Gedung 1/F15
Contains 77 Results:
Perlawanan Bola Jaring di Padang Fakulti Ekologi, Julai 1987
Foto sekitar Julai 1987 menunjukkan pelajar wanita bermain bola jaring di padang hadapan Fakulti Ekologi di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. Aktiviti ini memperlihatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan sukan kampus pada ketika itu.
Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Lawatan Rasmi Sultan Selangor ke Universiti Pertanian Malaysia, Mac 1987
Majlis Makan Malam ASAHIL
Foto menunjukkan persembahan tarian tradisional semasa Majlis Makan Malam ASAHIL yang diadakan pada 9 Disember 1986.
Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Universiti Pertanian Malaysia, Oktober 1985
Persembahan Pancaragam Universiti Pertanian Malaysia
Foto menunjukkan kumpulan pancaragam universiti membuat persembahan dengan memainkan alat muzik tiupan seperti trompet, trombon dan saksofon semasa satu acara di kawasan kampus.
Maklumat adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi diperoleh.
Persembahan Pancaragam Universiti Pertanian Malaysia
Foto menunjukkan kumpulan pancaragam universiti memainkan alat muzik tiupan seperti trompet, trombon dan saksofon semasa persembahan dalam satu acara di kawasan kampus.
Maklumat adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi diperoleh.
Persembahan Dikir Barat oleh Pelajar Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Foto sekitar pertengahan hingga akhir 1980-an menunjukkan sekumpulan pelajar membuat persembahan Dikir Barat di atas pentas semasa acara universiti di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. Para pelajar duduk bersila sambil membuat pergerakan tangan berirama sebagai sebahagian daripada persembahan kebudayaan pelajar.
Maklumat adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi diperoleh.
Program Pengembangan Pendidikan Lanjutan Pertanian di Sungai Leman, Sabak Bernam
Majlis Kerjasama PROTON Bersama Institusi Pengajian Tinggi, 11 Julai 1987
Majlis Projek Bakti Siswa UPM di Janglau, Rompin, 15–22 November 1992
Mesin Menyusun Huruf Philips Word Processor di Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia, 1970–1980-an
Majlis Penutupan Program Latihan Negara Ketiga dalam Akuakultur Air Tawar, 24 Mei 1995
Foto sekitar Majlis Penutupan Program Latihan Negara Ketiga dalam Akuakultur Air Tawar yang telah disempurnakan oleh Rahim Md. Sail, Timbalan Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 24 Mei 1995.
Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1996
Foto majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang telah disampaikan oleh Tan Sri Dato' Dr. Syed Jalaludin bin Syed Salim, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1996.
Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Sesi Perbincangan Pegawai Universiti Bersama Delegasi Luar di Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Prof. Dato’ Dr. Nik Muhamad Nik Ab. Majid
Foto potret Prof. Dato Dr. Nik Muhamad Nik Ab. Majid, Mantan Dekan Fakulti Perhutanan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Perhutanan bagi dua tempoh iaitu dari tahun 1991 hingga 1995 serta 2001 hingga 2003.
Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan sumber rujukan yang dikenal pasti dan akan dikemas kini sekiranya maklumat tambahan diperoleh.
Prof. Dato’ Dr. Abdul Rani Bahaman
Foto potret Prof. Dato Dr. Abdul Rani Bahaman, profesor dalam bidang Mikrobiologi Veterinar di Universiti Putra Malaysia. Beliau merupakan pensyarah dan penyelidik di Fakulti Perubatan Veterinar serta pernah berkhidmat sebagai Pengarah Institut Biosains UPM dari tahun 1996 hingga 2001.
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti Pertanian Malaysia, 1995
Foto menunjukkan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang disampaikan oleh Prof. Dr. Syed Jalaludin Syed Salim, Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM), kepada penerima anugerah pada tahun 1995.
Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Prof. Dr. Mustafa Kamal Mohd Shariff
Foto potret Prof. Dr. Mustafa Kamal Mohd Shariff, Profesor Seni Bina Landskap di Universiti Putra Malaysia. Beliau merupakan antara pengasas yang terlibat dalam usaha perancangan dan penubuhan Fakulti Rekabentuk dan Senibina yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1996.
Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Sempena Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Serdang, 1998
Malam Suara Bintang Perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1993
Penanaman Pokok Melinjau Sempena Perasmian Pusat Inkubator Teknologi Satu UPM–MTDC, 3 April 1997
Forum “Felda dan Peneroka: Cabaran Masa Hadapan”, 19 Januari 1988
Foto sekitar Forum “Felda dan Peneroka: Cabaran Masa Hadapan” yang dirasmikan oleh Khalid Yunus pada 19 Januari 1988. Forum ini dianjurkan oleh Pusat Kajian Dasar Pertanian (PKDP), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan keterangan yang diberikan dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Seminar Pendidikan oleh Allan A. Glatthorn dari East Carolina University, Amerika Syarikat, Julai 1995.
Foto sekitar seminar yang disampaikan oleh Allan A. Glatthorn, pakar pendidikan dari East Carolina University, Amerika Syarikat, yang diadakan pada Julai 1995.
Segala maklumat yang dinyatakan adalah berdasarkan pemerhatian visual terhadap foto dan akan dikemas kini sekiranya maklumat rasmi dapat dikenal pasti.
Second Symposium on Trends in Biotechnology: Meeting the Challenges of the 21st Century, 27–29 April 1994
Foto sekitar Second Symposium on Trends in Biotechnology: Meeting the Challenges of the 21st Century yang berlangsung pada 27 hingga 29 April 1994.
Simposium ini telah dirasmikan oleh Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-23 (Sesi Pertama), 30 September 1996.
Foto Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-23 (sesi pertama) yang telah diadakan pada 30 September 1996. Mesyuarat ini menghimpunkan ahli bagi membincangkan hal-hal pentadbiran, perancangan aktiviti serta perkembangan organisasi bagi tempoh semasa.
