Gedung 1/F10
Contains 84 Results:
Perkembangan Awal Fakulti Kejuruteraan (1980-an hingga 1990-an)
Foto sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an yang menunjukkan suasana Fakulti Kejuruteraan, termasuk bangunan akademik, papan tanda rasmi fakulti serta asrama pelajar.Foto-foto ini memperlihatkan perkembangan awal infrastruktur dan suasana kampus pada era tersebut. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto, dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Bangunan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) 1990-an.
Foto bangunan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Diambil sekitar akhir 1990-an hingga awal 2000-an, foto ini memaparkan suasana kampus dengan reka bentuk bangunan dan kenderaan yang mencerminkan era tersebut. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto ini dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat diperoleh.
Papan Tanda Awal Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi , Universiti Pertanian Malaysa (UPM).
Foto papan tanda Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Pertanian Malaysia, diambil sekitar tahun 1990-an.
Malam Kebudayaan Pelajar Antarabangsa dan Majlis Penutup Sambutan Ulang Tahun ke-70 Universiti Putra Malaysia (UPM).
Foto sekitar majlis Malam Kebudayaan Pelajar Antarabangsa dan Majlis Penutup Sambutan Ulang Tahun ke-70 Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah berlangsung pada 31 Mei 2002. Majlis penutup disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Hashim Bin Aman, Pro-Canselor UPM. Para pelajar tampil dalam pakaian tradisional masing-masing, menunjukkan kepelbagaian budaya yang diraikan di UPM.
Disumbangkan Oleh : Azman Arif
Majlis International Cultural Night , Universiti Putra Malaysia (UPM)
Foto sekitar Majlis International Cultural Night yang dianjurkan oleh UPM International Student Association, International Center UPM pada 14-15 November 2000. Majlis bertemakan "Peace and Prosperity: Global Aspiration" ini dirasmikan oleh Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaluddin Bin Syed Salim, Naib Canselor UPM. Antara aktiviti yang berlangsung ialah persembahan budaya oleh pelajar antarabangsa yang memeriahkan suasana.
Anjung Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Foto Anjung Putra di Lebuh Universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM), foto sekitar tahun 2019. Anjung Putra yang telah siap sepenuhnya berfungsi sebagai ruang ikonik dan laluan utama pelajar serta kakitangan universiti, terletak berhampiran pintu utama ke Pusat Pentadbiran UPM.
Majlis Malam Kebudayaan Universiti Putra Malaysia (UPM), tahun 2001.
Sesi Perbincangan Rasmi Antara Prof. Dato’ Syed Jalaludin bin Syed Salim dan Mr. Takiya Mashima, 1986
Foto Prof. Dato’ Syed Jalaludin bin Syed Salim, seorang pensyarah pada waktu itu, bersama Mr. Takiya Mashima dari JPS semasa lawatan rasmi sekitar awal 1986. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual dan maklumat pada foto, dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Proses Pembangunan Awal di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Bangunan Teknologi Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1988.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti Putra Malaysia (UPM) 1997.
Foto sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti Putra Malaysia (UPM) 1997. Kelihatan Prof. Dato' Syed Jalaluddin Syed Salim menyampaikan anugerah kepada seorang staf, sebagai penghargaan atas dedikasi dan sumbangan cemerlang dalam bidang akademik dan pengurusan universiti.
Majlis Menandatangani MoU dan Penyampaian Cek antara UPM dan JICA Sempena Program Latihan Negara Ketiga (TCTP)
Pembinaan Awal Dewan Kuliah Fakulti Pendidikan, UPM (1990-an)
Foto proses pembinaan awal Dewan Kuliah Fakulti Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar awal 1990-an. Gambar ini merakamkan fasa kerja tanah, pembentukan struktur asas, serta keadaan fizikal tapak bina yang menjadi sebahagian daripada pembangunan pendidikan di Kampus Serdang.Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Pesta Sukan Antara Universiti/IPT 1988/8
Foto-foto sekitar Pesta Sukan Antara Universiti/IPT 1988/8 yang menyaksikan penyertaan aktif daripada pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara. Antara acara sukan yang dipertandingkan termasuk ragbi, bola jaring, lari berhalangan, hoki, sepak takraw, dan lempar cakera. Majlis penyampaian hadiah turut diadakan sebagai penutup rasmi acara, meraikan pencapaian atlet IPT yang cemerlang dalam suasana penuh semangat kesukanan.
Pasukan Hoki Lelaki Sesi 1989/90
Foto barisan pemain pasukan hoki lelaki, sesi 1989/90 , berdasarkan catatan pada gambar.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Pertanian Malaysia dan Cybernetics Training Centre Sdn. Bhd.
Foto sekitar majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Cybernetics Training Centre Sdn. Bhd. telah berlangsung pada 5 Ogos 1996. MoU ini bertujuan membuka ruang kerjasama dalam bidang latihan serta pembangunan kemahiran, menyokong usaha universiti dalam membina hubungan bersama sektor swasta. MoU ini telah ditandatangani oleh Prof. Dato’ Dr. Syed Jalaludin Syed Salim, Naib Canselor UPM ketika itu.
Pembinaan Jalan dan Tempat Letak Kenderaan di Hadapan Dewan Besar, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Kerja-kerja penurapan jalan dan penyediaan tempat letak kenderaan di hadapan Dewan Besar, Universiti Pertanian Malaysia pada awal 1990-an.
Kerja Persiapan Infrastruktur di Universiti Putra Malaysia (Tahun 2000)
Foto sekitar proses awal kerja infrastruktur, termasuk penghantaran dan penempatan tiang serta pembersihan tapak daripada sisa binaan lama sebelum pemasangan kemudahan baru dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar tahun 2000.
Van Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia, Sekitar 1970-an
Foto Van Volkswagen Type 2 ini digunakan oleh Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar tahun 1977.
Lawatan Menteri Pelajaran Thailand ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1985
Foto sekitar kunjungan rasmi Menteri Pelajaran Thailand ke Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) pada 18 Januari 1985. Delegasi telah disambut oleh Naib Canselor UPM ketika itu, Prof. Tan Sri Dato' Dr. Nayan bin Ariffin, dan dibawa melawat fasiliti rumah hijau di kampus yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran dalam bidang pertanian. Lawatan ini mencerminkan hubungan baik antara Malaysia dan Thailand dalam bidang pendidikan tinggi.
Majlis Penyerahan Buku oleh Tuan Yang Terutama Encik Surapong Posayanond, Duta Besar Kedutaan Diraja Thailand kepada Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1995.
Foto sekitar Majlis Penyerahan Koleksi Buku kepada Universiti Pertanian Malaysia pada 25 September 1995. Tuan Yang Terutama Encik Surapong Posayanond, Duta Besar Kedutaan Diraja Thailand, menyerahkan koleksi buku kepada pihak universiti sebagai tanda hubungan diplomatik dan kerjasama akademik antara Malaysia dan Thailand.
Seminar Cabaran Profesyen Perhutanan Abad Ke-21
Foto sekitar seminar Cabaran Profesyen Perhutanan Abad Ke-21 yang diadakan pada 30 Mac 1996. Peserta sedang mendengar dan berbincang mengenai cabaran serta peluang yang bakal dihadapi oleh profesion perhutanan dalam abad ke-21. Seminar ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang masa depan industri perhutanan.
Majlis Perasmian Persidangan Agen Pembangunan Pewaris Negara 1996
Foto sekitar Majlis Perasmian Persidangan Agen Pembangunan Pewaris Negara sempena Hari dan Minggu Belia Negara ’96 yang berlangsung dari 16 hingga 18 Mei 1996. YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Belia dan Sukan ketika itu, hadir merasmikan persidangan. Turut hadir ialah Prof. Dr. Rahim Sail, ketika itu memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM. Program ini dianjurkan oleh APPEN dengan tema "Pengukuhan Sinergi Belia dan Negara."
Seminar Pengedaran Maklumat Pertanian di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1976.
Foto-foto sekitar majlis Seminar Mengenal Pengedaran Maklumat Pertanian yang telah berlangsung pada 22 hingga 24 Januari 1976 di Universiti Pertanian Malaysia. Seminar ini dianjurkan oleh Persatuan Perpustakaan Malaysia sebagai inisiatif memperkukuh pengedaran maklumat dalam bidang pertanian. Turut kelihatan, En. Syed Salim Syed Agha, Ketua Pustakawan UPM dan Prof. Tan Sri Datuk Dr. Mohd Rashdan bin Haji Baba, Timbalan Naib Canselor UPM pada ketika itu.
Laporan Visual: Tanaman Selingan Cili Jagung dan Kerosakan Batang
Foto ladang jagung yang ditanam secara selingan dengan cili di Ladang Universiti Pertanian Malaysia, sekitar akhir tahun 1980-an. Foto ini juga menunjukkan kerosakan pada batang jagung, yang berpotensi menjejaskan pertumbuhan serta hasil tanaman.
