Skip to main content

Perpustakaan Sultan Abdul Samad

 Organization

Parallel Names

  • Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia

Perkembangan

Perpustakaan telah diwujudkan ketika Sekolah Pertanian Malaya ditubuhkan pada 1931. Apabila status Sekolah Pertanian dinaik taraf, perpustakaan telah dinamakan sebagai Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya sekitar tahun 1960an. Pada tahun 1971, perpustakaan telah bertukar nama kepada Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia sejajar dengan penubuhan Universiti Pertanian Malaysia. Pada masa itu, perpustakaan ditempatkan di Blok Pentadbiran lama universiti. Perpustakaan dipindahkan ke bangunan barunya pada tahun 1973 dan seterusnya mendapat bangunan tambahan pada tahun 1983. Pada tahun 1997, perpustakaan telah dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Putra Malaysia apabila perubahan nama universiti telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Pada 3 Julai 1989, pelaksanaan sistem katalog dan sistem pinjaman buku berkomputer mula beroperasi sepenuhnya diperpustakaan. Perpustakaan telah menyertai AGRIS iaitu satu sistem maklumat antarabangsa untuk sains dan teknologi pertanian dibawah kelolaan FAO sejak tahun 1975 dan menjadi Pusat Kebangsaan AGRIS pada tahun 1979 hingga sekarang.

Pada 23 Mei 2002, perpustakaan telah mengadakan Majlis Pemasyhuran Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) yang telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

PSAS merupakan antara perpustakaan universiti yang terawal di Malaysia. Bangunan PSAS yang pertama iaitu Blok B telah siap dibina pada tahun 1969 manakala bangunan kedua iaitu Blok A telah siap dibina pada tahun 1982. Blok berkembar ini mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan ruang tempat duduk sebanyak 2000 orang pengguna dalam satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan yang mula beroperasi pada tahun 1998, manakala Perpustakaan Perubatan Veterinar beroperasi pada tahun 1999, Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak) mula beroperasi semula pada tahun 2001 dan Perpustakaan Kejuruteraan dan Senibina mula beroperasi pada tahun 2008. Selain itu, pada tahun 2012 PSAS telah menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B bangunan perpustakaan.

Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang 2011 bagi Kategori Perpustakaan Besar oleh Persatuan Pustakawan Malaysia. Pada 2019, sebuah kafe kopi telah dibuka dengan kerjasama Program Rakan Bakti Putra di perkarangan Anjung Siswazah, PSAS.

Mantan Ketua Pustakawan

1.Tuan Syed Salim Agha: 1974 - 1995

2.Pn. Kamariah A. Hamid: 29 Mei 1995 – 19 Febuari 2004

3.En. Amir Hussain bin Mad Ishak: 27 September 2006 – April 2015 dan Jun 2016 – Julai 2017

4.En. Muzaffar Shah Kassim: 1 Mei 2018 – 14 Ogos 2022

5. En. Mahbob Yusof : 3 Januari 2023 - sehingga kini

Found in 201 Collections and/or Records:

Sambutan Bulan Membaca Kebangsaan 1999 peringkat Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-427
Abstract

Bahan ini mengenai aturcara Sambutan Bulan Membaca Kebangsaan 1999 peringkat Universiti Putra Malaysia.

Dates: Event: 1999

Sambutan Minggu Inovasi 2010

 Fonds — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-432
Abstract

Penerbitan ini mengenai aturcara Sambutan Minggu Inovasi 2010 yang diadakan pada 29 November - 3 Disember 2010 di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.

Dates: Event: 2010-11-29 - 2010-12-03

SEBUDI 2.0 Kuiz Seni, Budaya dan Warisan Inter-PTJ, Tempat Kelima, 21-22 Februari 2024, Anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

 Collection — Container: Gedung 1/ARTIFAK01
Identifier: MYUPM-ARTIFAK-UNIPUTRA-36
Abstract

Plag penghargaan bagi tempat kelima untuk SEBUDI 2.0 Kuiz Seni, Budaya dan Warisan Inter-PTJ yang dianjurkan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 21-22 Februari 2024.

Dates: Existence: 2024

Senarai Bahan-bahan Pandang Dengar seperti pada Disember 1975

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-665
Abstract

Penerbitan ini mengenai Senarai Bahan-bahan Pandang Dengar setakat bulan Disember 1975 yang telah disusun oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia. Isi kandungan penerbitan ini meliputi pengenalan bahan penerbitan, 2 bahagian susunan iaitu Bahagian Senarai dan Bahagian Indeks Perkara yang merangkumi 5 jenis koleksi bahan pandang dengar di perpustakaan UPM.

Dates: Publication: 1975-12

Senarai Pelan Bangunan Perpustakaan

 Item — Container: Gedung 1/135
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-941
Abstract

Penerbitan ini merupakan senarai pelan bangunan perpustakaan yang disediakan oleh Shuhaimi Mustafa dan Rahimah Yassin yang merupakan pekerja sambilan (pelajar) yang telah disemak dan disahkan oleh Mustapha Kamal Tahir (Pembantu Pustakawan) dan Ab. Malek Simon (Penolong Pendaftar).

Dates: Publication: 1993-12-01

Senarai Penambahan Januari 1979

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-666
Abstract

Penerbitan ini mengenai Senarai Penambahan Koleksi Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia bagi bulan Januari 1979.

Isi kandungan bibliografi ini meliputi senarai bahan koleksi perpustakaan yang disusun mengikut perkara-perkara yang terdapat dalam Sistem Pengkelasan Library of Congress dan setiap entri-entri bagi sesuatu perkara disusun mengikut nombor panggilan.

Dates: Publication: 1979-01

Senarai Penambahan Julai 1979

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-667
Abstract

Penerbitan ini mengenai Senarai Penambahan Koleksi Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia bagi bulan Julai 1979.

Isi kandungan bibliografi ini meliputi senarai bahan koleksi perpustakaan yang disusun mengikut perkara-perkara yang terdapat dalam Sistem Pengkelasan Library of Congress dan setiap entri-entri bagi sesuatu perkara disusun mengikut nombor panggilan.

Dates: Publication: 1979-07

Senarai Penambahan Ogos 1979

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-668
Abstract

Penerbitan ini mengenai Senarai Penambahan Koleksi Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia bagi bulan Ogos 1979.

Isi kandungan bibliografi ini meliputi senarai bahan koleksi perpustakaan yang disusun mengikut perkara-perkara yang terdapat dalam Sistem Pengkelasan Library of Congress dan setiap entri-entri bagi sesuatu perkara disusun mengikut nombor panggilan.

Dates: Publication: 1979-08

Senarai Penambahan September 1979

 Fonds — Container: Gedung 1/94
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-669
Abstract

Penerbitan ini mengenai Senarai Penambahan Koleksi Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia bagi bulan September 1979.

Isi kandungan bibliografi ini meliputi senarai bahan koleksi perpustakaan yang disusun mengikut perkara-perkara yang terdapat dalam Sistem Pengkelasan Library of Congress dan setiap entri-entri bagi sesuatu perkara disusun mengikut nombor panggilan.

Dates: Publication: 1979-09

Sistem Maklumat Antarabangsa bagi Sains dan Teknologi Pertanian

 Item — Container: Gedung 1/132
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-907
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia.

Isi kandungan brosur ini meliputi pengenalan dan maklumat ringkas tentang Sistem Maklumat Antarabangsa bagi Sains dan Teknologi Pertanian (AGRIS) di UPM.

Dates: Publication: 1990

Subject Guide : Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/132
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1194
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Bahagian Rujukan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan brosur ini meliputi pengenalan serta maklumat ringkas tentang Panduan Subjek yang disediakan oleh PSAS, UPM.

Dates: Publication: 2021-06

Terbitan Bersiri Kini untuk Perkhidmatan Halaman Kandungan : Perpustakaan UPM

 Fonds — Container: Gedung 1/91
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-646
Abstract

Penerbitan ini mengandungi senarai jurnal terbitan bersiri kini.

Dates: 1980

Tonggak Dua Belas

 Collection — Container: Gedung 1/44
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-423
Abstract

Tunggak Dua Belas adalah petikan daripada buku berjudul Tunggak Dua Belas terbitan INTAN pada tahun 1992. Naskah ini dikeluarkan bersempena dengan sambutan Hari Q Perpustakaan 1999 dan selaras dengan slogan 'Amalan Murni Asas Kualiti'

Dates: Issued: 1999

TQM Perpustakaan : Universiti Pertanian Malaysia

 Item — Container: Gedung 1/134
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-935
Abstract

Penerbitan bahan ini mengenai persediaan ke arah pelaksanaan Pengurusan Menyeluruh (TQM). Isi kandungan buku ini meliputi kata-kata aluan, misi, objektif, dasar kualiti, falsafah kualiti, prinsip dan faedah TQM, peranan kakitangan adlam program TQM, logo kualiti, penerangan logo kualiti, slogan perpustakaan, slogan hari kualiti, ikrar, piagam pelanggan dan fungsi jabatan/unit.

Dates: Publication: 1995

Transkrip Encik Amir Hussain Md. Ishak : Peneraju Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia (2006-2015)

 Fonds — Container: Gedung 1/112
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1002
Abstract Penerbitan ini mengenai transkrip catatan perjalanan Encik Amir Hussain Md. Ishak selaku Ketua Pustakawan yang keempat di UPM bagi tempoh tahun 2006-2015.Buku transkrip ini merupakan projek yang dilaksanakan untuk koleksi sejarah lisan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2024. Encik Amir Hussain Md. Ishak merupakan mantan Ketua Pustakawan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang keempat. Beliau memulakan kerjaya sebagai pustakawan pada Oktober 1979...
Dates: Publication: 2024

Transkrip Memoir Pustakawan : Puan Azwana Ab Rahman (1994-2023) Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia

 Fonds — Container: Gedung 1/112
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1001
Abstract Penerbitan ini mengenai transkrip catatan perjalanan Puan Azwana Ab Rahman selaku Pustakawan di UPM bagi tempoh tahun 1994-2023. Buku transkrip ini merupakan projek yang dilaksanakan untuk koleksi sejarah lisan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2023. Puan Azwana Ab Rahman merupakan pustakawan yang telah berkhidmat selama 29 tahun di Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Berasal dari Kuala Lumpur, beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana muda Sains (Kepujian)...
Dates: Publication: 2023

Transkrip Memoir Pustakawan : Puan Salmah Abdullah (1992-2023) Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM

 Fonds — Container: Gedung 1/112
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1000
Abstract Penerbitan ini mengenai transkrip catatan perjalanan Puan Salmah Abdullah selaku Pustakawan di UPM bagi tempoh tahun 1992-2023. Buku transkrip ini merupakan projek yang dilaksanakan untuk koleksi sejarah lisan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2023. Puan Salmah Abdullah merupakan pustakawan yang mula berkhidmat di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia dari tahun 1992. Berasal dari Jasin Melaka, beliau memiliki ijazah dalam bidang Sains Nuklear dan...
Dates: Publication: 2023

Transkrip Mengimbau Memori Naib Canselor UPM 1994-2001 : YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim

 Fonds — Container: Gedung 1/104
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-938
Abstract Penerbitan ini mengandungi transkrip wawancara Ybhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim bagi mengimbau memori selaku Naib Canselor UPM tahun 1994-2001. Berdasarkan Wawancara Transkrip Mengimbau Memori Naib Canselor UPM 1994-2001: Yang Berbahagia Professor Emeritus Tan Sri Dato’ Syed Jalaludin bin Syed Salim ialah seorang ahli akademik yang menjangkau lebih lima dekad dalam sektor penyelidikan dan pendidikan tinggi di Malaysia. Beliau telah menempuh pelbagai...
Dates: 1994 - 2001

Transkrip Suatu Catatan Perjalanan Ybhg. Dato' Zulkiflee Bin Othman dalam Pengurusan Strategik Kewangan Universiti Putra Malaysia Tahun 2003-2021

 Fonds — Container: Gedung 1/66
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-664
Abstract Penerbitan ini mengandungi catatan perjalanan Ybhg. Dato' Zulkiflee Bin Othman dalam pengurusan strategik kewangan Universiti Putra Malaysia tahun 2003-2021. Penerbitan ini merupakan koleksi sejarah lisan , Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2021. Dato’ Zulkiflee Othman merupakan mantan Bendahari ketujuh Universiti Putra Malaysia dari 2003 hingga 2021 dan beliau merupakan bursar yang paling lama telah menerajui Pejabat Bursar UPM. Beliau adalah figura...
Dates: Publication: 2021

Transkrip Tuan Haji Shaifol Yazam Mat

 Item — Container: Gedung 1/133
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1240
Abstract

Penerbitan ini adalah mengenai transkrip Tuan Haji Shaifol Yazam Mat: mengimbas Kembali perjalanan sebagai pustakawan dari Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia hingga Perpustakaan Sultan Abdul Samad (1 September 1995 - 31 Januari 2022)

Projek dilaksanakan untuk koleksi sejarah lisan, disediakan oleh Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia

Dates: Publication: 2025

Transkrip Tuan Syed Salim Agha Syed Azamthullah: Peneraju Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya dan Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia (1968-1995)

 Fonds — Container: Gedung 1/112
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-999
Abstract Penerbitan ini mengenai transkrip catatan perjalanan Tuan Syed Salim Agha Syed Azamthullah selaku Ketua Pustakawan yang pertama di UPM bagi tempoh tahun 1968-1995. Buku transkrip ini merupakan projek yang dilaksanakan untuk koleksi sejarah lisan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2023. Tuan Syed Salim merupakan pustakawan yang berkhidmat dari Kolej Pertanian Malaya sehingga Universiti Pertanian Malaysia. Berasal dari Ipoh, Perak Tuan Syed Salim...
Dates: Publication: 2023

TUNAS

 Series — Container: Gedung 1/71
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-671
Abstract

ISSN: 0127-0575

Dates: Publication: 1995 - 1996
Found in: MAIN ARCHIVES / TUNAS

Ucapan Ketua Pustakawan Sempena Sambutan Hari Q Perpustakaan Ketujuh 1999 di Bilik Serbaguna Perpustakaan

 Item — Container: Gedung 1/119
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1061
Abstract

Penerbitan ini mengenai buku teks ucapan ketua pustakawan sempena Sambutan Hari Q Perpustakaan Ketujuh pada tahun 1999 di Bilik Serbaguna, Perpustakaan UPM.

Dates: Publication: 1999

Unit Media dan Arkib : Perkhidmatan & Kemudahan

 Item — Container: Gedung 1/132
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1181
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur Perkhidmatan dan Kemudahan di Unit Media dan Arkib, Perpustakaan Universiti Putra Malaysia. Isi kandungan brosur meliputi misi, objektif, pengenalan, senarai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan serta waktu perkhidmatan.

Dates: Publication: 2000 - 2001

UPM Fit Challenge 2015

 Item — Container: Gedung 1/127
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1133
Abstract

Penerbitan ini mengenai brosur UPM Fit Challenge 2015 anjuran Kelab Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.

Isi kandungan brosur ini meliputi maklumat berkaitan program yang dijalankan serta borang penyertaan.

Dates: Event: 2015