Staf (aktiviti)
Found in 7 Collections and/or Records:
Aktiviti Kakitangan PSAS di Pusat Penerangan Hutan Lipur Bukit Wang, Wang Kelian, Mei 2003
Foto aktiviti kakitangan PSAS yang diadakan di Pusat Penerangan Hutan Lipur Bukit Wang, Wang Kelian pada Mei 2003. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan kakitangan di samping memberi pendedahan terhadap persekitaran semula jadi serta aktiviti rekreasi luar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan kesejahteraan warga kerja.
Bengkel/Seminar CABI/UPM
Foto sekitar bengkel/seminar CABI/UPM mengenai tren terkini dalam maklumat pertanian, perhutanan dan sumber semula jadi yang berlangsung dari 29 September hingga 10 Oktober 1997 bersama Puan Kamariah, Ketua Pustakawan Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) UPM.
Hari Q ’97 Perpustakaan Universiti Putra Malaysia (UPM)
Foto sekitar sambutan Hari Q ’97 Perpustakaan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah diadakan pada 25 Oktober 1997. Program ini dianjurkan bagi memupuk budaya kualiti dalam kalangan warga perpustakaan selaras dengan tema “Kualiti Organisasi Bermula Dengan Individu”.
Kelihatan pelbagai aktiviti dijalankan termasuk sesi ucapan, persembahan serta penyertaan kakitangan perpustakaan dalam menjayakan program tersebut.
Hari Q Perpustakaan 1998, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Foto sekitar Hari Q Perpustakaan 1998, menampilkan sesi ceramah oleh Wan Zainal Abidin Wan Hanafi serta penyampaian hadiah berupa hamper oleh Ketua Pustakawan,Puan Kamariah kepada staf perpustakaan Encik Jamil.
Hari Q Perpustakaan, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Foto sekitar Hari Q Perpustakaan pada 30 Oktober 1999 di Universiti Putra Malaysia (UPM), menampilkan staf dan warga perpustakaan dalam pelbagai aktiviti majlis, termasuk penyampaian hadiah.
Malam Suara Bintang Perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) 1993
Mesyuarat Agong Kelab Perpustakaan Sultan Abdul Samad Sesi 1999/2002
Foto sekitar Mesyuarat Agong Kelab Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia bagi sesi 1999/2002 yang diadakan bagi membincangkan hal ehwal kelab serta aktiviti yang dijalankan. Kelihatan ahli-ahli kelab dan jawatankuasa yang terlibat menghadiri mesyuarat tersebut.
