Gedung 1/F15
Contains 77 Results:
Malam Kebudayaan India
Foto sekitar pementasan tarian tradisional India, yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar tahun 2000–2003. Turut kelihatan Dato’ Dr. Idris Abdul (berbaju batik ungu). Maklumat lanjut mengenai majlis sebenar akan dikemaskini.
Pengiktirafan Antarabangsa Penggunaan Sumber Elektronik Perpustakaan UPM
Foto sekitar satu acara rasmi memperlihatkan Encik Amer Husin,mantan Ketua Pustakawan Universiti Putra Malaysia, menyampaikan ucapan dalam majlis berkaitan pencapaian Perpustakaan UPM, dengan latar paparan pengiktirafan penggunaan tinggi sumber elektronik antarabangsa, termasuk anugerah Top Usage Award daripada Elsevier (ScienceDirect) dan SciVerse, sekitar tahun 2006–2010.
Majlis Perasmian Penutup Festival Sukan PSAS 2010 dan Majlis Perjumpaan Ketua Pustakawan
Foto sekitar Majlis Perasmian Penutup Festival Sukan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta Majlis Perjumpaan Ketua Pustakawan, Encik Amer Husin yang telah diadakan pada tahun 2010.
Majlis Penyampaian Anugerah Jasa Putra dan Anugerah Setia Putra 2002.
Foto ini merupakan sekitar Majlis Penyampaian Anugerah Jasa Putra dan Anugerah Setia Putra pada tahun 2002, melibatkan warga universiti yang menerima pengiktirafan atas jasa dan kesetiaan perkhidmatan.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1997
Foto ini merupakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1997 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.
Penganugerahan Ijazah Kehormat Dato’ Sidek
Foto Majlis Konvokesyen Ke-27, Sidang III pada 19 Oktober 2003 merupakan detik bersejarah yang penuh makna bagi penerima Ijazah Kehormat, Dato’ Sidek, sebagai tanda penghargaan atas segala sumbangan dan jasa beliau.
Majlis Rasmi Minggu Suai Kenal Universiti Sesi 2000/2001 (Pengambilan Diploma)
Foto sekitar majlis rasmi Minggu Suai Kenal Universiti bagi Sesi 2000/2001 (Pengambilan Diploma) yang berlangsung pada 7 hingga 11 Jun 2000. Program ini diadakan bagi menyambut serta memperkenalkan pelajar baharu kepada persekitaran kampus, barisan pentadbiran dan struktur akademik universiti sebagai persediaan memulakan pengajian.
Majlis Bersama Naib Canselor dan Majlis Ikrar , Minggu Suai Kenal Semester November Sesi 2002/2003
Foto sekitar majlis bersama Naib Canselor dan majlis ikrar sempena minggu suai kenal semester November sesi 2002/2003 di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung pada 7 hingga 9 November 2002. Majlis ini merupakan acara utama dalam program suai kenal bertujuan memperkenalkan pelajar baharu kepada persekitaran kampus dan barisan pentadbiran serta menekankan nilai akademik, komitmen dan integriti melalui ikrar rasmi sebelum memulakan pengajian.
Pameran Rekacipta dan Penyelidikan di Putra World Trade Centre (PWTC), 9 Oktober 2003
Foto sekitar Pameran Rekacipta dan Penyelidikan yang berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 9 Oktober 2003. Turut hadir dalam acara ini ialah Prof. Dr. Ir. Zohadie Bardaie, yang ketika itu menjawat jawatan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Tan Sri Musa Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia (1999–2004).
Majlis Anugerah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, 14 Mac 2003
Foto sekitar Majlis Anugerah Naib Canselor yang berlangsung pada 14 Mac 2003. Kelihatan pelajar-pelajar memegang sijil Anugerah Naib Canselor. Turut hadir bersama mereka ialah Prof. Emeritus Dr. Ir. Zohadie Bardaie, yang ketika itu menjawat jawatan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), bagi menyampaikan anugerah dan ucapan tahniah kepada para penerima.
Debat Terbuka UPM Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris , Johan Kolej Canselor, 2000.
Foto sekitar Debat Terbuka Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada tahun 2000. Pasukan dari Kolej Canselor muncul sebagai Johan bagi kedua-dua kategori, sekali gus memperlihatkan kecemerlangan pelajar dalam penguasaan bahasa dan kemahiran berhujah di peringkat universiti.
Foto Sekitar Majlis Konvokesyen Ke-27 Universiti Putra Malaysia (UPM) 2003
Foto sekitar Majlis Konvokesyen Ke-27, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung pada 24–25 Mei 2003 di dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.
Majlis Third Country Training Programme (TCTP) on Marine Ecosystem Pollution, 2001
Foto sekitar majlis Third Country Training Programme (TCTP) on Marine Ecosystem Pollution yang diadakan pada 18 Julai 2001 di Universiti Putra Malaysia (UPM) . Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Zohadie Bardaie, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia ketika itu. Turut diadakan sesi penyampaian replika cek dan cenderamata sempena pelaksanaan program latihan tersebut.
Aktiviti Tadika di Kampus Universiti Pertanian Malaysia (UPM) , Serdang (1970-an hingga 1980-an)
Aktiviti Pertanian Komuniti di Kawasan Luar Bandar
Majlis Pameran Produk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) UPM, 3 April 1997
Foto sekitar majlis Pameran Produk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Universiti Pertanian Malaysia yang berpotensi dikomersialkan, 3 April 1997, sempena lawatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sumber kapsyen: Tribun Putra.
Siaran Langsung Selamat Pagi Malaysia di Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto-foto sekitar siaran langsung rancangan Selamat Pagi Malaysia yang diadakan di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. Program yang dikendalikan oleh pengacara Ahmad Tamimi Seregar ini menampilkan sesi temu bual bersama tetamu jemputan, persembahan kebudayaan pelajar serta persembahan hiburan oleh artis jemputan termasuk Siti Nurhaliza. Siaran khas ini turut disaksikan oleh para pelajar dan warga kampus yang hadir sebagai penonton.
Tapak Projek “Solar Based Renewable Energy (Kawah Solar)” Universiti Pertanian Malaysia, Serdang
Foto sekitar lawatan ke tapak projek penyelidikan Solar Based Renewable Energy (Kawah Solar) di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang pada sekitar tahun 1990. Struktur kawah berbentuk parabola ini dibina sebagai kemudahan eksperimen untuk kajian penumpuan tenaga solar. Turut hadir Prof. Dr. Ir. Muhamad Zohadie Bardaie dan Prof. Dr. Muhamed bin Suleiman.
Persembahan Viola oleh Tuan Haji Shahdan Asri
Foto Tuan Haji Shahdan Asri, Pendaftar Universiti Pertanian Malaysia (UPM), memainkan alat muzik viola dalam satu persembahan muzik di sebuah majlis universiti sekitar tahun 1980-an.
Istiadat Perarakan Majlis Konvokesyen Kedua Universiti Pertanian Malaysia, 1978
Foto istiadat perarakan masuk sempena Majlis Konvokesyen Kedua Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1978. Perarakan diketuai oleh pembawa cokmar universiti diikuti oleh ahli senat dan pegawai akademik yang memakai jubah konvokesyen sebelum majlis penganugerahan ijazah berlangsung.
Majlis Konvokesyen Universiti Pertanian Malaysia, Ogos 1987
Foto graduan menerima ijazah dalam Majlis Konvokesyen Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang diadakan di Serdang pada Ogos 1987. Upacara ini merupakan acara rasmi universiti bagi meraikan dan mengiktiraf pencapaian akademik para graduan.
Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Aktiviti Sukan Pelajar Universiti Pertanian Malaysia, Julai 1987
Foto-foto pelajar Universiti Pertanian Malaysia (UPM) terlibat dalam aktiviti sukan kampus di Serdang pada Julai 1987, termasuk pertandingan sepak takraw dan perlawanan bola sepak. Foto kumpulan pelajar berbaju kuning merupakan gambar pasukan sepak takraw universiti bersama pegawai atau jurulatih.
Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis sambutan rasmi.
Foto sekitar akhir tahun 1980-an menunjukkan Muhyiddin Yassin (berbaju Melayu coklat) bersalaman dengan barisan penyambut tetamu semasa menghadiri satu majlis sambutan rasmi yang menampilkan elemen tradisional Melayu seperti hiasan bunga manggar.
Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Pendaftaran dan Aktiviti Pelajar Universiti Pertanian Malaysia, Julai 1987
Foto sekitar aktiviti pelajar pada Julai 1987 menunjukkan pelajar beratur semasa proses pendaftaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang. Sebahagian pelajar juga kelihatan berjalan berkumpulan di kawasan kampus selepas urusan pendaftaran atau semasa aktiviti awal kemasukan pelajar.
Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Lawatan Pelajar ke Makam Mahsuri, Langkawi
Foto sekitar 1980-an menunjukkan sekumpulan pelajar bergambar di hadapan batu peringatan di Makam Mahsuri, Langkawi, semasa lawatan pelajar ke lokasi bersejarah tersebut.
Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
