Gedung 1/F13
Contains 70 Results:
Lawatan Rasmi dan Pameran Produk Pertanian dan Teknologi, Julai 1987
Program Khidmat Masyarakat Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto sekitar program khidmat masyarakat anjuran Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Mac 1987. Program ini menumpukan kepada latihan dan demonstrasi teknik vaksinasi ayam serta amalan pengurusan ternakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penternak tempatan.
Majlis Perasmian Ekspo Pertanian & Pesta Konvokesyen dan Majlis Konvokesyen ke-18, Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto sekitar Majlis Perasmian Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen ke-18, Universiti Putra Malaysia (UPM), yang disempurnakan oleh Canselor, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir pada 11 Ogos 1994. Pada hari yang sama turut berlangsung Majlis Konvokesyen ke-18 UPM, yang turut disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir selaku Canselor universiti.
Seminar dan Pameran Kebangsaan Komputer Malam Pendidikan
Foto sekitar majlis Seminar dan Pameran Kebangsaan Komputer, dirasmikan oleh YB Datuk Ammar Stephen K.J Yong pada 1 Ogos 1986. Aktiviti dan susunan program seperti yang tercatat dalam buku aturcara rasmi (MYUPM/UNIPERMA/13/480) yang tersimpan di Gedung 1/63 Arkib UPM.
Rumah Panjang Suku Bidayuh di Kampung Bunuk, Sarawak (1989)
Foto sekitar tahun 1980an yang menunjukkan sekumpulan individu di hadapan rumah panjang suku Bidayuh di Kampung Bunuk, Sarawak. Foto ini merakamkan suasana kehidupan komuniti Bidayuh dan rumah panjang yang menjadi tempat tinggal tradisional mereka. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Temu Bual oleh Wakil Media bersama Warga Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1986.
Foto sekitar sesi temu bual oleh wakil media bersama Encik Ghazali, pegawai Universiti Pertanian Malaysia (UPM), semasa dokumentasi lapangan universiti. Turut dirakam aktiviti lawatan tapak oleh beberapa pegawai dan staf universiti pada November 1986.
Perasmian Seminar Kebangsaan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B En. Ghafar Baba (1987)
Foto ini sekitar Seminar Kebangsaan "Building a Better Technological Support Base for Small and Medium Enterprises in Malaysia" yang dirasmikan oleh Y.A.B En. Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Seminar ini dianjurkan bersama oleh SEDC (UPM) dan MEDEC (ITM) dengan kerjasama The International Development Research Centre pada 12-13 November 1987.
Lawatan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) ke Syarikat Penternakan Pahang Bif Sdn. Bhd.
Foto sekitar tahun 1990, menunjukkan suasana lawatan dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) ke Pahang Bif Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang terlibat dalam penternakan lembu. Bas UPM kelihatan membawa peserta lawatan, yang berjalan di sepanjang jalan utama, dengan lembu sebagai sebahagian penting dalam industri penternakan dan kajian pertanian yang dijalankan di kawasan tersebut.
Penerangan Pelajar kepada Penduduk Kampung
Foto pelajar memberi penerangan kepada penduduk kampung mengenai pemprosesan pisang salai dan pembuatan kerepek pisang semasa pameran pada 10 Oktober 1987
Majlis Ramah Mesra Ahli Majlis UPM, Disember 1985
Barisan anggota Koir Kolej Kediaman Kelima.
Foto barisan anggota koir bersama-sama dengan yang berbahagia Prof. Madya Dr. Kamaruddin Hj. Kachar, Pengetua, Pencipta lagu koir dan Pengerusi Kolej Kediaman Kelima, sekitar pertengahan tahun 1980-an.
Persidangan Antarabangsa Impact of Microbiology in Tropical Agriculture 1988
Foto Persidangan Antarabangsa Impact of Microbiology in Tropical Agriculture Anjuran Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang, 24–26 Oktober 1988.
Kunjungan Hormat Rektor Ruhr University ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto Prof. Dr. Knut Ipsen, Rektor Ruhr University, Jerman, bersama Tuan Haji Shahdan Asri, Pendaftar Universiti Pertanian Malaysia (UPM), ketika kunjungan beliau ke UPM pada 16 Ogos 1985.
Kursus Pembantu Makmal, Fakulti Sains dan Alam Sekitar (FSAS), 1984
Foto Kursus Pembantu Makmal, Fakulti Sains dan Alam Sekitar (FSAS), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1984.
Forum Penasihat Akademik 1987
Foto Forum Penasihat Akademik: Peranan dan Fungsi Penasihat Akademik yang diadakan pada 30 Mac 1987 dirasmikan oleh Y.B Prof. Dr. Nayan Ariffin , Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Jubah Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1979
Foto jubah Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1979
Cokmar Universiti Putra Malaysia (1977 – kini)
Lawatan Canselor Pertama UPM, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ke Pusat Penyelidikan Akuakultur dan Tapak Tanaman Herba UPM (Mac 1987).
Foto lawatan DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj, Canselor pertama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar Mac 1987. Baginda berkenan melawat pusat penyelidikan dan latihan akuakultur serta tapak tanaman herba di UPM. Lawatan ini merangkumi tinjauan terhadap aktiviti pemprosesan makanan ikan, kemudahan kolam ternakan dan koleksi tanaman herba yang dijalankan oleh penyelidik universiti.
Majlis Konvokesyen dan Ekspo Pertanian UPM 1989
Perasmian Acara Sukan Pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM)
Majlis Perasmian Pesta Konvo Universiti Putra Malaysia 2001
Foto sekitar Majlis Perasmian Pesta Konvo Universiti Putra Malaysia 2001 (Sidang III), yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mohd Khir bin Toyo, Menteri Besar Selangor, pada 16 Ogos 2001 di Bukit Ekspo, Taman Penyelidikan Universiti (TPU), diiringi oleh Dato' Hj. Omar Bin Osman, Presiden Persatuan KEPERTAMA UPM serta Prof. Madya Dr. Zohadie Bardaie, Naib Canselor UPM pada waktu itu mewakili pengurusan tertinggi universiti.
Memorandum Persefahaman antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Acctrak21 Sdn. Bhd.
Foto ini merupakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Acctrak21 Sdn. Bhd pada 4 Ogos 1998, dengan Prof. Dr. Dato' Syed Jalaluddin Bin Syed Salim mewakili UPM dan Dato' Sri Najib Tun Razak, yang pada waktu itu menjawat jawatan Menteri Pendidikan Malaysia, turut hadir dalam majlis tersebut.
Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Pertanian Malaysia (1995)
Foto bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Pertanian Malaysia sekitar tahun 1995. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
