Skip to main content

Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Organization

Parallel Names

  • Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

Perkembangan

Perpustakaan telah diwujudkan ketika Sekolah Pertanian Malaya ditubuhkan pada 1931. Apabila status Sekolah Pertanian dinaik taraf, perpustakaan telah dinamakan sebagai Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya sekitar tahun 1960an. Pada tahun 1971, perpustakaan telah bertukar nama kepada Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia sejajar dengan penubuhan Universiti Pertanian Malaysia. Pada masa itu, perpustakaan ditempatkan di Blok Pentadbiran lama universiti. Perpustakaan dipindahkan ke bangunan barunya pada tahun 1973 dan seterusnya mendapat bangunan tambahan pada tahun 1983. Pada tahun 1997, perpustakaan telah dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Putra Malaysia apabila perubahan nama universiti telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Pada 3 Julai 1989, pelaksanaan sistem katalog dan sistem pinjaman buku berkomputer mula beroperasi sepenuhnya diperpustakaan. Perpustakaan telah menyertai AGRIS iaitu satu sistem maklumat antarabangsa untuk sains dan teknologi pertanian dibawah kelolaan FAO sejak tahun 1975 dan menjadi Pusat Kebangsaan AGRIS pada tahun 1979 hingga sekarang.

Pada 23 Mei 2002, perpustakaan telah mengadakan Majlis Pemasyhuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) yang telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

PSAS merupakan antara perpustakaan universiti yang terawal di Malaysia. Bangunan PSAS yang pertama iaitu Blok B telah siap dibina pada tahun 1969 manakala bangunan kedua iaitu Blok A telah siap dibina pada tahun 1982. Blok berkembar ini mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan ruang tempat duduk sebanyak 2000 orang pengguna dalam satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan yang mula beroperasi pada tahun 1998, manakala Perpustakaan Perubatan Veterinar beroperasi pada tahun 1999, Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak) mula beroperasi semula pada tahun 2001 dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina mula beroperasi pada tahun 2008. Selain itu, pada tahun 2012 PSAS telah menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B bangunan perpustakaan.

Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang 2011 bagi Kategori Perpustakaan Besar oleh Persatuan Pustakawan Malaysia. Pada 2019, sebuah kafe kopi telah dibuka dengan kerjasama Program Rakan Bakti Putra di perkarangan Anjung Siswazah, PSAS.

Mantan Ketua Pustakawan

1.Tuan Syed Salim Agha: 1974 - 1995

2.Pn. Kamariah A. Hamid: 29 Mei 1995 – 19 Febuari 2004

3.En. Amir Hussain bin Mad Ishak: 27 September 2006 – April 2015 dan Jun 2016 – Julai 2017

4.En. Muzaffar Shah Kassim: 1 Mei 2018 – 14 Ogos 2022

5. En. Mahbob Yusof : 3 Januari 2023 - sehingga kini

Found in 201 Collections and/or Records:

Peraturan Peraturan Perpustakaan

 Item — Container: Gedung 1/132
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-908
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia.

Isi kandungan brosur ini meliputi syarat pendaftaran ahli, kemudahan peminjam, peraturan pinjaman, senarai denda yang akan dikenakan serta peraturan-peraturan am perpustakaan.

Dates: Publication: 1985

Peraturan-Peraturan Perpustakaan

 Item — Container: Gedung 1/132
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-909
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia.

Isi kandungan brosur ini meliputi syarat pendaftaran ahli, kemudahan pinjaman, peraturan pinjaman, senarai denda yang akan dikenakan serta peraturan-peraturan am perpustakaan.

Dates: Publication: 1986

Perkhidmatan Pembekalan Dokumen : Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Item — Container: Gedung 1/132
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1189
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Bahagian Pengurusan Maklumat, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan brosur meliputi pengenalan serta maklumat ringkas tentang Perkhidmatan Pembekalan Dokumen yang disediakan oleh PSAS, UPM.

Dates: Publication: 2013

Perkhidmatan Pencarian Maklumat Menerusi CD-ROM : CD - ROM (Information Retrieval Service)

 Item — Container: Gedung 1/132
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-910
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Perkhidmatan pencarian maklumat menerusi pangkalan data CD-ROM yang diterbitkan oleh Bahagian Penerangan dan Perkhidmatan Lanjutan di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia Serdang, Malaysia.

Isi kandungan brousr ini meliputi pengenalan sistem pencarian maklumat di perpustakaan, maklumat ringkas 5 pangkalan data CD-ROM yang digunakan di perpustakaan serta maklumat kadar bayaran perkhidmatan.

Dates: Publication: 1990

Perkhidmatan Penelitian Maklumat : Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Item — Container: Gedung 1/132
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1190
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Bahagian Rujukan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan brosur meliputi pengenalan serta maklumat ringkas tentang Perkhidmatan Penelitian Maklumat iaitu salah satu perkhidmatan berbayar yang disediakan oleh PSAS, UPM.

Dates: Publication: 2013

Perkhidmatan Penyebaran Maklumat Terpilih (PPMT)

 Item — Container: Gedung 1/129
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-770
Abstract Penerbitan ini merupakan risalah Perkhidmatan Penyebaran Maklumat Terpilih (PPMT) Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar 1979, yang memperkenalkan perkhidmatan rujukan berkomputer berasaskan pangkalan data AGRIS. Risalah ini menghuraikan fungsi PPMT sebagai sistem penyebaran maklumat terkini mengikut profil pengguna, peranan UPM sebagai Pusat Kebangsaan AGRIS, objektif projek percubaan, skop liputan awal dalam bidang pertanian, proses penyertaan melalui borang profil serta contoh output...
Dates: Publication: 1979

Perpustakaan Akademik Bertarif Dunia : Perutusan Ketua Pustakawan Encik Mahbob bin Yusof

 Fonds — Container: Gedung 1/84
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-889
Abstract

Penerbitan ini mengandungi Perutusan Ketua Pustakawan Encik Mahbob bin Yusof yang membentangkan visi dan misi perpustakaan akademik bertaraf dunia.

Dates: 2024-02-26

Perpustakaan Sultan Abdul Samad : Liason Librarians

 Fonds — Container: Gedung 1/18
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-141
Abstract

Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan pustakawan penghubung antara perpustakaan dengan fakulti.

Dates: Publication: 2007

Perpustakaan Sultan Abdul Samad Library Guide

 Fonds — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-306
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2008.

Dates: Publication: 2008

Perpustakaan Sultan Abdul Samad Library Guide

 Fonds — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-307
Abstract

Penerbitan ini merupakan sebuah buku panduan bagi membantu warga UPM untuk mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan bagi tahun 2007.

Dates: Publication: 2007

Perpustakaan Sultan Abdul Samad : Mercu Keilmuan

 Fonds — Container: Gedung 1/30
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-282
Abstract

Penerbitan ini mengandungi sejarah dan perkembangan Perpustakaan bermula 1921-2001.

Dates: Publication: 2001

Perpustakaan Sultan Abdul Samad : User Education Programme

 Fonds — Container: Gedung 1/18
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-142
Abstract

Penerbitan ini adalah mengenai program pendidikan pengguna di mana ia memberi pendedahan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan

Dates: Publication: 2007

Perpustakaan Universiti Putra Malaysia

 Collection — Container: Gedung 1/F01
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-14
Scope and Contents

Foto Perpustakaan Universiti Putra Malaysia sekitar awal tahun 2000.

Foto 01-04 : tangga perpustakaan

Foto 05-06: pintu masuk dan ruang kaunter pinjaman perpustakaan.

Foto 07-09: kawasan parking kenderaan di hadapan perpustakaan.

Foto 10- 11 :pelajar-pelajar ditangga perpustakaan

Dates: Existence: 2000

Pilot Project on The Development of Library Network

 Fonds — Container: Gedung 1/91
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-643
Abstract

Penerbitan ini mengandungi senarai singkatan yang digunakan, kata pengantar, pengakuan, pengenalan dan ringkasan cadangan, ringkasan cadangan dan konklusi.

Dates: 1976-11-02

Presentation Skills Course

 Fonds — Container: Gedung 1/66
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-639
Abstract

Penerbitan ini merupakan brosur kursus kemahiran pembentangan/Kursus pengucapan awam anjuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bertempat di Bilik Serbaguna Perpustakaan pada 25-26 Jun 2008. Risalah ini mengandungi objektif am, peserta, fasilitator, kaedah arahan dan jadual kursus.

Dates: Event: Majority of material found within 2008-06-25 - 2008-06-26

Prof. Peter C. Agre : A bibliography

 Fonds — Container: Gedung 1/86
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-799
Abstract

Penerbitan ini mengenai bibliografi Profesor Peter C. Agre yang diterbitkan oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia.

Isi kandungan bibliografi ini meliputi senarai penerbitan terkini (tahun 1999- 2001), senarai laporan saintifik asal (tahun 1981-2002), senarai ulasan artikel (tahun 1983-2002) dan senarai penerbitan buku (tahun 1989-2001).

Dates: Publication: 2003

Program Literasi Maklumat : Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Item — Container: Gedung 1/132
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1188
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Bahagian Pengurusan Maklumat, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia.

Isi kandungan brosur ini meliputi pendahuluan serta maklumat ringkas mengenai Program Literasi Maklumat yang disediakan untuk Penyelaras Program Literasi Maklumat, Universiti Putra Malaysia.

Dates: Publication: 2013

Program Retreat Ke Arah Pemantapan ISO dan Ketrampilan Jangka Panjang Budaya Kerja Berpasukan 2006

 Fonds — Container: Gedung 1/106
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-819
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku laporan Program Retreat Ke Arah Pemantapan ISO dan Ketrampilan Jangka Panjang Budaya Kerja Berpasukan 2006 yang dianjurkan pada 23-25 Jun 2006 bertempat di Genting View Resort, Genting Highland Pahang. Isi kandungan buku laporan ini meliputi kata aluan, objektif program, dasar kualiti, misi, Aturcara Majlis, 4 kertas pembentangan dan senarai ahli jawatankuasa program.

Dates: Publication: Majority of material found within 2006-06-23 - 2006-06-25

Program Semarak Merdeka 2023 Anugerah Khas Juri Anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

 Collection — Container: Gedung 1/ARTIFAK01
Identifier: MYUPM-ARTIFAK-UNIPUTRA-38
Abstract

Plag penghargaan bagi Anugerah Khas JuriSempena Program Semarak Merdeka 2023

Dates: Existence: 2023

PSAS Exhibition : Knowledge Circle @ PSAS

 Item — Container: Gedung 1/132
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1186
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Pameran Perpustakaan Sultan Abdul Samad yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, PSAS UPM yang bertemakan 'Knowledge Circle@PSAS".

Dates: Publication: 2013

PSAS MCO Challenge 2020 Tempat Pertama Kategori : Mendeklamasi Sajak

 Collection — Container: Gedung 1/ARTIFAK01
Identifier: MYUPM-ARTIFAK-UNIPUTRA-35
Abstract

Plag penghargaan bagi tempat pertama untuk PSAS MCO Challenge 2020 kategori mendeklamasi sajak.

Dates: Existence: 2020

PSASLib-Link

 Series — Container: Gedung 1/71
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-665
Dates: Publication: Majority of material found within 2018 - 2022

Pustakawan Penghubung : Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Item — Container: Gedung 1/132
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1187
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Bahagian Pengurusan Maklumat, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan brosur meliputi pengenalan serta maklumat ringkas tentang Perkhidmatan Pustakawan Penghubung yang disediakan oleh PSAS, UPM.

Dates: Publication: 2013

Ralat : Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Fonds — Container: Gedung 1/28
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-299
Abstract

Penerbitan ini mengandungi sisipan maklumat berkaitan pindaan di dalam Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad bagi tahun 2010. Muka surat di sisipan ralat adalah menggantikan muka surat di Panduan Perpustakaan Sultan Abdul Samad.

Dates: Publication: 2010