Fakulti Perubatan Veterinar
Perkembangan
Fakulti ini telah ditubuhkan sejak 1971. Dekan pengasas dilantik pada bulan Januari 1972, dan bersama tiga orang ahli akademik Jabatan Sains Penternakan dari bekas Kolej Pertanian telah mengasaskan fakulti baru ini yang dengan rasminya dipanggil Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan, di mana dua kegiatan utama ternakan digabungkan di bawah satu organisasi. Kumpulan pelajar pertama mendaftar pada bulan Julai 1973. Kumpulan pertama pelajar veterinar dianugerahkan ijazah pada tahun 1978 manakala, kumpulan pertama pelajar Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan dianugerahkan diploma pada tahun 1977.
Pada 1 November 2011, Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar baharu yang menempatkan Hospital Veterinar Universiti (UVH) Universiti Putra Malaysia (UPM), iaitu hospital veterinar yang pertama di Malaysia dan memiliki kemudahan moden tercanggih di Asia Tenggara telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ia dibina dengan kos RM28 juta dan dilengkapi kemudahan tercanggih di Asia Tenggara. Berkeluasan 5,158 meter persegi, hospital ini merangkumi Unit Haiwan Besar, Unit Haiwan Kesayangan, surgeri, makmal diagnosis, dewan bedah, klinik bergerak, unit farmasi serta unit radiologi dan pengimejan.
Hospital ini merupakan sebahagian daripada Kompleks Perubatan Veterinar UPM yang turut mempunyai blok akademik dan blok penyelidikan.Pembinaan kompleks baharu itu secara keseluruhannya menelan kos sebanyak RM57 juta bertujuan menampung ruang pengajaran dan pembelajaran berikutan pertambahan bilangan pelajar serta memastikan ruang makmal dan tempat peralatan penyelidikan mencukupi.
Fakulti Perubatan Veterinar menerusi Hospital Veterinar Universiti berpotensi mempelopori secara holistik keperluan negara menangani penyakit berjangkit haiwan yang boleh memberi kesan kepada manusia selain perkhidmatan khas dalam perubatan veterinar,surgeri serta makmal diagnosis.
Mantan Dekan
Mantan Dekan
1. YBhg. Prof. Dr. Omar Abdul Rahman 1972 – 1978
2. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Syed Jalaluddin Syed Ibrahim 1979 – 1983
3. YBhg. Prof. Dr. Abdul Latif Ibrahim 1984 – 1993
4. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sheikh Omar Abd. Rahman 1997 – 2001
5. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Salam Abdullah 2002 – 2002
6. YBhg. Prof. Dr. Mohd Zamri Saad 2003 – 2007
7. YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Bashir Ahmad Fateh Mohamed 2008 – 2011
8. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Hair Bejo 2012 – 2019
9. YBhg. Prof. Dr. Abdul Rahman Omar 2020 – 2022
10. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Azmi Mohd Lila 2022 – 2023
11. YBhg. Prof. Dr. Goh Yong Meng 2024 – sekarang
Sejarah Awal Penubuhan
Tujuan Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan ini ialah untuk melatih doktor-doktor veterinar, ahli-ahli sains peternakan dan kumpulan separa-aktisas untuk mengisikan jawatan-jawatan dalam sektor awam dan perusahaan ternakan yang sedang berkembang dengan pesatnya di Malaysia.
Fakulti ini menyediakan kursus-kursus pada dua peringkat: Kursus Ijazah yang membawa kepada Ijazah Doktor Perubatan Veterinar (D.V.M.) dan Kursus Diploma yang membawa kepada Diploma Sains Peternakan (Dip. An. Sc.). Kursus-kursus ijazah lanjutan juga disediakan untuk siswazah yang berminat.
Kursus Ijazah bertujuan untuk memberi kemahiran kepada siswazahsiswazah dalam lapangan diagnosa, rawatan, pencegahan dan penyelidikan penyakit-penyakit ternakan dan haiwan-haiwan lain. Di samping itu beberapa kursus utama dalam bidang Sains Peternakan dicantumkan dalam rancangan ijazah itu bagi melengkapkan siswazah-siswazah dengan pengetahuan dalam sains ini, dan dengan itu para siswazah akan dapat memberikan sumbangan yang lebih bermakna dalam segala aspek dan aktiviti penghasilan peternakan umumnya. Para siswazah akan dapat mengisi jawatan profesional dalam Perkhidmatan Haiwan Kerajaan dan lain-lain badan Kerajaan ataupun bekerja dengan swasta. Mereka juga layak untuk mengajar dan menjalankan penyelidikan dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan Sains "Bio-medical" begitu juga mengisi jawatan-jawatan eksekutif di dalam perusahaan perdagangan yang berkaitan dengan ternakan.
Kursus Diploma pula bertujuan untuk menyediakan calun-calun bekerja di dalam perusahaan peternakan atau badan-badan Kerajaan di lapisan pengurusan atau kumpulan separa ikhtisas. Dengan demikian di sepanjang kursus diploma kerja-kerja kemah iran amali dalam pengurusan ternakan adalah dititikberatkan.
Fakulti ini juga menyediakan kursus-kursus di bidang Sains Peternakan untuk para pelajar Kursus Ijazah, Diploma Pertanian dan Diploma Teknologi Rumahtangga. Bagi mahasiswa Ijazah Pertanian, kursus Sains Peternakan akan diberi pada tahun kedua dan ketiga, sementara itu pilihan atau elektifelektif akan diberi dalam tahun keempat. Pada peringkat permulaan ini elektif-elektif itu ialah di dalam tiga bidang pengajian, iaitu: Ilmu Kajibaka dan Pembiakan Ternak, Sains Kajikusiat Makanan dan Ilmu Pengurusan Padang Pastura.
Kemajuan yang telah dicapai ketika itu. Fakulti telah berpindah ke Bangunan Baru pada bulan Mei, 1975. Semua pegawai-pegawai Fakulti sekarang ini ditempatkan di Bangunan Baru yang merupakan Peringkat Pertama, Kompleks Fakulti Kedoktoran. Veterinar dan Sains Petemakan, Universiti Pertanian Malaysia. Walau bagaimanapun, kemudahan-kemudahan yang ada sekarang hanyalah untuk pengajaran dalam bidang Sains Peternakan. Kemudahan untuk pengajaran matapelajaran lain akan diadakan di Peringkat Kedua, Bangunan Fakulti ini. Peringkat Kedua ini dijangka siap pada bulan September, 1976.
Sumber: Laporan Tahunan Universiti Pertanian 1974.
Found in 53 Collections and/or Records:
Laporan Rancangan Malaysia Kelima (1986-90) Bagi Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan
Penerbitan ini mengandungi cadangan-cadangan projek yang dirangka untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelima (RML) bagi Fakulti Veterinar dan Sains Peternakan.
Laporan Rancangan Malaysia Kelima : 1986-1990 Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan
Penerbitan ini mengandungi ringkasan, kemajuan 1981 sehingga 1985, dasar, matlamat dan strategi, program, perbelanjaan pembangunan tahun 1986 hingga 90 dan keupayaan perlaksanaan.
Laporan Tahunan 2005 Fakulti Perubatan Veterinar
Penerbitan ini mengenai laporan tahunan Fakulti Perubatan Veterinar tahun 2005.
Majlis Ikrar & Penyampaian Hadiah Fakulti Perubatan Veterinar ke-38
Penerbitan ini mengandungi visi, misi, matlamat, pengurusan, sekapur sireh, seulas pinang, jawatankuasa kerja, atur cara, pengisytiharan pendaftaran, ikrar veterinawan, senarai graduan Prasiswazah,senarai graduan siswazah, penaja hadiah, anugerah kecemerlangan prasiswazah, Anugerah Kecemerlangan Siswazah, lagu Putra Gemilang, lagu kejayaan abadi dan penghargaan. Majlis diadakan pada 2 November 2015 di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
Majlis Ikrar & Penyampaian Hadiah ke 33
Penerbitan ini mengandungi visi, misi, matlamat, pengurusan, sekapur sireh, seulas pinang, jawatankuasa kerja, atur cara, pengisytiharan pendaftaran, ikrar Veterinawan, senarai graduan, anugerah tesis, penaja hadiah, pemenang hadiah, lagu Putra Gemilang, lagu Kejayaan Abadi dan penghargaan. Majlis telah diadakan pada 11 Oktober 2010 di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
Majlis Ikrar & Penyampaian Hadiah ke 34
Penerbitan ini mengandungi visi, misi, matlamat, pengurusan, sekapur sireh, seulas pinang, jawatankuasa kerja, atur cara, pengisytiharan pendaftaran, ikrar Veterinawan, senarai graduan, anugerah tesis, penaja hadiah, pemenang hadiah, lagu Putra Gemilang, lagu Kejayaan Abadi dan penghargaan. Majlis telah diadakan pada 18 Oktober 2011 di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
Majlis Ikrar & Penyampaian Hadiah ke 35
Penerbitan ini mengandungi visi, misi, matlamat, pengurusan, sekapur sireh, seulas pinang, jawatankuasa kerja, atur cara, pengisytiharan pendaftaran, ikrar Veterinawan, senarai graduan, anugerah tesis, penaja hadiah, pemenang hadiah, lagu Putra Gemilang, lagu Kejayaan Abadi dan penghargaan. Majlis telah diadakan pada 13 Oktober 2012 di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
Majlis Ikrar & Penyampaian Hadiah ke 36
Penerbitan ini mengandungi visi, misi, matlamat, pengurusan, sekapur sireh, seulas pinang, jawatankuasa kerja, atur cara, pengisytiharan pendaftaran, ikrar Veterinawan, senarai graduan, anugerah tesis, penaja hadiah, pemenang hadiah, lagu Putra Gemilang, lagu Kejayaan Abadi dan penghargaan. Majlis telah diadakan pada 27 Oktober 2013 di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
Majlis Ikrar & Penyampaian Hadiah ke 37
Penerbitan ini mengandungi visi, misi, matlamat, pengurusan, sekapur sireh, seulas pinang, jawatankuasa kerja, atur cara, pengisytiharan pendaftaran, ikrar Veterinawan, senarai graduan, anugerah tesis, penaja hadiah, pemenang hadiah, lagu Putra Gemilang, lagu Kejayaan Abadi dan penghargaan. Majlis telah diadakan pada 1 November 2014 di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
Majlis Ikrar & Penyampaian Hadiah ke 39
Penerbitan ini mengandungi visi, misi, matlamat, pengurusan, sekapur sireh, seulas pinang, jawatankuasa kerja, atur cara, pengisytiharan pendaftaran, ikrar Veterinawan, senarai graduan, anugerah tesis, penaja hadiah, pemenang hadiah, lagu Putra Gemilang, lagu Kejayaan Abadi dan penghargaan. Majlis telah diadakan pada 23 Oktober 2016 di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
Majlis Ikrar & Penyampaian Hadiah ke 40
Penerbitan ini mengandungi visi, misi, matlamat, pengurusan, sekapur sireh, seulas pinang, jawatankuasa kerja, atur cara, pengisytiharan pendaftaran, ikrar Veterinawan, senarai graduan, anugerah tesis, penaja hadiah, pemenang hadiah, lagu Putra Gemilang, lagu Kejayaan Abadi dan penghargaan. Majlis telah diadakan pada 4 November 2017 di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
Majlis Ikrar & Penyampaian Hadiah ke 41
Penerbitan ini mengandungi visi, misi, matlamat, pengurusan, sekapur sireh, seulas pinang, jawatankuasa kerja, atur cara, pengisytiharan pendaftaran, ikrar Veterinawan, senarai graduan, anugerah tesis, penaja hadiah, pemenang hadiah, lagu Putra Gemilang, lagu Kejayaan Abadi dan penghargaan. Majlis telah diadakan pada 28 Oktober 2018 di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
Majlis Ikrar & Penyampaian Hadiah ke 42
Penerbitan ini mengandungi visi, misi, matlamat, pengurusan, sekapur sireh, seulas pinang, jawatankuasa kerja, atur cara, pengisytiharan pendaftaran, ikrar Veterinawan, senarai graduan, anugerah tesis, penaja hadiah, pemenang hadiah, lagu Putra Gemilang, lagu Kejayaan Abadi dan penghargaan. Majlis telah diadakan pada 17 November 2019 di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
Majlis Ikrar & Penyampaian Hadiah ke 44
Penerbitan ini mengandungi visi, misi, matlamat, pengurusan, sekapur sireh, seulas pinang, jawatankuasa kerja, atur cara, pengisytiharan pendaftaran, ikrar Veterinawan, senarai graduan, anugerah tesis, penaja hadiah, pemenang hadiah, lagu Putra Gemilang, lagu Kejayaan Abadi dan penghargaan. Majlis telah diadakan pada 19 Mac 2022 di Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
Majlis Pelancaran Buku A Guide to Pig Diseases in Malaysia
Foto ini mengenai Majlis Pelancaran Buku A Guide to Pig Diseases in Malaysia yang ditulis oleh H.L.Too dan dirasmikan oleh YbhgTan Sri Datuk Amar bin Dr. Haji Sulaiman Daud. Majlis ini dianjurkan oleh Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan.
Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi
Penerbitan ini Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi, Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) berdasarkan STANDARD MS ISO/IEC 17025:2005 kepada Unit Perkhidmatan Makmal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar.
Majlis Penyampaian Sijil MS ISO 9001 kepada Fakulti Perubatan Veterinar
Penerbitan ini mengenai buku program Majlis Penyampaian Sijil MS ISO 9001 kepada Fakulti Perubatan Veterinar oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang telah diadakan pada 15 Disember 2000 di Dewan Syarahan Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
Majlis Perasmian Program Inkubator Keusahawanan
Penerbitan ini mengandungi atur cara majlis, sekapur sireh, seulas pinang, biografi penerima anugerah usahawan cemerlang alumni veterinar, PutraBiz@Vet, objektif, fungsi, jawatankuasa induk, jawatankuasa lembaga pengarah, pra syarat keahlian pelajar, operasi PutraBiz@Vet, jawatankuasa kerja malis perasmian PutraBiz@Vet, lagu Negaraku dan Putra Gemilang dan penghargaan.
Malaysian Animal Science Abstracts : 1975-1979
Panduan Bagi Kurikulum: Diploma Sains Peternakan dan Ijazah Kedoktoran Veterinar
Penerbitan ini merupakan buku panduan yang mengandungi maklumat berkaitan kurikulum untuk program Diploma Sains Peternakan dan Ijazah Kedoktoran Veterinar bagi Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan , UPM.
Pembedahan Veterinar di Fakulti Perubatan Veterinar & Sains Haiwan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto pembedahan veterinar oleh staf Fakulti Perubatan Veterinar & Sains Haiwan, UPM sekitar tahun 1990, dalam konteks penyelidikan dan latihan klinikal haiwan.
Piala Naib Canselor Temasya Sukan Antara Pegawai-Pegawai
Piala ini ialah piala Naib Canselor Temasya Sukan Antara Pegawai-
Pegawai Fakulti Bahagian Universiti Pertanian Malaysia berasal dari Fakulti
Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan
Proceeding Book VAIC 2022 : 1st Veterinary Academia Industry Convention 2022 of Faculty of Veterinary Medicine UPM & UMK
Program Khidmat Nasihat Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Gambar ini mengenai Program khidmat nasihat yang dijalankan di Fakulti Perubatan Veterinar sekitar penghujung tahun 90an
Prospektus Program Prasiswazah
Penerbitan ini mengandungi maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Kedoktoran Veterinar Dan Sains Peternakan UPM
