Fakulti Perubatan Veterinar
Perkembangan
Fakulti ini telah ditubuhkan sejak 1971. Dekan pengasas dilantik pada bulan Januari 1972, dan bersama tiga orang ahli akademik Jabatan Sains Penternakan dari bekas Kolej Pertanian telah mengasaskan fakulti baru ini yang dengan rasminya dipanggil Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan, di mana dua kegiatan utama ternakan digabungkan di bawah satu organisasi. Kumpulan pelajar pertama mendaftar pada bulan Julai 1973. Kumpulan pertama pelajar veterinar dianugerahkan ijazah pada tahun 1978 manakala, kumpulan pertama pelajar Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan dianugerahkan diploma pada tahun 1977.
Pada 1 November 2011, Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar baharu yang menempatkan Hospital Veterinar Universiti (UVH) Universiti Putra Malaysia (UPM), iaitu hospital veterinar yang pertama di Malaysia dan memiliki kemudahan moden tercanggih di Asia Tenggara telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ia dibina dengan kos RM28 juta dan dilengkapi kemudahan tercanggih di Asia Tenggara. Berkeluasan 5,158 meter persegi, hospital ini merangkumi Unit Haiwan Besar, Unit Haiwan Kesayangan, surgeri, makmal diagnosis, dewan bedah, klinik bergerak, unit farmasi serta unit radiologi dan pengimejan.
Hospital ini merupakan sebahagian daripada Kompleks Perubatan Veterinar UPM yang turut mempunyai blok akademik dan blok penyelidikan.Pembinaan kompleks baharu itu secara keseluruhannya menelan kos sebanyak RM57 juta bertujuan menampung ruang pengajaran dan pembelajaran berikutan pertambahan bilangan pelajar serta memastikan ruang makmal dan tempat peralatan penyelidikan mencukupi.
Fakulti Perubatan Veterinar menerusi Hospital Veterinar Universiti berpotensi mempelopori secara holistik keperluan negara menangani penyakit berjangkit haiwan yang boleh memberi kesan kepada manusia selain perkhidmatan khas dalam perubatan veterinar,surgeri serta makmal diagnosis.
Mantan Dekan
Mantan Dekan
1. YBhg. Prof. Dr. Omar Abdul Rahman 1972 – 1978
2. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Syed Jalaluddin Syed Ibrahim 1979 – 1983
3. YBhg. Prof. Dr. Abdul Latif Ibrahim 1984 – 1993
4. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sheikh Omar Abd. Rahman 1997 – 2001
5. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Salam Abdullah 2002 – 2002
6. YBhg. Prof. Dr. Mohd Zamri Saad 2003 – 2007
7. YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Bashir Ahmad Fateh Mohamed 2008 – 2011
8. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Hair Bejo 2012 – 2019
9. YBhg. Prof. Dr. Abdul Rahman Omar 2020 – 2022
10. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Azmi Mohd Lila 2022 – 2023
11. YBhg. Prof. Dr. Goh Yong Meng 2024 – sekarang
Sejarah Awal Penubuhan
Tujuan Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan ini ialah untuk melatih doktor-doktor veterinar, ahli-ahli sains peternakan dan kumpulan separa-aktisas untuk mengisikan jawatan-jawatan dalam sektor awam dan perusahaan ternakan yang sedang berkembang dengan pesatnya di Malaysia.
Fakulti ini menyediakan kursus-kursus pada dua peringkat: Kursus Ijazah yang membawa kepada Ijazah Doktor Perubatan Veterinar (D.V.M.) dan Kursus Diploma yang membawa kepada Diploma Sains Peternakan (Dip. An. Sc.). Kursus-kursus ijazah lanjutan juga disediakan untuk siswazah yang berminat.
Kursus Ijazah bertujuan untuk memberi kemahiran kepada siswazahsiswazah dalam lapangan diagnosa, rawatan, pencegahan dan penyelidikan penyakit-penyakit ternakan dan haiwan-haiwan lain. Di samping itu beberapa kursus utama dalam bidang Sains Peternakan dicantumkan dalam rancangan ijazah itu bagi melengkapkan siswazah-siswazah dengan pengetahuan dalam sains ini, dan dengan itu para siswazah akan dapat memberikan sumbangan yang lebih bermakna dalam segala aspek dan aktiviti penghasilan peternakan umumnya. Para siswazah akan dapat mengisi jawatan profesional dalam Perkhidmatan Haiwan Kerajaan dan lain-lain badan Kerajaan ataupun bekerja dengan swasta. Mereka juga layak untuk mengajar dan menjalankan penyelidikan dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan Sains "Bio-medical" begitu juga mengisi jawatan-jawatan eksekutif di dalam perusahaan perdagangan yang berkaitan dengan ternakan.
Kursus Diploma pula bertujuan untuk menyediakan calun-calun bekerja di dalam perusahaan peternakan atau badan-badan Kerajaan di lapisan pengurusan atau kumpulan separa ikhtisas. Dengan demikian di sepanjang kursus diploma kerja-kerja kemah iran amali dalam pengurusan ternakan adalah dititikberatkan.
Fakulti ini juga menyediakan kursus-kursus di bidang Sains Peternakan untuk para pelajar Kursus Ijazah, Diploma Pertanian dan Diploma Teknologi Rumahtangga. Bagi mahasiswa Ijazah Pertanian, kursus Sains Peternakan akan diberi pada tahun kedua dan ketiga, sementara itu pilihan atau elektifelektif akan diberi dalam tahun keempat. Pada peringkat permulaan ini elektif-elektif itu ialah di dalam tiga bidang pengajian, iaitu: Ilmu Kajibaka dan Pembiakan Ternak, Sains Kajikusiat Makanan dan Ilmu Pengurusan Padang Pastura.
Kemajuan yang telah dicapai ketika itu. Fakulti telah berpindah ke Bangunan Baru pada bulan Mei, 1975. Semua pegawai-pegawai Fakulti sekarang ini ditempatkan di Bangunan Baru yang merupakan Peringkat Pertama, Kompleks Fakulti Kedoktoran. Veterinar dan Sains Petemakan, Universiti Pertanian Malaysia. Walau bagaimanapun, kemudahan-kemudahan yang ada sekarang hanyalah untuk pengajaran dalam bidang Sains Peternakan. Kemudahan untuk pengajaran matapelajaran lain akan diadakan di Peringkat Kedua, Bangunan Fakulti ini. Peringkat Kedua ini dijangka siap pada bulan September, 1976.
Sumber: Laporan Tahunan Universiti Pertanian 1974.
Found in 53 Collections and/or Records:
Senarai Bahan-Bahan Bacaan untuk Kursus-Kursus Tertentu bagi Semester Pertama Tahun Akademik 1976/1977 : Fakulti Kedoktoran Veterinar & Sains Peternakan.
Penerbitan ini merupakan surat permohonan bahan-bahan rujukan dari Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan kepada Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia.
Temasya Sukan Antara Pegawai Pegawai Fak/Bhg/ U.P.M. Piala Pusingan Syed Razlan Ragbi
Piala ini merupakan Piala Temasya Sukan Antara Pegawai Pegawai Fak/Bhg/ U.P.M. Piala Pusingan Syed Razlan Ragbi.
VTLS, Inc. Directory of Installations
Penerbitan ini merupakan draf pertama direktori pemasangan VTLS. Ia juga mengandungi lampiran surat maklumat memohon pihak perpustakan universiti pertanian malaysia membuat semakan draf tersebut mengikut ketepatan dan spek yang diperlukan.
