Gedung 1/F13
Contains 70 Results:
Lawatan Rasmi ke Makmal Komputer Universiti Pertanian Malaysia (Sekitar 1985)
Foto sekitar majlis rasmi di makmal komputer, di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), sekitar tahun 1984–1985. Gambar menunjukkan penyampaian cenderamata antara wakil universiti dan tetamu luar. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Jubah Akademik di UPM Sejak 1975
Koleksi Foto Dato' Syed Jalaluddin Syed Salim
Majlis Konvokesyen Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Ogos 1986.
Foto sekitar Majlis Konvokesyen Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Ogos 1986. Pakaian yang dipakai merupakan jubah akademik rasmi bagi pegawai universiti dan individu yang memegang kedudukan tertentu dalam majlis tersebut. Turut dirakam ialah barisan Graduan Bacelor Pendidikan (PBMP) serta pembawa cokmar, yang menjadi lambang kuasa dan kedaulatan akademik universiti semasa istiadat berlangsung
Lawatan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Woon See Chin ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM), April 1987
Foto-foto lawatan rasmi Datuk Woon See Chin, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, ke ruang pameran Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada April 1987. Beliau kelihatan memakai pakaian rasmi kelabu dengan bunga di dada kiri, sambil meneliti penerangan yang diberikan oleh wakil universiti mengenai hasil penyelidikan dan inovasi pertanian.
Koleksi Terbitan Ilmiah Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto koleksi bahan terbitan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sekitar tahun 1980an. Jihad dan Pengertiannya oleh Prof. Madya Amat Juhari Moain , Undang-undang Perkongsian oleh Shaikh Mohd. Noor Alam bin S.M. Hussain dan buletin Berita Penyelidikan yang memaparkan penemuan “ET Kids Born at UPM.
Kerusi Canselor Pertama Universiti Pertanian Malaysia
Majlis Rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM)
Foto ini satu majlis rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar awal tahun 2000-an. Turut kelihatan ialah Prof. Ir. Dr. Zohaidie Bardaie, Naib Canselor UPM ketika itu, Tuan Haji Kamalul Aripi Musa, Pendaftar UPM dan Prof. Dato’ Dr. Abdullah Al-Hadi Hj. Muhamad, mantan Dekan Fakulti Ekologi Manusia. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi diperoleh daripada sumber rekod universiti.
Majlis Rasmi yang Dihadiri oleh Prof. Dr. Ir. Zohaidie Bardaie (Anggaran Tahun: Awal hingga Pertengahan 2000-an)
Foto menunjukkan Prof. Dr. Ir. Zohaidie Bardaie dalam sebuah majlis rasmi. Beliau dilihat mengenakan pakaian formal dalam acara yang kemungkinan besar berkaitan dengan penghargaan atau kerjasama akademik. Berdasarkan gaya pakaian dan suasana majlis, anggaran tahun ini mungkin sekitar awal hingga pertengahan 2000-an. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Majlis Menandatanganan Perjanjian antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan AIROD Sdn. Bhd.
Perasmian Perkampungan Sukan Paralimpik oleh Prof. Dr. Ir. Muhamad Zohadie Bardaie di Universiti Putra Malaysia (UPM)
Foto Prof. Dr. Ir. Muhamad Zohadie Bardaie ketika merasmikan Perkampungan Sukan Paralimpik di Universiti Putra Malaysia, sekitar awal tahun 2000-an. Upacara penyalaan obor ini menjadi simbol semangat dan perpaduan warga kampus. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Pelancaran Perisian Kursus "Adakah Keputusan Anda" di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1996.
Foto sekitar majlis pelancaran perisian kursus "Adakah Keputusan Anda" oleh Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia pada 15 Mei 1996 di Universiti Pertanian Malaysia. Perisian ini dihasilkan secara kerjasama antara Penerbit UPM dan World Wide Fund for Nature (WWF) Panda, dengan tajaan oleh Hewlett-Packard. Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Program Ke Arah Kecemerlangan Fakulti, Universiti Putra Malaysia (2003)
Foto sekitar Program Ke Arah Kecemerlangan Fakulti, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung pada 8 hingga 10 September 2003. Turut kelihatan Prof. Dr. Hj. Azhar Md. Zain, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM.
Majlis Sukan Staf Universiti (MSSU) Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Graduation Banquet Pioneers’ ,Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Foto sekitar majlis Graduation Banquet Pioneers’ ,Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 28 Julai 2001. Kelihatan dalam majlis ialah YBhg. Dato’ Dr. Ir. Muhamad Zohadie Bardaie, YBhg. Tuan Haji Kamalul Aripin Musa (mantan Pendaftar UPM) serta YBhg. Prof. Dr. Dato’ Idris Abdol.Majlis ini meraikan kumpulan pelopor graduan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM yang menjadi sebahagian daripada sejarah awal penubuhan fakulti tersebut.
Biomedical Nite 2002, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) di Residence Hotel, UNITEN.
Foto sekitar Biomedical Nite 2002 ,Rest dan Relax yang bertempat di Residence Hotel, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Turut kelihatan dalam majlis ini ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ir. Muhammad Zohadie Bardaie, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM). Majlis ini dianjurkan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sebagai acara santai bagi pelajar dan staf, menggalakkan interaksi sosial dan mempererat hubungan komuniti fakulti.
Majlis Penyampaian Hadiah 2000, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Foto sekitar Majlis Penyampaian Hadiah 2000, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM). Majlis ini diadakan pada 17 Ogos 2000 bagi menghargai pencapaian akademik dan sumbangan pelajar serta staf FPSK. Turut hadir ialah Prof. Dr. Jamal Ahmad Esa, Dekan FPSK pada waktu itu, yang menyampaikan sijil kepada penerima.
Sesi Pembedahan dan Latihan Klinikal, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti PUtra Malaysia (UPM).
Foto sekitar sesi latihan klinikal dan demonstrasi pembedahan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, sekitar tahun 2000. Gambar ini merakam suasana latihan amali pelajar dan tenaga pengajar dalam suasana bilik pembedahan.
Aktiviti Klinikal dan Latihan di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM (1999)
Foto aktiviti awal Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM sekitar tahun 1999. Gambar-gambar memaparkan pelajar dan pensyarah semasa sesi pengajaran terus di wad, latihan klinikal, persediaan bilik kuliah dan sesi pembedahan. Ia memberi gambaran suasana fakulti pada era awal penubuhannya.
Kelas Amalan Perubatan Am : Simulasi Pemeriksaan Pesakit bersama Dr. Rozana
Foto pelajar menjalankan aktiviti simulasi pemeriksaan pesakit semasa Kelas Amalan Perubatan Am di bawah bimbingan Dr. Rozana, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Gambar menunjukkan suasana sesi latihan komunikasi dan penilaian pesakit dalam persekitaran bilik kuliah sekitar tahun 1999-2000.
