Gedung 1/F10
Contains 84 Results:
Lawatan Delegasi Iran ke Fakulti Sains Samudera, Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto sekitar lawatan delegasi dari Iran ke Fakulti Perikanan dan Sains Samudera, Universiti Pertanian Malaysia pada 10 Februari 1992. Turut kelihatan dalam gambar, Prof. Dr. Shamsher Mohamad Ramadili Mohd bersama wakil-wakil fakulti dan delegasi asing dalam sesi perbincangan kerjasama akademik dan penyelidikan.
Lawatan Naib Canselor ke Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto sekitar lawatan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim ke Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia. Turut kelihatan Ketua Pustakawan ketika itu, Puan Kamariah A. Hamid. Lawatan ini berlangsung dalam tempoh perkhidmatan kedua-dua tokoh berkenaan, iaitu antara tahun 1995 hingga 1997.
Aktiviti Pengakap Kelana Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto sekitar program aktiviti luar melibatkan ahli Pengakap Kelana dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar pertengahan tahun 1990-an di Kampus Cawangan UPM di Sarawak.
Pembinaan Blok Fakulti Alam Sekitar, Universiti Pertanian Malaysia 1980
Foto suasana pembinaan Blok Fakulti Alam Sekitar di Universiti Pertanian Malaysia pada 27 Oktober 1980. Gambar ini merakam detik penting dalam proses pembangunan kampus.
Gym Pusat Sukan UPM
Foto suasana gimnasium di Pusat Sukan Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) sekitar tahun 1990. Kemudahan asas ini menjadi antara tumpuan mahasiswa dalam aktiviti kecergasan.
Jogathon Kebajikan anjuran PBSMM Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto sekitar Jogathon Kebajikan anjuran PBSMM pelajar Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar awal tahun 1990-an. Acara ini menghimpunkan warga kampus melalui pelbagai aktiviti sukan dan kebajikan seperti larian amal, larian trek, bola jaring dan bola baling
Lawatan Pendidikan Delegasi Beijing Huijia College ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto sekitar lawatan pendidikan oleh kumpulan pelajar dan guru dari Beijing Huijia College ke Universiti Putra Malaysia (UPM) pada awal tahun 1990-an. Turut hadir ketika itu ialah Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM. Lawatan ini bertujuan mempererat hubungan dalam bidang pendidikan serta menggalakkan pertukaran budaya antara kedua-dua institusi.
Lawatan Rasmi Presiden Louis ke Unit Estet Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Pertandingan Taekwondo Antara Universiti/IPT Malaysia Yang Pertama 88
Foto-foto sekitar Pertandingan Taekwondo Antara Universiti/IPT Malaysia yang pertama, yang telah diadakan pada Januari 1988. Acara ini mencatat sejarah sebagai kejohanan sulung Taekwondo di peringkat institusi pengajian tinggi Malaysia. Kelihatan dalam gambar ialah ucapan perasmian, perbarisan kontinjen bersama bendera, sesi bergambar peserta dan pegawai, serta penyampaian hadiah kepada para atlet.
Sambutan Kempen Belilah Buatan Malaysia, Januari 1988
Foto-foto sekitar sambutan kempen Belilah Buatan Malaysia pada Januari 1988. Dimeriahkan dengan pertunjukan udara, pameran produk tempatan, dan sokongan padu masyarakat setempat.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UPM dan Lang Education Sdn. Bhd. (1996)
Foto sekitar majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Lang Education Sdn. Bhd. yang berlangsung pada 24 Januari 1996. Majlis ini disaksikan oleh Naib Canselor UPM ketika itu, Prof. Datuk Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim. Kerjasama ini menandakan komitmen UPM dalam memperluas jaringan akademik dan pembangunan pendidikan tinggi di Malaysia
Majlis Pelancaran Dana Kajian Johor & MoU antara Kerajaan Johor dan Yayasan Pelajaran Johor
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Sun MicroSystem PTE. LTD & Accurate Information System Consultant Sdn. Bhd.
Foto ini sekitar majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dengan Sun MicroSystem PTE. LTD serta Accurate Information System Consultant Sdn. Bhd. yang diadakan pada 30 Januari 1996. Majlis ini turut dihadiri oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Naib Canselor UPM ketika itu.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Foto sekitar majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang berlangsung pada 22 Januari 1996. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim.
Majlis Perasmian Seminar Kebangsaan Pendidikan Tinggi Antarabangsa, 1996.
Foto sekitar Majlis Perasmian National Seminar on Internationalizing Higher Education yang telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia pada 4 Jun 1996. Seminar ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia dengan kerjasama Management Development Institute, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Faculty of Educational Studies, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Cemboard Sdn. Bhd.
Foto sekitar majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Pertanian Malaysia dan Cemboard Sdn. Bhd. pada 6 Jun 1996. Perjanjian telah ditandatangani oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim. Turut kelihatan, Prof. Dr. Zainal Abidin Mohamed (mantan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, 1983) yang hadir menyaksikan majlis tersebut.
Staf Unit Rondaan Bermotor, Bahagian Keselamatan UPM
Foto berkumpulan staf Bahagian Keselamatan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Unit Rondaan Bermotor, di hadapan pejabat unit berkenaan. Foto ini diambil sekitar 1990-an berdasarkan gaya pakaian, peralatan keselamatan dan mutu cetakan foto.
Malam Seni Warisan 87/88
Foto sekitar Majlis Malam Seni Warisan 87/88. Foto persembahan lakonan bertemakan sejarah, iringan muzik tradisional termasuk cak lempong, serta nyanyian. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Shahdan Asri, Pendaftar UPM ketika itu, yang mempersembahkan alunan viola, diiringi nyanyian oleh Dato’ Dr. Idris Abdol.
Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal yang bertemakan Peranan Makmal Universiti ke Arah Wawasan 2020.
Foto sekitar Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal yang bertemakan Peranan Makmal Universiti ke Arah Wawasan 2020. Seminar ini telah dirasmikan oleh YB En. Peter Chin Fah Kui, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia, dan diadakan pada 8 hingga 9 Disember 1993 di Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Prof. Madya Wan Sulaiman bin Wan Harun, Mantan Dekan Fakulti Pertanian
Foto Prof. Madya Wan Sulaiman bin Wan Harun, yang telah menyandang jawatan sebagai Dekan Fakulti Pertanian sebanyak dua kali, dari 1 Mac 1985 hingga 3 September 1986 dan dari 8 Mac 1991 hingga 8 April 1997.
(Maklumat ini direkodkan di belakang foto sebagai rujukan)
Perubahan Landskap Fakulti Perhutanan UPM (1990–2000-an)
Majlis Perasmian Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS)
Foto sekitar Majlis Perasmian Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) yang berlangsung dengan penuh istiadat. Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 25 April 1996.
Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS).
Foto sekitar majlis perasmian Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Majlis telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 25 April 1996. Hadir sama dalam majlis ialah Yang Terutama Tun Dato' Seri (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir, Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM), serta Prof. Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Naib Canselor UPM ketika itu.
Seminar New Computing Technology in Education, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Awal 1990-an
Seminar Devolved Resource Management, The University of Birmingham Experience di Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto sekitar seminar bertajuk Devolved Resource Management The University of Birmingham Experience yang diadakan sekitar awal hingga pertengahan 1990-an di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang. Seminar ini menampilkan pembentangan oleh Prof. Biddleston dari University of Birmingham dan menghimpunkan ahli akademik serta pegawai pengurusan tempatan. Maklumat dalam kapsyen ini adalah berdasarkan foto, pengesahan lanjut masih dalam proses.
