Kolej Kediaman Kesebelas
Sejarah
Kolej Sebelas dibuka untuk penempatan pelajar pada 19 Mei 1999. Ia terdiri daripada satu mega blok asrama tujuh tingkat yang mengandungi 410 bilik pelajar.
Selain daripada menjadi tempat kediaman pelajar, kolej juga bertanggungjawab ke atas pembentukan sahsiah pelajar termasuk pembangunan akademik, sosial, emosi dan fizikal. Aktiviti yang berkaitan diselaraskan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej dengan dibantu oleh pengetua, felo dan pengurusan kolej.Pelajar-pelajar di kolej ini ditempatkan mengikut zon-zon tertentu. Terdapat empat zon pada setiap aras dimana setiap ketua zon berkenaan bertanggungjawab ke atas kesejahteraan ahli-ahli mereka. Setiap zon juga mempunyai bilik bacaan, bilik mandi dan kawasan masing-masing.
Bermula daripada sesi Mei 2002/2003, Kolej Sebelas telah menjadi kolej siswi dimana kesemua penghuni adalah terdiri daripada siswi sepenuhnya. Ini adalah lanjutan daripada proses pengasingan di antara pelajar siswa dan siswi yang melibatkan dua kolej iaitu Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas dimana semua pelajar siswa ditempatkan di Kolej Sepuluh manakala siswi di Kolej Sebelas.
Found in 8 Collections and/or Records:
Analisis: Keputusan Purata Timbunan ( CGPA ) Semester Mei 1999 Kolej Kesebelas
Penerbitan ini mengenai analisis keputusan purata timbunan ( CGPA ) Semester Mei 1999 Kolej Kesebelas. Ia mengandungi keputusan purata timbunan ( CGPA ) semester Mei 1999 mengikut kategori keseluruhan pelajar Kolej Kesebelas, CGPA, bangsa dan fakulti.
Disediakan oleh: Lee Boon Kah
Analisis: Keputusan Semester ( GPA ) Semester Mei 2000 Kolej Kesebelas
Penerbitan ini mengenai analis keputusan semester ( GPA ) Semester Mei 2000 Kolej Kesebelas. Ia mengandungi keputusan semester ( GPA ) semester Mei 2000 mengikut kategori perbandingan keputusan semester ( GPA ) mengikut semester, keseluruhan pelajar Kolej Kesebelas, GPA, bangsa dan fakulti.
Disediakan oleh: Sekretariat Akademik
Analisis: Keputusan Semester ( GPA ) Semester November 1999 Kolej Kesebelas
Penerbitan ini mengenai analisis keputusan Semester ( GPA ) Semester November 1999 Kolej Kesebelas. Ia mengandungi keputusan semester ( GPA ) semester November 1999 mengikut kategori keseluruhan pelajar Kolej Kesebelas, GPA, bangsa dan fakulti.
Co11ege : First Edition Kolej Sebelas
Penerbitan ini merupakan Laporan Tahunan 2010 Emtech.
Laporan Tahunan 2000 Kolej Kesebelas
Penerbitan ini mengenai laporan tahunan Kolej Kesebelas tahun 2000.
