Skip to main content

Gedung 1/F13

 Container

Contains 70 Results:

Majlis Konvokesyen UPM, Sekitar 1999

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-375
Scope and Contents

Foto sekitar majlis konvokesyen di Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar tahun 1999, yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-11, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.Mengiringi baginda ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tengku Permaisuri Siti Aishah, yang mengenakan busana rasmi berwarna merah lengkap dengan selendang dan perhiasan diraja — simbol kemuliaan dan kewibawaan seorang permaisuri negara.

Dates: Event: 1999

Keberangkatan Seri Paduka Baginda ke Dewan Besar , Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-376
Scope and Contents Foto sekitar majlis rasmi yang dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-11, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tengku Permaisuri Siti Aishah di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM), Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), sekitar tahun 2000.Majlis tersebut turut diiringi oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir, Canselor...
Dates: Event: 2000

Lawatan Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang ke Pameran Akademik, Universiti Putra Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-377
Scope and Contents Foto ini merakamkan lawatan tidak rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (ketika itu Tengku Mahkota Pahang) bersama isteri baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (ketika itu Tengku Puan Pahang), ke sebuah pameran akademik di Universiti Putra Malaysia.Pameran yang dianjurkan oleh salah satu jabatan berkaitan warisan atau sejarah ini menampilkan bahan dokumentasi serta hasil kajian pelajar....
Dates: Event: 2001

Majlis Penerangan dan Demonstrasi Seni Silat Cekak Malaysia , 1981

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-442
Scope and Contents

Foto Y.M Ustaz Ishak bin Itam, Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia,menyampaikan ucapan dalam Majlis Penerangan dan Demontrasi Seni Silat Cekak Malaysia yang diadakan pada sekitar tahun 1981. Majlis ini turut menampilkan persembahan demontraso silat termasuk aksi pergaduhan di atas papan sekeping oleh ahli-ahli Seni Silat Cekak Malaysia, disaksikan oleh para tetamu dan hadirin di padang terbuka.

Dates: Event: 1981

Institut Haiwan Kluang pada Era 1980-an hingga 1990-an

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-443
Scope and Contents

Foto di Institut Haiwan Kluang, Johor, sekitar hujung 1980-an hingga awal 1990-an, memperlihatkan suasana kawasan padang ragut serta gambar beramai-ramai di hadapan bangunan pentadbiran institut. Institut ini merupakan pusat latihan veterinar rasmi di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan menggunakan nama “Institut Haiwan Kluang” dari tahun 1974 hingga 2008.

Dates: Existence: Majority of material found within 1980 - 1990

Majlis Penutup Hari Makanan Sedunia,1987

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-444
Scope and Contents Foto sekitar majlis penutup Hari Makanan Sedunia yang berlangsung pada 11 Oktober 1987.Penyampaian cenderamata oleh Dekan Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi (FSMB), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) kepada Ketua Kampung sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan. Majlis ini turut disertai dengan sesi dialog antara ahli panel dan pensyarah FSMB bersama penduduk kampung, membincangkan tema "Mutu Makanan Asas". Program ini merupakan anjuran bersama TEMAN, UPM, dan kerajaan,...
Dates: Event: 1987-10-11

Majlis Anugerah Penghargaan MPP dan Pengerusi Persatuan Sesi 1986/1987

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-445
Scope and Contents

Foto Majlis Penyampaian Anugerah Penghargaan kepada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pengerusi Persatuan Sesi 1986/1987, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 4 April 1987. Anugerah disampaikan oleh Tuan Haji Shahdan Asri, Pendaftar UPM ketika itu.

Dates: Event: 1987-04-04

Dogathon UPM '85

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-446
Scope and Contents

Foto sekitar majlis Dogathon UPM '85 yang dianjurkan oleh Kumpulan Penulis-Penulis Muda UPM pada 10 Februari 1985 di Bukit Ekspo UPM, berdekatan dengan Kafeteria Rencana, yang diadakan di bawah naungan YB Dato' Shahrir bin Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia pada waktu itu.

Dates: Event: 1985-02-10

Bengkel Asas Hortikultur Lanskap anjuran Bahagian Ladang ,Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-447
Scope and Contents

Foto bengkel Asas Hortikultur Lanskap anjuran Bahagian Ladang pada 22-27 Jun 1987 di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia), yang disertai oleh Dato' Dr. Nayan Ariffin, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia. Dalam gambar ini, kelihatan Pengarah Bahagian Ladang, Dato' Dr. Idris Abdol, sedang memerhati Prof. Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim yang sedang berucap.

Dates: Event: Majority of material found within 1987-06-22 - 1987-06-27

Sukan Staf di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, September 1987

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-448

Perjumpaan Kerja dan Sosial, November 1986

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-449
Scope and Contents

Foto menunjukkan sekumpulan individu sedang menikmati hidangan ringan semasa sebuah majlis pada bulan November 1986. Seorang peserta, dikenali melalui tag nama sebagai Rahmat, kelihatan sedang beramah mesra bersama rakan-rakan di kawasan luar. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Event: 1986

Perasmian Acara Sukan Pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-308
Scope and Contents Foto ini anggaran sekitar tahun 2003 dalam majlis rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang memperlihatkan perasmian satu acara berkaitan pelajar, kemungkinan temasya sukan atau program kokurikulum, dengan kehadiran pelajar dalam pakaian sukan, kelihatan sepanduk negeri Pahang serta individu memakai topi bertulis "K.L", serta barisan kepimpinan akademik Prof. Dr. Mohamad bin Awang dan Prof. Dr. Idris Abdol. Turut hadir sebagai tetamu kehormat YB Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, Menteri Sumber...
Dates: Event: 2003

Majlis Perasmian Pesta Konvo Universiti Putra Malaysia 2001

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-309
Scope and Contents

Foto sekitar Majlis Perasmian Pesta Konvo Universiti Putra Malaysia 2001 (Sidang III), yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mohd Khir bin Toyo, Menteri Besar Selangor, pada 16 Ogos 2001 di Bukit Ekspo, Taman Penyelidikan Universiti (TPU), diiringi oleh Dato' Hj. Omar Bin Osman, Presiden Persatuan KEPERTAMA UPM serta Prof. Madya Dr. Zohadie Bardaie, Naib Canselor UPM pada waktu itu mewakili pengurusan tertinggi universiti.

Dates: Event: 2001-08-16

Memorandum Persefahaman antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Acctrak21 Sdn. Bhd.

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-363
Scope and Contents

Foto ini merupakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Acctrak21 Sdn. Bhd pada 4 Ogos 1998, dengan Prof. Dr. Dato' Syed Jalaluddin Bin Syed Salim mewakili UPM dan Dato' Sri Najib Tun Razak, yang pada waktu itu menjawat jawatan Menteri Pendidikan Malaysia, turut hadir dalam majlis tersebut.

Dates: Event: 1998-08-04

Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Pertanian Malaysia (1995)

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-439
Scope and Contents

Foto bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Pertanian Malaysia sekitar tahun 1995. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Existence: 1995

Majlis Perasmian Program Kesedaran HIV/AIDS oleh Yayasan AIDS Malaysia

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-440
Scope and Contents Foto sekitar majlis pada tahun 1996 semasa Datin Paduka Marina Mahathir, selaku Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, merasmikan program kesedaran HIV/AIDS yang berlangsung di Foyer Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Turut hadir ialah Naib Canselor UPM ketika itu, Prof. Dato' Syed Jalaluddin Syed Salim. Majlis ini mencerminkan kerjasama antara institusi akademik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memperkasa pendidikan kesihatan awam dan meningkatkan kesedaran berkaitan HIV/AIDS...
Dates: Event: 1996

Kolej Empat Belas Universiti Putra Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-364
Scope and Contents Foto bangunan Kolej Empat Belas (K14), sekitar tahun 2004 ketika bangunan ini baru mula beroperasi sebagai kolej kediaman pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), yang sebelum ini dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia. Kolej ini ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2000 dan merupakan sebahagian daripada kelompok Kolej Serumpun. Bangunan ini siap dan mula dihuni sekitar tahun 2003–2004, menandakan perkembangan pesat prasarana pelajar di UPM dengan kerjasama pengurusan swasta melalui...
Dates: Existence: 2004

Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Ekspo Perpaduan Ummah 1998

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-365
Scope and Contents Foto sekitar Majlis Sambutan Maulidurrasul dan Ekspo Perpaduan Ummah yang telah berlangsung pada 15 hingga 23 Ogos 1998 bertempat di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM). Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Dr. Abdul Hamid bin Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu. Program ini merupakan anjuran bersama Pusat Islam UPM, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Qaryah Serdang, bertujuan memperkukuh perpaduan ummah melalui penghayatan sirah Rasulullah SAW dan...
Dates: Event: Majority of material found within 1998-08-15 - 1998-08-23

Koleksi gambar Prof. Dr. Zohaidie Bardaie , Naib Canselor Keempat Universiti Putra Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-373
Scope and Contents

Koleksi foto Prof. Dr. Zohaidie Bardaie, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) dari akhir 1980-an hingga awal 2000-an, merangkumi potret rasmi, suasana pejabat serta pemakaian jubah konvokesyen dan kebesaran akademik dalam pelbagai peringkat kerjaya akademik dan pentadbiran beliau.

Dates: Existence: Majority of material found within 1980 - 2000

Koleksi Gambar Prof. Nayan bin Ariffin Naib, Canselor Kedua Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-441
Scope and Contents

Koleksi foto Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Setia Dr. Nayan bin Ariffin, Naib Canselor kedua Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dari tahun 1982 hingga 1994, merangkumi pelbagai peringkat kerjaya beliau, yang terdiri daripada potret rasmi, sesi konvokesyen, acara kebangsaan, pelbagai jenis pakaian serta suasana sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam bidang akademik dan pentadbiran.

Dates: Existence: Majority of material found within 1982 - 1994

Koleksi Foto Dato' Ts. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, Naib Canselor Keempat , Universiti Putra Malaysia (UPM).

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-374
Scope and Contents

Foto Koleksi Dato' Ts. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, Naib Canselor Keenam Universiti Putra Malaysia (UPM), dalam pelbagai urusan rasmi sepanjang tempoh kepimpinan beliau sekitar tahun 2001 hingga 2003. Foto-foto ini memaparkan pelbagai momen penting termasuk potret rasmi beliau dalam busana tradisional Melayu, serta beberapa aktiviti rasmi seperti pertemuan kerja, lawatan institusi, dan penyertaan dalam acara-acara akademik dan pentadbiran universiti.

Dates: Existence: Majority of material found within 2001 - 2003

Lawatan Rasmi dan Pameran Produk Pertanian dan Teknologi, Julai 1987

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-450
Scope and Contents Foto sekitar majlis pameran produk pertanian, ternakan, dan vaksin. Lawatan rasmi ini melibatkan tokoh-tokoh penting dalam sektor pertanian dan akademik Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Turut hadir ialah Tan Sri Dr. Nayan Ariffin, yang merupakan mantan Naib Canselor UPM pada ketika itu. Daripada tag nama, kelihatan juga pegawai pengiring Encik Azmi, Encik Khalip, Encik Latif, dan Encik Mohd Kassim yang membantu menguruskan lawatan tersebut. Segala maklumat yang dinyatakan adalah...
Dates: Event: 1987

Program Khidmat Masyarakat Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-451
Scope and Contents

Foto sekitar program khidmat masyarakat anjuran Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Mac 1987. Program ini menumpukan kepada latihan dan demonstrasi teknik vaksinasi ayam serta amalan pengurusan ternakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penternak tempatan.

Dates: Existence: 1987

Majlis Perasmian Ekspo Pertanian & Pesta Konvokesyen dan Majlis Konvokesyen ke-18, Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-452
Scope and Contents

Foto sekitar Majlis Perasmian Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen ke-18, Universiti Putra Malaysia (UPM), yang disempurnakan oleh Canselor, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir pada 11 Ogos 1994. Pada hari yang sama turut berlangsung Majlis Konvokesyen ke-18 UPM, yang turut disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir selaku Canselor universiti.

Dates: Event: 1994-08-11

Seminar dan Pameran Kebangsaan Komputer Malam Pendidikan

 Collection — Container: Gedung 1/F13
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-453
Scope and Contents

Foto sekitar majlis Seminar dan Pameran Kebangsaan Komputer, dirasmikan oleh YB Datuk Ammar Stephen K.J Yong pada 1 Ogos 1986. Aktiviti dan susunan program seperti yang tercatat dalam buku aturcara rasmi (MYUPM/UNIPERMA/13/480) yang tersimpan di Gedung 1/63 Arkib UPM.

Dates: Event: 1986-08-01