Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Parallel Names
- Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia
Perkembangan
Perpustakaan telah diwujudkan ketika Sekolah Pertanian Malaya ditubuhkan pada 1931. Apabila status Sekolah Pertanian dinaik taraf, perpustakaan telah dinamakan sebagai Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya sekitar tahun 1960an. Pada tahun 1971, perpustakaan telah bertukar nama kepada Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia sejajar dengan penubuhan Universiti Pertanian Malaysia. Pada masa itu, perpustakaan ditempatkan di Blok Pentadbiran lama universiti. Perpustakaan dipindahkan ke bangunan barunya pada tahun 1973 dan seterusnya mendapat bangunan tambahan pada tahun 1983. Pada tahun 1997, perpustakaan telah dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Putra Malaysia apabila perubahan nama universiti telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Pada 3 Julai 1989, pelaksanaan sistem katalog dan sistem pinjaman buku berkomputer mula beroperasi sepenuhnya diperpustakaan. Perpustakaan telah menyertai AGRIS iaitu satu sistem maklumat antarabangsa untuk sains dan teknologi pertanian dibawah kelolaan FAO sejak tahun 1975 dan menjadi Pusat Kebangsaan AGRIS pada tahun 1979 hingga sekarang.
Pada 23 Mei 2002, perpustakaan telah mengadakan Majlis Pemasyhuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) yang telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
PSAS merupakan antara perpustakaan universiti yang terawal di Malaysia. Bangunan PSAS yang pertama iaitu Blok B telah siap dibina pada tahun 1969 manakala bangunan kedua iaitu Blok A telah siap dibina pada tahun 1982. Blok berkembar ini mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan ruang tempat duduk sebanyak 2000 orang pengguna dalam satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan yang mula beroperasi pada tahun 1998, manakala Perpustakaan Perubatan Veterinar beroperasi pada tahun 1999, Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak) mula beroperasi semula pada tahun 2001 dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina mula beroperasi pada tahun 2008. Selain itu, pada tahun 2012 PSAS telah menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B bangunan perpustakaan.
Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang 2011 bagi Kategori Perpustakaan Besar oleh Persatuan Pustakawan Malaysia. Pada 2019, sebuah kafe kopi telah dibuka dengan kerjasama Program Rakan Bakti Putra di perkarangan Anjung Siswazah, PSAS.
Mantan Ketua Pustakawan
1.Tuan Syed Salim Agha: 1974 - 1995
2.Pn. Kamariah A. Hamid: 29 Mei 1995 – 19 Febuari 2004
3.En. Amir Hussain bin Mad Ishak: 27 September 2006 – April 2015 dan Jun 2016 – Julai 2017
4.En. Muzaffar Shah Kassim: 1 Mei 2018 – 14 Ogos 2022
5. En. Mahbob Yusof : 3 Januari 2023 - sehingga kini
Found in 201 Collections and/or Records:
Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan.
Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2011/2012.
Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2007.
Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengenai buku Panduan Perpustakaan Universiti Putra Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1998.
Isi kandungan buku panduan ini meliputi maklumat berkaitan panduan perpustakaan seperti misi serta objektif perpustakaan, pengenalan PSAS, koleksi perpustakaan, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan, tatacara penggunaan katalog perpustakaan, peraturan di perpustakaan, waktu operasi dan pelan lokasi perpustakaan.
Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad : Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan menyemak dan membuat aktiviti sirkulasi pengguna secara dalam talian melalui katalog Perpustakaan. Ia merangkumi maklumat bagaimana menyemak rekod keahlian, rekod denda dan rekod aktiviti sirkulasi. Maklumat bagaimana membuat tempahan dan pembatalan tempahan buku serta membuat pembaharuan pinjaman buku perpustakaan.
Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad : Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan menyemak dan membuat aktiviti sirkulasi pengguna secara dalam talian melalui katalog Perpustakaan. Ia merangkumi maklumat bagaimana menyemak rekod keahlian, rekod denda dan rekod aktiviti sirkulasi. Maklumat bagaimana membuat tempahan dan pembatalan tempahan buku serta membuat pembaharuan pinjaman buku perpustakaan.
Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia
Penerbitan ini mengenai brosur Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan brosur meliputi pengenalan, misi, objektif, maklumat koleksi perpustakaan di Blok A dan B, maklumat pangkalan data yang dilanggan dan katalog perpustakaan, waktu perkhidmatan dan kelayakan pinjaman, maklumat tentang pengkelasan buku serta maklumat berkaitan penghubung fakulti.
Panduan Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia
Panduan Perpustakaan : Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan lokasi, pengenalan, waktu operasi dan peraturan perpustakaan, koleksi, bahan khas, katalog perpustakaan, pengelasan buku, peminjaman dan pemulangan, perkhidmatan dan kemudahan, pelan lantai serta senarai kakitangan
Panduan Perpustakaan : Universiti Pertanian Malaysia
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan lokasi perpustakaan , pengenalan am berkaitan perpustakaan (pusat maklumat), koleksi perpustakaan, bahan-bahan khas, pengkelasan buku, peminjaman & pemulangan bahan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
Panduan Telefon 2002
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan nombor telefon jabatan-jabatan di UPM bagi tahun 2002 yang disediakan oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad.
Pangkalan Data Dalam Talian / E-Buku
Penerbitan ini mengenai brosur Bahagian Rujukan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia.
Isi kandungan brosur meliputi pengenalan, maklumat ringkas tentang EZproxy serta senarai Pangkalan data dalam talian/e-buku yang dilanggan oleh PSAS, UPM dengan penerbit tempatan dan luar negara yang meliputi pelbagai bidang.
Pelan Bangunan Perpustakaan
Penerbitan ini berkaitan dengan pelan bangunan perpustakaan tingkat 1 dan tingkat bawah bangunan lama, tingkat 2 dan tingkat atas bangunan lamatingkat bawah, tingkat 1, tingkat 2 bangunan baru dan tingkat atas bangunan tambahan.
Pelan Tindakan Tahunan : Pelan Strategik Perpustakaan Sultan Abdul Samad 2003-2007
Penerbitan ini berkaitan dengan pelan tindakan tahunan pelan strategik Perpustakaan Sultan Abdul Samad 2003-2007. bermatlamat melahirkan graduan yang berkualiti berdaya saing dan berupaya untuk terus maju. objektif memantapkan sistem pengajaran dan pembelajaran serta mempertingkatkan penggunaan ICT dalam pembentukan kurikulum khususnya.
Pendidikan Jarak Jauh : Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Penerbitan ini mengenai brosur Bahagian Rujukan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia.
Isi kandungan brosur ini meliputi maklumat ringkas tentang Perkhidmatan Pendidikan Jarak Jauh yang disediakan oleh PSAS, UPM.
Pendidikan Veterinar Sebuah Bibliografi : Veterinary Education a Bibliography
Penerbitan Pegawai-Pegawai Universiti Pertanian Malaysia : 1971-1981
Penerbitan ini mengenai senarai lengkap penerbitan pegawai-pegawai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1971-1981 yang telah diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1985. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan bahan penerbitan mengikut 13 fakulti/PTJ serta Indeks Pengarang dan Indeks Perkara.
Penerbitan Pegawai-Pegawai Universiti Pertanian Malaysia : 1986
Penerbitan ini mengenai senarai penerbitan pegawai-pegawai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1986 yang telah diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1987. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan bahan penerbitan, senarai lengkap penerbitan pegawai-pegawai UPM dan nombor entri setiap bahan berdasarkan Indeks Pengarang dan Indeks Perkara.
Penerbitan Pegawai-Pegawai Universiti Pertanian Malaysia : 1987
Penerbitan ini mengenai senarai lengkap penerbitan pegawai-pegawai Universiti Putra Malaysia pada tahun 1987 yang telah diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1988. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan bahan penerbitan serta senarai lengkap nama pegawai UPM dan nombor entri setiap bahan.
Penerbitan Pegawai-Pegawai Universiti Pertanian Malaysia : 1988
Penerbitan ini mengenai senarai penerbitan pegawai-pegawai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1988 yang telah diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1990. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan bahan penerbitan, senarai lengkap penerbitan pegawai-pegawai UPM dan nombor entri setiap bahan berdasarkan Indeks Pengarang dan Indeks Perkara.
Penerbitan Pegawai-Pegawai Universiti Pertanian Malaysia : 1990
Penerbitan ini mengenai senarai penerbitan pegawai-pegawai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1990 yang telah diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1991. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan bahan penerbitan, senarai lengkap penerbitan pegawai-pegawai UPM dan nombor entri setiap bahan berdasarkan Indeks Pengarang dan Indeks Perkara.
Pengiktirafan Antarabangsa Penggunaan Sumber Elektronik Perpustakaan UPM
Foto sekitar satu acara rasmi memperlihatkan Encik Amer Husin,mantan Ketua Pustakawan Universiti Putra Malaysia, menyampaikan ucapan dalam majlis berkaitan pencapaian Perpustakaan UPM, dengan latar paparan pengiktirafan penggunaan tinggi sumber elektronik antarabangsa, termasuk anugerah Top Usage Award daripada Elsevier (ScienceDirect) dan SciVerse, sekitar tahun 2006–2010.
Pengolahan Efluen Kilang Minyak Kelapa Sawit dan Penggunaan Hasil Sampingan Kelapa Sawit : Satu Bibliografi : Palm Oil Mill Effluent Treatment and Oil Palm By-Product Utilization : A Bibliography
Penyakit Kuku dan Mulut : Sebuah Bibliografi
Peraturan-Peraturan Perpustakaan
Penerbitan ini adalah brosur yang mengandungi peraturan-peraturan am perpustakaan serta kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan untuk warga UPM.
