iaitu Blok A telah siap dibina pada tahun 1982. Blok berkembar ini mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan ruang tempat duduk sebanyak 2000 orang pengguna dalam satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan yang mula beroperasi pada tahun 1998, manakala Perpustakaan Perubatan Veterinar beroperasi pada tahun 1999, Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak) mula beroperasi semula pada tahun 2001 dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina mula beroperasi pada tahun 2008. Selain itu, pada tahun 2012 PSAS telah menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B bangunan perpustakaan.
Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang 2011 bagi Kategori Perpustakaan Besar oleh Persatuan Pustakawan Malaysia. Pada 2019, sebuah kafe kopi telah dibuka dengan kerjasama Program Rakan Bakti Putra di perkarangan Anjung Siswazah, PSAS.
Mantan Ketua Pustakawan
1.Tuan Syed Salim Agha: 1974 - 1995
2.Pn. Kamariah A. Hamid: 29 Mei 1995 – 19 Febuari 2004
3.En. Amir Hussain bin Mad Ishak: 27 September 2006 – April 2015 dan Jun 2016 – Julai 2017
4.En. Muzaffar Shah Kassim: 1 Mei 2018 – 14 Ogos 2022
5. En. Mahbob Yusof : 3 Januari 2023 - sehingga kini
Found in 201 Collections and/or Records:
Mesyuarat Agung Pertama : Kelab Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Bahan ini mengenai aturcara Mesyuarat Agung Pertama : Kelab Perpustakaan Sultan Abdul Samad diadakan pada 16 Mei 2012 di Bilik Termasa Perpustakan.
Minat Membaca di Kalangan Penuntut-Penuntut Universiti Khasnya di Universiti Pertanian Malaysia
"Mind Your Health" : Pameran Hari Diabetes Sedunia 2007
Penerbitan ini mengenai buku cenderamata Pameran Hari Diabetes Sedunia 2007 yang dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Sokongan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad sempena meraikan sambutan Hari Diabetes Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang pertama iaitu 14 November 2007.
Isi kandungan buku cenderamata ini meliputi maklumat terperinci berkaitan penyakit Diabetes.
myLibrary
myLibrary merupakan surat berita Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM. Tujuan penerbitannya adalah untuk menyampaikan informasi tentang PSAS di samping berita semasa, laporan dan rencana berkaitan dengan perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan utama dan perpustakaan cawangan.
Orkid : Senarai Bahan-Bahan dalam Perpustakaan
Panduan dan Etika Kerja : Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengenai buku Panduan dan Etika Kerja Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1995.
Isi kandungan buku panduan ini meliputi kata aluan Ketua Pustakawan, 2 bahagian utama meliputi misi, objektif, dasar kualiti, falsafah kualiti, slogan perpustakaan, ikrar, piagam pelanggan dan 7 topik panduan dan etika kerja yang terperinci khas untuk kakitangan perpustakaan.
Panduan Katalog Perpustakaan (OPAC)
Panduan Mencari Maklumat dalam Bidang Alam Sekitar di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengenai panduan mencari maklumat di perpustakaan, sistem pengkelasan bahan, katalog perpustakaan, sumber rujukan seperti kamus, ensiklopedia, panduan kepada penerbitan, katalog dari perpustakaan-perpustakaan lain, bibliografi perkara, buku panduan dan sumber data, jurnal abstrak dan indeks, bibliografi maklumat kini, penerbitan ulasan, jurnal-jurnal dan bahan-bahan rujukan am dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
Disusun oleh :
Ng Beng Lymn
Panduan Mencari Maklumat Dalam Bidang Biologi
Penerbitan ini mengenai panduan mencari maklumat dalam bidang Biologi di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia.
Panduan Mencari Maklumat Dalam Bidang Perhutanan di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengenai panduan mencari maklumat di perpustakaan dalam bidang perhutanan. Isi kandungan buku panduan ini meliputi sistem pengkelasan bahan, katalog perpustakaan, sumber rujukan seperti kamus, ensiklopedia, panduan kepada penerbitan, katalog perpustakaan, sumber rujukan, sumber rujukan am dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
Disusun oleh:
Zakiah Azmi
Panduan Mencari Maklumat Dalam Bidang Perikanan Dan Akuakultur Di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengandungi prakata, pengenalan, teknik mencari maklumat di perpustakaan, sistem pengkelasan bahan, katalog perpustakaan, sumber rujukan, sumber maklumat, bahan-bahan rujukan am dan lampiran.
Panduan Menggunakan Katalog Perpustakaan (PINTAR)
Penerbitan ini mengenai brosur Panduan Menggunakan Katalog Perpustakaan (PINTAR) yang disediakan oleh Perpustakaan Universiti Putra Malaysia.
Isi kandungan brosur ini meliputi pengenalan serta maklumat terperinci tentang Katalog Perpustakaan (PINTAR)iaitu katalog dalam talian yang digunakan untuk mengesan bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi Perpustakaan.
Akronim PINTAR bermaksud Perkhidmatan Informasi Terkini Automasi dan Berangkaian.
Panduan Menggunakan Katalog Perpustakaan (PINTAR)
Penerbitan ini mengenai Panduan Menggunakan Katalog Perpustakaan (PINTAR- Perkhidmatan Informasi Terkini Automasi dan Berangkaian) yang disediakan oleh Perpustakaan Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan buku ini meliputi pengenalan serta maklumat terperinci tentang Katalog Perpustakaan (PINTAR) iaitu bagaimana mengakses katalog perpustakaan, bagaimana membuat pencarian (pencarian secara browse, pencarian secara keyword, pencarian secara reserve) dan lain-lain maklumat berkaitan.
Panduan Menggunakan Katalog Perpustakaan (PINTAR)
Penerbitan ini mengenai Panduan Menggunakan Katalog Perpustakaan (PINTAR- Perkhidmatan Informasi Terkini Automasi dan Berangkaian) yang disediakan oleh Perpustakaan Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan buku ini meliputi pengenalan serta maklumat terperinci tentang Katalog Perpustakaan (PINTAR) iaitu bagaimana mengakses katalog perpustakaan, bagaimana membuat pencarian (pencarian secara browse, pencarian secara keyword, pencarian secara reserve) dan lain-lain maklumat berkaitan.
Panduan Menggunakan Katalog Perpustakaan (PINTAR VIRTUA)
Panduan Penggunaan Katalog Perpustakaan
Panduan Penggunaan Katalog Perpustakaan (OPAC)
Panduan Perpustakaan
Penerbitan ini adalah brosur yang mengandungi maklumat berkaitan panduan perpustakaan sperti pengenalan serta objektif perpustakaan, koleksi perpustakaan, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan, waktu operasi dan lokasi perpustakaan.
Panduan Perpustakaan
Penerbitan ini mengenai brosur Panduan Perpustakaan yang diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Putra Malaysia.
Isi kandungan brosur ini meliputi pengenalan, misi, objektif, senarai koleksi perpustakaan, senarai jurnal elektronik, senarai pangkalan data, maklumat tentang katalog perpustakaan (PINTAR), waktu perkhidmatan dan kelayakan pinjaman, maklumat tentang pengkelasan buku serta maklumat berkaitan penghubung fakulti.
Panduan Perpustakaan 2022/2023
Panduan Perpustakaan : Ke Arah Masyarakat Bermaklumat
Panduan Perpustakaan : Perpustakaan Sultan Abdul Samad & Perpustakaan Cawangan
Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perpustakaan cawangan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2016.
Panduan Perpustakaan : Perpustakaan Sultan Abdul Samad & Perpustakaan Cawangan
Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perpustakaan cawangan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2017/2018.
Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2011.
Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2009/2010.
