Gedung 1/F09
Contains 86 Results:
Majlis Berkaitan Program Pendidikan Lanjutan (PPL), 14 Januari 1994
Foto sekitar suasana majlis rasmi berkaitan Program Pendidikan Lanjutan (PPL) anjuran Universiti Pertanian Malaysia yang diadakan pada 14 Januari 1994. Majlis berlangsung di sebuah bilik mesyuarat dan menampilkan sesi ucapan oleh wakil program di rostrum.
Mesyuarat Pegawai Bendahari Universiti Tempatan, Sekitar 1980-an
Foto suasana sekitar mesyuarat pegawai bendahari dari universiti-universiti tempatan yang diadakan sekitar tahun 1980-an. Foto menunjukkan beberapa pegawai sedang memberi tumpuan semasa perbincangan.
Lawatan Rasmi ke Tapak International Student House, UPM (2001)
Penyerahan Bangunan Medan Selera Hadapan Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM ) oleh Naib Canselor UPM.
Foto penyerahan rasmi bangunan medan selera yang terletak di hadapan Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar awal tahun 2000-an. Majlis tersebut disempurnakan oleh Dato’ Prof. Dr. Zohadie Bardaie, Naib Canselor UPM ketika itu. Kemudahan beberapa gerai makanan disediakan untuk kegunaan warga kampus. Tarikh rasmi dan nama acara masih belum dapat disahkan sepenuhnya pada masa dokumentasi ini dibuat.
Pengangkutan Pelajar Kolej Pertanian Malaya: Gambar Tahun 1969–1972
Hari Fakulti Pendidikan UPM 1994: Cemerlang Teras Wawasan
Foto sekitar majlis Hari Fakulti Pendidikan Universiti Pertanian Malaysia (UPM)yang telah berlangsung pada 19 Januari 1994 dengan tema "Cemerlang Teras Wawasan", dan telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPM ketika itu, YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Nayan Ariffin.
Bengkel Serantau Pendidikan dan Latihan Alam Sekitar Melalui Ekstensi Pertanian, Kuala Lumpur (1994).
Foto sekitar bengkel Serantau Pendidikan dan Latihan Alam Sekitar Melalui Ekstensi Pertanian, Kuala Lumpur (20–25 Jun 1994) dianjurkan oleh Universiti Pertanian Malaysia (sekarang UPM), dengan sokongan ESHE FAO/United Nations.
Majlis Menandatangani MOU antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan State University .
Foto sekitar majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia ,UPM) dan State University telah berlangsung pada 17 Jun 1994. Perjanjian ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama akademik, penyelidikan dan pertukaran kepakaran antara kedua-dua institusi.YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim turut hadir dalam majlis ini ,Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia ketika itu
Perasmian Kursus Ujian Masuk Perguruan Tinggi Negeri (UMPTN) 1994 anjuran Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI).
Foto sekitar majlis perasmian kursus Ujian Masuk Perguruan Tinggi Negeri (UMPTN) 1994 yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohamed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia, pada 13 Jun 1994. Program ini diadakan bagi memberi bimbingan dan persediaan kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam di Indonesia.
Hari Q Fakulti Kejuruteraan , Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1994.
Foto sekitar Hari Q Fakulti Kejuruteraan , Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Prof. Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim pada 22 Jun 1994.
Forum Perfileman 1994
Foto sekitar majlis Forum Mesej Melalui Media Perfileman, bertarikh 11 September 1994.
Sukan Universiti di UiTM Shah Alam, 1990-an.
Foto sekitar kejohanan sukan antara universiti di UiTM Shah Alam sekitar awal tahun 1990-an, merangkumi pelbagai acara dan penyertaan pasukan mahasiswa.
Majlis Anugerah Sukan Universiti.
Foto suasana sebuah majlis rasmi universiti sekitar akhir 1980-an, yang memperlihatkan penyampaian penghargaan kepada individu atau wakil pasukan sebagai tanda pengiktirafan ketika itu.
Majlis Perasmian Pusat Penyelidikan Oseanografi dan Marikultur Universiti Pertanian Malaysia oleh Datuk Seri Amar Dr. Sulaiman Hj. Daud, Menteri Pendidikan Malaysia.
Foto-foto sekitar Majlis Perasmian Pusat Penyelidikan Oseanografi dan Marikultur di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 21 Disember 1993. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Amar Dr. Sulaiman Hj. Daud, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu.
Hari Sukan Antara Kolej Kediaman, Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto ini sekitar Hari Sukan Antara Kolej Kediaman UPM yang berlangsung pada 19 September 1993 (Tarikh tertulis di belakang gambar) di Padang Universiti, Kampus Serdang. Kelihatan kontinjen Kolej Kediaman Keenam berarak dalam majlis pembukaan rasmi, diikuti penyampaian pingat kepada atlet pelajar. Stadium UPM belum dibina pada waktu ini
Pasukan UPM dalam Kejohanan Sukan Antara Universiti, Sekitar 1990-an
Foto ini menunjukkan pasukan sukan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) menyertai kejohanan sukan antara universiti sekitar pertengahan 1990-an. Barisan atlet dirakam dalam sesi bergambar rasmi bersama trofi kejuaraan, manakala gambar lain menunjukkan aksi padang dan penyusunan pasukan dalam acara balapan. Lokasi dipercayai di salah sebuah stadium universiti awam yang lengkap dengan trek olahraga.
Kursus dan Latihan Kakitangan Anjuran Bahagian Pendaftar, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto-foto ini memaparkan suasana kursus atau latihan dalaman yang dianjurkan oleh Bahagian Pendaftar Universiti Pertanian Malaysia, berkemungkinan sekitar akhir 1980-an hingga awal 1990-an.
Program latihan seperti ini lazim diadakan bagi meningkatkan kemahiran profesional staf dalam aspek pentadbiran, komunikasi, atau pengurusan organisasi.
Maklumat lanjut berkaitan lokasi, tarikh dan peserta sedang dalam usaha pengesahan.
Mesyuarat dan Taklimat Staf Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto-foto sekitar suasana mesyuarat atau taklimat rasmi dalam kalangan staf Universiti Pertanian Malaysia, yang dianggarkan dirakam sekitar akhir 1980-an hingga awal 1990-an.
Aktiviti ini dipercayai dianjurkan oleh salah satu unit pentadbiran universiti, seperti Bahagian Pendaftar, bagi tujuan penyelarasan tugas, latihan dalaman atau pengurusan staf.
Maklumat lanjut mengenai lokasi dan individu dalam gambar sedang dalam proses pengesahan.
Majlis Penyampaian Sijil oleh Pendaftar UPM kepada Kakitangan, 1996–1997
Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Universiti Pertanian Malaysia 1992.
Foto sekitar Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Universiti Pertanian Malaysia bagi tahun 1992. Anugerah telah disampaikan oleh Naib Canselor UPM pada ketika itu, YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin, sebagai penghargaan kepada warga universiti atas sumbangan dan kecemerlangan perkhidmatan mereka.
Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 1991
Foto sekitar Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 1991 telah berlangsung di Universiti Pertanian Malaysia. Anugerah telah disampaikan oleh Naib Canselor pada ketika itu, YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin, sebagai penghargaan atas kecemerlangan dan dedikasi staf universiti.
Majlis Penghargaan Dua Dekad Pengajaran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1993.
Foto sekitar Majlis Penghargaan Dua Dekad Pengajaran Universiti Pertanian Malaysia, yang diadakan pada 18 Disember 1993, merupakan tanda penghormatan atas sumbangan dalam bidang pengajaran selama dua dekad. Majlis ini telah dihadiri oleh Naib Canselor, YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Nayan bin Ariffin; Pendaftar, Tuan Haji Shahdan Asri; serta YBhg. Prof. Dato' Dr. Ir. Muhammad Zohadie bin Bardaie, yang ketika itu merupakan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan dan Kewangan).
Sesi Bergambar di Hadapan Pusat Komputer Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto sekumpulan staf bergambar di hadapan bangunan Pusat Komputer, Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) di kampus Serdang. Gambar ini dipercayai dirakam sekitar awal 1980-an, ketika era awal pembangunan infrastruktur teknologi maklumat di universiti. Maklumat lengkap berkaitan tarikh sebenar dan jenis majlis masih dalam proses pencarian dan pengesahan.
Rekod Visual Serangan dan Kawalan Serangga Perosak pada Tanaman
Foto-foto yang menunjukkan keadaan serangan-serangga perosak pada tanaman serta kaedah kawalan yang digunakan, sebagai sebahagian daripada aktiviti penyelidikan bidang entomologi pertanian. Gambar dipercayai diambil sekitar pertengahan hingga akhir 1980-an. Maklumat lengkap mengenai tarikh sebenar, lokasi dan penyelidik masih dalam proses pengesahan.
