Gedung 1/F13
Contains 70 Results:
Rumah Panjang Suku Bidayuh di Kampung Bunuk, Sarawak (1989)
Foto sekitar tahun 1980an yang menunjukkan sekumpulan individu di hadapan rumah panjang suku Bidayuh di Kampung Bunuk, Sarawak. Foto ini merakamkan suasana kehidupan komuniti Bidayuh dan rumah panjang yang menjadi tempat tinggal tradisional mereka. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Temu Bual oleh Wakil Media bersama Warga Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1986.
Foto sekitar sesi temu bual oleh wakil media bersama Encik Ghazali, pegawai Universiti Pertanian Malaysia (UPM), semasa dokumentasi lapangan universiti. Turut dirakam aktiviti lawatan tapak oleh beberapa pegawai dan staf universiti pada November 1986.
Perasmian Seminar Kebangsaan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B En. Ghafar Baba (1987)
Foto ini sekitar Seminar Kebangsaan "Building a Better Technological Support Base for Small and Medium Enterprises in Malaysia" yang dirasmikan oleh Y.A.B En. Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Seminar ini dianjurkan bersama oleh SEDC (UPM) dan MEDEC (ITM) dengan kerjasama The International Development Research Centre pada 12-13 November 1987.
Lawatan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) ke Syarikat Penternakan Pahang Bif Sdn. Bhd.
Foto sekitar tahun 1990, menunjukkan suasana lawatan dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) ke Pahang Bif Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang terlibat dalam penternakan lembu. Bas UPM kelihatan membawa peserta lawatan, yang berjalan di sepanjang jalan utama, dengan lembu sebagai sebahagian penting dalam industri penternakan dan kajian pertanian yang dijalankan di kawasan tersebut.
Penerangan Pelajar kepada Penduduk Kampung
Foto pelajar memberi penerangan kepada penduduk kampung mengenai pemprosesan pisang salai dan pembuatan kerepek pisang semasa pameran pada 10 Oktober 1987
Majlis Ramah Mesra Ahli Majlis UPM, Disember 1985
Barisan anggota Koir Kolej Kediaman Kelima.
Foto barisan anggota koir bersama-sama dengan yang berbahagia Prof. Madya Dr. Kamaruddin Hj. Kachar, Pengetua, Pencipta lagu koir dan Pengerusi Kolej Kediaman Kelima, sekitar pertengahan tahun 1980-an.
Persidangan Antarabangsa Impact of Microbiology in Tropical Agriculture 1988
Foto Persidangan Antarabangsa Impact of Microbiology in Tropical Agriculture Anjuran Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang, 24–26 Oktober 1988.
Kunjungan Hormat Rektor Ruhr University ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto Prof. Dr. Knut Ipsen, Rektor Ruhr University, Jerman, bersama Tuan Haji Shahdan Asri, Pendaftar Universiti Pertanian Malaysia (UPM), ketika kunjungan beliau ke UPM pada 16 Ogos 1985.
Kursus Pembantu Makmal, Fakulti Sains dan Alam Sekitar (FSAS), 1984
Foto Kursus Pembantu Makmal, Fakulti Sains dan Alam Sekitar (FSAS), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1984.
Forum Penasihat Akademik 1987
Foto Forum Penasihat Akademik: Peranan dan Fungsi Penasihat Akademik yang diadakan pada 30 Mac 1987 dirasmikan oleh Y.B Prof. Dr. Nayan Ariffin , Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Forum Perhutanan 1987.
Foto majlis Forum Perhutanan yang diadakan pada 28 Mac 1987. Mengandungi sesi ucapan dan perbincangan mengenai pengurusan serta pemeliharaan hutan dengan penyertaan wakil daripada pelbagai agensi berkaitan.
Bengkel Asas Hortikultur Landskap anjuran Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Foto sekitar Bengkel Asas Hortikultur Landskap anjuran Bahagian Ladang yang diadakan pada 13 hingga 18 Jun 1988. Program ini merakam pelbagai aktiviti peserta termasuk sesi latihan amali, demonstrasi lapangan dan perbincangan mengenai amalan hortikultur serta penyelenggaraan landskap.
Hari Bakti Siswa Kolej Keenam Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Sesi 1987/1988
Foto Hari Bakti Siswa Kolej Keenam Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Sesi 1987/1988 di Kampung Dato Abu Bakar Baginda pada 12 Julai 1987. Program khidmat masyarakat ini melibatkan pelajar Kolej Keenam (KK6) yang turun padang membantu penduduk setempat. Inisiatif ini mencerminkan semangat sukarelawan mahasiswa UPM pada era 1980-an dalam usaha menghubungkan universiti dengan masyarakat luar kampus.
Persidangan Tahunan 1986/1987
Foto Persidangan Tahunan 1986/1987 dirasmikan oleh Dato' Seri Sanusi Junid, Menteri Pertanian Malaysia. Anjuran bersama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Persatuan Biokimia Malaysia . Foto ini juga memaparkan sesi lawatan peserta ke pameran pelbagai penyelidikan dan bahan berkaitan biokimia.
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Petronas .
Foto majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Petronas pada Julai 1987. Tan Sri Dato’ Setia Dr. Nayan bin Ariffin, yang menjawat Naib Canselor UPM pada waktu itu, mewakili universiti dalam majlis bersejarah ini yang menandakan kerjasama akademik dan industri antara kedua-dua pihak.
Bendera UPM 1987
Foto Bendera Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang megah ini dirakam pada September 1987, melambangkan identiti dan semangat institusi pada era itu.
Majlis Konvokesyen Kedua Universiti Pertanian Malaysia (UPM), 1978
Foto sekitar Majlis Konvokesyen Kedua Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1978. Graduan perempuan berpakaian baju putih, manakala graduan lelaki mengenakan Baju Melayu hitam dan bersampin, diiringi pembawa cokmar sebagai simbolik majlis. Sijil akademik diserahkan kepada graduan oleh Canselor UPM, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Putra Malaysia (UPM), Ogos 1977
Foto-foto sekitar Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada Ogos 1977 ,Sijil Akademik disampaikan oleh Canselor UPM ketika itu, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Sultan Hisamuddin Alam Shah. Turut hadir pada majlis Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bersama isterinya Dr. Hasmah Mohamad Ali, serta Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Mohd Rashdan bin Haji Baba.
Perasmian Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen ke-19
Foto Perasmian Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen ke-19 pada 2 Ogos 1985 telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Baginda Sultan turut berkenan melakukan lawatan tapak pesta, menyaksikan pameran reruai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), produk pertanian, kuda, serta tanaman orkid. Sebagai simbolik perasmian, Baginda Sultan juga berkenan menanam pokok lontar dalam majlis tersebut.
Jubah Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1979
Foto jubah Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1979
Cokmar Universiti Putra Malaysia (1977 – kini)
Lawatan Canselor Pertama UPM, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ke Pusat Penyelidikan Akuakultur dan Tapak Tanaman Herba UPM (Mac 1987).
Foto lawatan DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj, Canselor pertama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar Mac 1987. Baginda berkenan melawat pusat penyelidikan dan latihan akuakultur serta tapak tanaman herba di UPM. Lawatan ini merangkumi tinjauan terhadap aktiviti pemprosesan makanan ikan, kemudahan kolam ternakan dan koleksi tanaman herba yang dijalankan oleh penyelidik universiti.
Majlis Konvokesyen dan Ekspo Pertanian UPM 1989
Aktiviti Luar Kampus Pelajar UPM
Foto ini memaparkan sekumpulan pelajar mengibarkan bendera “Kolej Kediaman Ketiga, Universiti Pertanian Malaysia (UPM)” di kawasan luar kampus berlatar belakangkan tasik dan bukit. Berdasarkan gaya pakaian dan mutu gambar, foto ini dianggarkan sekitar awal 1990-an. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
