Skip to main content

Gedung 1/F15

 Container

Contains 77 Results:

Malam Kebudayaan India

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-471
Scope and Contents

Foto sekitar pementasan tarian tradisional India, yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar tahun 2000–2003. Turut kelihatan Dato’ Dr. Idris Abdul (berbaju batik ungu). Maklumat lanjut mengenai majlis sebenar akan dikemaskini.

Dates: Existence: Majority of material found within 2000 - 2003

Pengiktirafan Antarabangsa Penggunaan Sumber Elektronik Perpustakaan UPM

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-473
Scope and Contents

Foto sekitar satu acara rasmi memperlihatkan Encik Amer Husin,mantan Ketua Pustakawan Universiti Putra Malaysia, menyampaikan ucapan dalam majlis berkaitan pencapaian Perpustakaan UPM, dengan latar paparan pengiktirafan penggunaan tinggi sumber elektronik antarabangsa, termasuk anugerah Top Usage Award daripada Elsevier (ScienceDirect) dan SciVerse, sekitar tahun 2006–2010.

Dates: Existence: 2010

Majlis Perasmian Penutup Festival Sukan PSAS 2010 dan Majlis Perjumpaan Ketua Pustakawan

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-472
Scope and Contents

Foto sekitar Majlis Perasmian Penutup Festival Sukan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) serta Majlis Perjumpaan Ketua Pustakawan, Encik Amer Husin yang telah diadakan pada tahun 2010.

Dates: Event: 2010

Majlis Penyampaian Anugerah Jasa Putra dan Anugerah Setia Putra 2002.

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-482
Scope and Contents

Foto ini merupakan sekitar Majlis Penyampaian Anugerah Jasa Putra dan Anugerah Setia Putra pada tahun 2002, melibatkan warga universiti yang menerima pengiktirafan atas jasa dan kesetiaan perkhidmatan.

Dates: Event: 2002

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1997

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-483
Scope and Contents

Foto ini merupakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1997 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

Dates: Event: 1997

Penganugerahan Ijazah Kehormat Dato’ Sidek

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-481
Scope and Contents

Foto Majlis Konvokesyen Ke-27, Sidang III pada 19 Oktober 2003 merupakan detik bersejarah yang penuh makna bagi penerima Ijazah Kehormat, Dato’ Sidek, sebagai tanda penghargaan atas segala sumbangan dan jasa beliau.

Dates: Event: 2003-10-18

Majlis Rasmi Minggu Suai Kenal Universiti Sesi 2000/2001 (Pengambilan Diploma)

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-480
Scope and Contents

Foto sekitar majlis rasmi Minggu Suai Kenal Universiti bagi Sesi 2000/2001 (Pengambilan Diploma) yang berlangsung pada 7 hingga 11 Jun 2000. Program ini diadakan bagi menyambut serta memperkenalkan pelajar baharu kepada persekitaran kampus, barisan pentadbiran dan struktur akademik universiti sebagai persediaan memulakan pengajian.

Dates: Event: Majority of material found within 2000-06-07 - 2000-06-11

Majlis Bersama Naib Canselor dan Majlis Ikrar , Minggu Suai Kenal Semester November Sesi 2002/2003

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-479
Scope and Contents

Foto sekitar majlis bersama Naib Canselor dan majlis ikrar sempena minggu suai kenal semester November sesi 2002/2003 di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung pada 7 hingga 9 November 2002. Majlis ini merupakan acara utama dalam program suai kenal bertujuan memperkenalkan pelajar baharu kepada persekitaran kampus dan barisan pentadbiran serta menekankan nilai akademik, komitmen dan integriti melalui ikrar rasmi sebelum memulakan pengajian.

Dates: Event: Majority of material found within 2002-11-07 - 2002-11-09

Pameran Rekacipta dan Penyelidikan di Putra World Trade Centre (PWTC), 9 Oktober 2003

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-478
Scope and Contents

Foto sekitar Pameran Rekacipta dan Penyelidikan yang berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 9 Oktober 2003. Turut hadir dalam acara ini ialah Prof. Dr. Ir. Zohadie Bardaie, yang ketika itu menjawat jawatan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Tan Sri Musa Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia (1999–2004).

Dates: Event: 2003-10-09

Majlis Anugerah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, 14 Mac 2003

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-477
Scope and Contents

Foto sekitar Majlis Anugerah Naib Canselor yang berlangsung pada 14 Mac 2003. Kelihatan pelajar-pelajar memegang sijil Anugerah Naib Canselor. Turut hadir bersama mereka ialah Prof. Emeritus Dr. Ir. Zohadie Bardaie, yang ketika itu menjawat jawatan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), bagi menyampaikan anugerah dan ucapan tahniah kepada para penerima.

Dates: Event: 2003-03-14

Debat Terbuka UPM Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris , Johan Kolej Canselor, 2000.

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-476
Scope and Contents

Foto sekitar Debat Terbuka Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada tahun 2000. Pasukan dari Kolej Canselor muncul sebagai Johan bagi kedua-dua kategori, sekali gus memperlihatkan kecemerlangan pelajar dalam penguasaan bahasa dan kemahiran berhujah di peringkat universiti.

Dates: Event: 2000

Foto Sekitar Majlis Konvokesyen Ke-27 Universiti Putra Malaysia (UPM) 2003

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-475
Scope and Contents

Foto sekitar Majlis Konvokesyen Ke-27, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung pada 24–25 Mei 2003 di dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

Dates: Event: Majority of material found within 2003-05-24 - 2003-05-25

Majlis Third Country Training Programme (TCTP) on Marine Ecosystem Pollution, 2001

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPUTRA-11-474
Scope and Contents

Foto sekitar majlis Third Country Training Programme (TCTP) on Marine Ecosystem Pollution yang diadakan pada 18 Julai 2001 di Universiti Putra Malaysia (UPM) . Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Zohadie Bardaie, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia ketika itu. Turut diadakan sesi penyampaian replika cek dan cenderamata sempena pelaksanaan program latihan tersebut.

Dates: Event: 2001-07-18

Aktiviti Tadika di Kampus Universiti Pertanian Malaysia (UPM) , Serdang (1970-an hingga 1980-an)

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-539
Scope and Contents Foto sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an yang memaparkan pelbagai aktiviti berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di sebuah tadika dalam kawasan kampus Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang. Tadika ini dipercayai terletak bersebelahan Pejabat Penerbit universiti dan digunakan sebagai pusat pendidikan awal kanak-kanak bagi komuniti kampus.Gambar-gambar ini memperlihatkan suasana pembelajaran dan aktiviti kanak-kanak bersama guru di dalam kelas, aktiviti berkumpulan serta...
Dates: Existence: Majority of material found within 1970 - 1980

Aktiviti Pertanian Komuniti di Kawasan Luar Bandar

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-540
Scope and Contents Foto-foto sekitar akhir 1980-an hingga 1990-an yang memaparkan aktiviti pertanian komuniti di kawasan luar bandar, termasuk penanaman tanaman makanan seperti pisang serta persekitaran kebun dan penempatan berhampiran kawasan pertanian. Foto ini memberi gambaran tentang amalan pertanian dan kehidupan masyarakat setempat pada ketika itu.Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap kandungan foto. Maklumat berkaitan lokasi, tarikh sebenar serta...
Dates: Existence: Majority of material found within 1980 - 1990

Majlis Pameran Produk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) UPM, 3 April 1997

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-541
Scope and Contents

Foto sekitar majlis Pameran Produk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Universiti Pertanian Malaysia yang berpotensi dikomersialkan, 3 April 1997, sempena lawatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sumber kapsyen: Tribun Putra.

Dates: Event: 1997-04-03

Siaran Langsung Selamat Pagi Malaysia di Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-542
Scope and Contents

Foto-foto sekitar siaran langsung rancangan Selamat Pagi Malaysia yang diadakan di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. Program yang dikendalikan oleh pengacara Ahmad Tamimi Seregar ini menampilkan sesi temu bual bersama tetamu jemputan, persembahan kebudayaan pelajar serta persembahan hiburan oleh artis jemputan termasuk Siti Nurhaliza. Siaran khas ini turut disaksikan oleh para pelajar dan warga kampus yang hadir sebagai penonton.

Dates: Event: Majority of material found within 1996 - 1997

Tapak Projek “Solar Based Renewable Energy (Kawah Solar)” Universiti Pertanian Malaysia, Serdang

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-543
Scope and Contents

Foto sekitar lawatan ke tapak projek penyelidikan Solar Based Renewable Energy (Kawah Solar) di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang pada sekitar tahun 1990. Struktur kawah berbentuk parabola ini dibina sebagai kemudahan eksperimen untuk kajian penumpuan tenaga solar. Turut hadir Prof. Dr. Ir. Muhamad Zohadie Bardaie dan Prof. Dr. Muhamed bin Suleiman.

Dates: Event: 1990

Persembahan Viola oleh Tuan Haji Shahdan Asri

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-544
Scope and Contents

Foto Tuan Haji Shahdan Asri, Pendaftar Universiti Pertanian Malaysia (UPM), memainkan alat muzik viola dalam satu persembahan muzik di sebuah majlis universiti sekitar tahun 1980-an.

Dates: Event: 1980

Istiadat Perarakan Majlis Konvokesyen Kedua Universiti Pertanian Malaysia, 1978

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-545
Scope and Contents

Foto istiadat perarakan masuk sempena Majlis Konvokesyen Kedua Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1978. Perarakan diketuai oleh pembawa cokmar universiti diikuti oleh ahli senat dan pegawai akademik yang memakai jubah konvokesyen sebelum majlis penganugerahan ijazah berlangsung.

Dates: Event: 1978

Majlis Konvokesyen Universiti Pertanian Malaysia, Ogos 1987

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-546
Scope and Contents

Foto graduan menerima ijazah dalam Majlis Konvokesyen Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang diadakan di Serdang pada Ogos 1987. Upacara ini merupakan acara rasmi universiti bagi meraikan dan mengiktiraf pencapaian akademik para graduan.

Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Event: 1987

Aktiviti Sukan Pelajar Universiti Pertanian Malaysia, Julai 1987

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-547
Scope and Contents

Foto-foto pelajar Universiti Pertanian Malaysia (UPM) terlibat dalam aktiviti sukan kampus di Serdang pada Julai 1987, termasuk pertandingan sepak takraw dan perlawanan bola sepak. Foto kumpulan pelajar berbaju kuning merupakan gambar pasukan sepak takraw universiti bersama pegawai atau jurulatih.

Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Existence: 1987

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis sambutan rasmi.

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-548
Scope and Contents

Foto sekitar akhir tahun 1980-an menunjukkan Muhyiddin Yassin (berbaju Melayu coklat) bersalaman dengan barisan penyambut tetamu semasa menghadiri satu majlis sambutan rasmi yang menampilkan elemen tradisional Melayu seperti hiasan bunga manggar.

Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Event: 1980

Pendaftaran dan Aktiviti Pelajar Universiti Pertanian Malaysia, Julai 1987

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-549
Scope and Contents

Foto sekitar aktiviti pelajar pada Julai 1987 menunjukkan pelajar beratur semasa proses pendaftaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang. Sebahagian pelajar juga kelihatan berjalan berkumpulan di kawasan kampus selepas urusan pendaftaran atau semasa aktiviti awal kemasukan pelajar.

Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Existence: 1987

Lawatan Pelajar ke Makam Mahsuri, Langkawi

 Collection — Container: Gedung 1/F15
Identifier: MYUPM-UNIPERMA-11-550
Scope and Contents

Foto sekitar 1980-an menunjukkan sekumpulan pelajar bergambar di hadapan batu peringatan di Makam Mahsuri, Langkawi, semasa lawatan pelajar ke lokasi bersejarah tersebut.

Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.

Dates: Existence: 1980