Skip to main content

Gedung 1/130

 Container

Contains 6 Results:

Infrastruktur Utama Kampus Serdang, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

 Item — Container: Gedung 1/130
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-892
Abstract

Penerbitan ini merupakan dokumen kertas cadangan bagi Projek Infrastruktur Utama Kampus Serdang, Universiti Pertanian Malaysia, yang menghuraikan latar belakang pembangunan fizikal kampus serta keperluan penyediaan kemudahan infrastruktur baharu bagi menampung projek pembangunan yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia Kelima dan Keenam.

Dates: Publication: 1989

Kontrak Dokumen untuk Cadangan Pembekalan, Pemasangan, Pengujian dan Mula Tugas Sistem Penghawa Dingin bagi Pembinaan Perpustakaan 3 Tingkat UPM Kampus Bintulu, Sarawak (Kontrak BIN/6/84).

 Item — Container: Gedung 1/130
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-893
Abstract

Penerbitan ini merupakan salinan dokumen kontrak tahun 1984 bagi kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan mula tugas sistem penghawa dingin serta peredaran hawa untuk Projek Pembinaan Perpustakaan 3 Tingkat Universiti Pertanian Malaysia di Kampus Bintulu, Sarawak (Kontrak BIN/6/84), yang disediakan sebagai rujukan rasmi UPM, para perunding dan kontraktor dalam proses tender serta pelaksanaan kerja, juga lampiran pelan lantai bangunan.

Dates: Publication: 1984

Istiadat Pembukaan Rasmi Bangunan Tambahan dan Penyampaian Ijazah Kolej Pertanian Malaya, 1969

 Item — Container: Gedung 1/130
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-894
Abstract

Penerbitan ini merupakan buku cenderamata dan buku program rasmi bagi Istiadat Pembukaan Rasmi Bangunan Tambahan serta Istiadat Penyampaian Ijazah Kolej Pertanian Malaya pada tahun 1969, yang menghimpunkan atur cara majlis, perutusan Pengetua, sejarah penubuhan institusi dan maklumat lawatan ladang beserta peta kampus.

Dates: Publication: 1969

Dokumen Perjanjian untuk Membina dan Menyiapkan Cadangan Bangunan Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia di Kampus Bintulu, Sarawak.

 Item — Container: Gedung 1/130
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-895
Abstract

Penerbitan ini merupakan salinan Dokumen Perjanjian (Jilid 1) bagi Kontrak BIN/6/84 untuk kerja membina dan menyiapkan Bangunan Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia di Kampus Bintulu, Sarawak, yang ditandatangani pada 23 Mac 1983 antara Universiti Pertanian Malaysia dan Proteknik Construction & Engineering Sdn. Bhd./Kejuruteraan Awam Cang-Ceng (M) Sdn. Bhd. Joint Venture, bersama maklumat arkitek, jurutera dan juruukur bahan yang terlibat.

Dates: Publication: 1985-03-23

Salinan Kontrak Dokumen untuk Cadangan Pembekalan, Pemasangan, Pengujian dan Mulatugas Alat Lif untuk Cadangan Pembinaan 3 Tingkat Perpustakaan untuk Universiti Pertanian Malaysia , di Kampus Bintulu , Sarawak.

 Item — Container: Gedung 1/130
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-13-896
Abstract Penerbitan ini merupakan dokumen rasmi yang mengandungi kontrak dan surat-surat berkaitan cadangan pembekalan, pemasangan, pengujian dan mulatugas alat lif untuk projek pembinaan Perpustakaan 3 Tingkat di Kampus Bintulu, Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Dokumen ini merangkumi komunikasi antara pihak kontraktor, pembekal, dan konsultan projek pada tahun 1985, serta butiran teknikal yang berkaitan dengan sistem lif dan elektrik. Ia juga mencatatkan pengesahan dan perjanjian tambahan tanpa...
Dates: Publication: 1985

Dokumen Tender untuk Cadangan Kerja-Kerja Ubahsuai dan Menyiapkan Ruang Legar, Kaunter Perkhidmatan dan Meja Penasihat Pengguna di Perpustakaan Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

 Item — Container: Gedung 1/130
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-13-1180
Abstract Penerbitan ini merupakan dokumen tender rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk projek ubahsuai dan penyiapan ruang legar, kaunter perkhidmatan dan meja penasihat pengguna di Perpustakaan Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Dokumentasi ini mengandungi syarat kontrak, spesifikasi kerja, pelan serta borang tender yang diperlukan oleh kontraktor yang berminat untuk menyertai projek ini. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan...
Dates: Publication: 2001