Gedung 1/F09
Contains 86 Results:
Rumah Kediaman Tetamu, Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto sekitar dalaman rumah kediaman tetamu di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang diambil pada Februari 1986, menggambarkan salah satu tempat penginapan rasmi bagi tetamu dan pelawat ke kampus pada era tersebut.
Lawatan Rasmi Presiden Gus Turbeville dari William Penn College, Amerika Syarikat ke Universiti Pertanian Malaysia
Foto lawatan rasmi Presiden Gus Turbeville dari William Penn College, Amerika Syarikat ke Universiti Pertanian Malaysia pada 12 September 1981 bagi membincangkan kerjasama akademik dan pertukaran pelajar.
Lawatan Rasmi Kedutaan Amerika Syarikat ke UPM
Foto lawatan delegasi dari Kedutaan Amerika Syarikat ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 14 Januari 1986. Lawatan ini mungkin kerjasama akademik atau diplomatik antara institusi pengajian tinggi dan pihak kedutaan. Turut hadir Tan Sri Dato' Setia Dr. Nayan bin Ariffin Naib Canselor kedua Universiti Pertanian Malaysia serta wakil rasmi dari pihak kedutaan.
Lawatan Delegasi Pelajar Filipina ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto delegasi pelajar dari Filipina melawat Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada Oktober 1986 bagi tujuan pertukaran pelajar dan kerjasama serantau. Lawatan disambut oleh warga UPM dan melibatkan pelbagai aktiviti termasuk taklimat, jamuan serta lawatan sekitar kampus.
Majlis Jamuan Makan Malam Tinggi Kolej Pendeta Za'ba (KPZ), Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto sekitar majlis Jamuan Makan Malam Tinggi anjuran Kolej Pendeta Za'ba (KPZ), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), telah diadakan pada 2 Januari 1994. Acara ini menghimpunkan pelajar dan warga kolej dalam suasana rasmi bagi meraikan pencapaian serta mengeratkan hubungan dalam komuniti kampus.
Majlis Hari Kolej Kediaman Keenam (KK6), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1994.
Foto sekitar majlis Hari Kolej Kediaman Keenam (KK6), Universiti Pertanian Malaysia diadakan pada tahun 1994. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Dato’ Seri Dr Abdul Aziz S.A. Kadir, tokoh industri dan penyelidikan negara dan Prof. Dr. Rahim Md Sail Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Majlis Menandatangani MoU Kajian Rawatan Air & Enapcemar antara Universiti Pertanian Malaysia dan Taliworks Consortium Sdn. Bhd.
Foto sekitar Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Universiti Pertanian Malaysia dan Taliworks Consortium Sdn. Bhd. bagi menjalankan kajian berkaitan rawatan air dan enapcemar. Majlis yang berlangsung pada 8 Jun 1994 di Hotel Istana, Kuala Lumpur ini disaksikan oleh YB Encik Kerk Choo Ting, Timbalan Perdana Menteri I.
Seminar Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) : Dua Dekad Pengajaran di Universiti Pertanian Malaysia (1993)
Foto sekitar Seminar Sempena Dua Dekad Pengajaran bertemakan "Penggunaan Bahasa dalam Pelbagai Bidang Pengajaran" Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Pertanian Malaysia menganjurkan pada 10 hingga 11 Disember 1993. Seminar ini dirasmikan oleh Y.B. Dr. Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman UPM dan Motorola Semiconductor Sdn. Bhd. – 24 Jun 1994.
Foto sekitar Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Pertanian Malaysia dan Motorola Semiconductor Sdn. Bhd. yang telah diadakan pada 24 Jun 1994. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia ketika itu.
Pendaftaran Pelajar Baharu Universiti Pertanian Malaysia (UPM)1987.
Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama Tun Dato' Sri Dr. Haji Hamdan Sheikh Tahir ke Kampus UPM Bintulu, Sarawak.
Foto sekitar lawatan rasmi Tuan Yang Terutama Tun Dato' Sri Dr. Haji Hamdan bin Sheikh Tahir ke Kampus Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Bintulu, Sarawak sekitar awal 1980-an.
Aktiviti Penyelidikan di Centre of Mariculture Studies (COMAS), Universiti Pertanian Malaysia, Port Dickson
Majlis Anugerah Sukan Pelajar Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto majlis Anugerah Sukan Pelajar Universiti Pertanian Malaysia sekitar tahun 1995.
Lawatan Rasmi Chris Watson, Universiti Birmingham ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto sekitar kunjungan rasmi Mr. Chris Watson, Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Birmingham (1982–1994) pada 6 Januari 1994, ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama akademik dan pertukaran pelajar antara kedua-dua institusi.
Sumber rujukan : https://www.birmingham.ac.uk/research/chasm/research/housing-communities/staff/watson-chris?utm_source
Jamuan Rasmi Melahirkan Ahli Korporat Bertaqwa, Cemerlang dan Berketerampilan
Foto sekitar majlis jamuan rasmi bertemakan pembentukan ahli korporat bertaqwa, cemerlang dan berketerampilan telah berlangsung pada 8 Januari 1994. High Dinner ini diadakan di Kolej Kediaman Canselor (KKCR), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), dengan kehadiran tetamu khas Dato' Dr. Ahmad Tajudin, Ketua Pengarah SIRIM, yang menyampaikan amanat kepada para pelajar universiti.
KEPERTAMA Mesyuarat Agung Luar Biasa Ke-21, 1993
Foto sekitar Mesyuarat Agung Luar Biasa ke-21 KEPERTAMA yang telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Haji Abdul Rahim bin Datuk Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka pada 16 September 1993.
Hari Terbuka Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto sekitar Hari Terbuka Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar, Universiti Pertanian Malaysia yang telah berlangsung pada 6 hingga 7 Ogos 1993.Hadir pada majlis Prof.Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM pada masa itu.
Sukan Antara Kolej UPM 1994
Foto sekitar hari sukan Antara Kolej , Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 10 September 1994.
Pemakaian Pangkat Askar Wataniah oleh Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Salim menyempurnakan pemakaian pangkat kepada anggota pasukan Askar Wataniah Universiti Pertanian Malaysia dalam satu majlis rasmi sekitar pertengahan tahun 1990-an.Tarikh di belakang gambar mungkin merujuk kepada hari kejadian 5 Oktober 1994.
Anugerah Khidmat Cemerlang Universiti Pertanian Malaysia (UPM) .
Majlis Perasmian Plak Kerjasama Antarabangsa oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).
Foto wakil Universiti Putra Malaysia merasmikan plak kerjasama di sebuah lokasi luar negara. Plak yang tertera nama Universiti Putra Malaysia majlis ini mungkin diadakan selepas penjenamaan semula universiti pada 3 April 1997. Turut kelihatan logo institusi rakan kerjasama luar negara sebagai simbol hubungan akademik antarabangsa.
Hasil Ladang Durian , Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto menunjukkan beberapa orang staf ladang Universiti Pertanian Malaysia (UPM) duduk di atas lori bersama hasil tuaian durian di kawasan ladang universiti. Dirakam sekitar awal 1980-an, gambar ini menggambarkan aktiviti pertanian kampus yang menjadi asas kepada pengajaran dan latihan praktikal dalam bidang pertanian di UPM ketika itu.
Bengkel Kebangsaan COMPUTESL ’86: Using the Computer to Teach English
Foto YB Prof. Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin merasmikan Bengkel Kebangsaan COMPUTESL ’86: Using the Computer to Teach English, yang berlangsung pada 17 hingga 18 Oktober 1986 di Universiti Pertanian Malaysia.
Lawatan Pelajar National University of Singapore (NUS) ke Universiti Pertanian Malaysia, circa 1980-an.
Foto merakamkan lawatan pelajar-pelajar dari National University of Singapore (NUS) ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar pertengahan tahun 1980-an.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif hubungan serantau yang bertujuan memperkukuh kerjasama akademik, pertukaran budaya, dan jaringan pelajar antara Malaysia dan Singapura. Delegasi pelajar NUS telah dibawa melawat kemudahan pengajaran dan penyelidikan di UPM, termasuk fakulti dan kawasan ladang universiti.
Seminar dan Penyampaian Hadiah Perisian Komputer Reka Bentuk Struktur ATS Dirasmikan oleh YB Tuan Haji Bujang bin Haji Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. 24 Mac 1987, Universiti Pertanian Malaysia
Foto suasana Seminar dan majlis Penyampaian Hadiah Perisian Komputer Reka Bentuk Struktur ATS, dirasmikan oleh YB Tuan Haji Bujang bin Haji Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, pada 24 Mac 1987 di Universiti Pertanian Malaysia. Acara ini menonjolkan usaha pembangunan dan pengiktirafan dalam teknologi pendidikan serta inovasi perisian dalam bidang kejuruteraan struktur di institusi pengajian tinggi.
